RSS

13 May 2010

hari pertama

Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, semalam (rabu,12 may 2010) saya selamat sampai ke nibong tebal (engineering campus usm). Dan berjaya menghabiskan sehari program di sini dgn jayanya. Fuhhh… Che lapis, anda ada masa hampir sebulan lagi masa kat sini. Boleh tahan ke? dah la kat sini macam sunyi tak berorang. Takde tempat nak kuar2 plak tu. rutin harian kat sini, bgn pagi, pegi kelas sampai ptg, blk, study sket, tdo. Kalau cuti plak, bgn pagi, mandi-solat-makan-tdo sampai ke malam. Haish…. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk menghadapi hari2 mendatang. Aminnn… [@_@']


Tadi bukak fb n blog kengkawan, dah ramai yg selamat sampai ke rumah. Kecuali cik daina yg baru abes viva voce siang tadi. tahniah…. Selamat menyertai kami, bekas pelajar usm sesi 2007-2010. Hik3…

Tatau la nak cte apa. Tapi nak menulis. Actually baru pas buat tutorial. Sedih kan? Orang lain abes blaja blh duk umah, tapi che lapis abes blaja sibuk lg masuk kelas buat tutorial segala bagai. Huhu.. takpela, ikhlaskan hati wahai che lapis. Ko ni bnyk merungut la. Haish… Hari ni kelas pertama, blaja pasal litografi. Che lapis dah penah blaja pasal ni masa sem akhir kat usm. Ni kira ulangkaji la. Tapi ada gak bnda2 baru yg che lapis jumpa kat kelas ni. bnda2 yg lecturer tak ajar dlm kelas. Dan satu perkara yg nak diberitahu kat sini, sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sgt2 seronok. Tak rasa mengantuk (ohh tipu.adala ngantuk sket, time masuk kelas after lunch hour.tp tu normal kan? Hihi…). Lagi, saya rasa saya blh faham dgn pengajaran beliau. Harap2 esok2 pun keadaan akan jd seperti ini, atau lebih baik seperti ini. Aminn… ; )

Sudah la. Mau rehat. penat menaip utk 2 entri. hoho..... lagipun mcm dah rasa mengantuk je nih. ptg td hujan lebat. Sampai sekarang terasa lg sejuk. Katak2 pun galak menyanyi2 kat luar tu, panggil hujan agaknya. Err… waktu sekarang blh dikira awal ke utk tdo? Huhu~

terakhir~

10 may 2010, 11.20pm

dapat 1 msg drpd lin, katanya dia jatuh tangga kat restu perempuan. takleh bgn. dalam hati aku rasa pelik. jatuh mcm mana yg sampai takleh bgn tu? jatuh tergolek? jatuh terduduk? jatuh tersungkur? aiyakkkk.... atas dasar kemanusiaan, aku pun bergegas turun mencari mangsa. berlari2 bapak la aku ke arah blok restu perempuan (m02), tgk2 tangga gelap. haish... aku dah cuak. dlm hati membebel gak. apa kejadahnya lin ni buat jatuh kat tempat gelap camni? tapi sampai2 sana, aku tgk dia takde plak kat situ. lantas kaki melangkah laju ke tangga yg menghubungkan m03 dan m01, tgk kalau2 mangsa ada di situ. tapi, takde jugak. last2 aku blk bilik. msg lin, tanya dia kat mana. dia reply, kat tempat mamu jual burger. haihhh..... pastu aku pun turun la ke tempat yg dikatakan tu.

sampai2 je kat sana..........









nampak 'mangsa' duduk elok sambil memegang lighter yg dipinjam daripada abg jual burger kat cafe saujana. di sebelahnya ada sebiji kek siap lilin yg menyala.
owhhhh...... teharu.....

dan atas kek tu tertulis,


*lubang2 tu adalah kesan tusukan lilin.huhu..*




sangat simple, tapi sangat bermakna. ^_^




*betapa cantik dan tersusunnya cara pemotongan kek. tak sia2 aku buat fyp pasal crystal symmetry.hahaha....*

hehehehe...... terharu nih. selepas hampir sebulan bday che lapis, baru ada org nak celebrate. huhu... okey, fokus pada angka 20, 21, dan 22 itu. dlm erti kata lain, kejutan ini adalah utk menyambut bday che lais selama 3 tahun di sini. hohoho.... err.. sila abaikan tulisan yg dah penyek tu. normal lah. =)

to lin, thanx so much. utk kejutan tu, utk hadiah tu, utk semua2 yg lin buat. pasni harap2 kita akan terus jd kawan.

dan esoknya, (selasa, 11 may 2010) che lapis pun pulang ke butterworth (umah abang) dgn ditemani oleh cik lin. dia teman sampai bus stop dpan rst. siap pakej tlg angkat beg skali. hehehe....
*gambar adalah diambil di depan bus stop dpn rst. ye...kat tepi jalan tu.heheh...*


*beg2 saya.huk33...*










dan........ begitulah kisahnya..harap2 dpt jumpa lagi bln 8 ni. ^^,

10 May 2010

selesai...


eh? kenapa tembam sangat smiley nih?saya tak setembam ini.huk3.. *perasan tak tembam.kih3...*


fuhhh........ selesai menghantar tesis yg dah siap dibetulkan. lega (rujukan: muka selepas selesai menghantar tesis adalah seperti gambar di atas). pasni dah takde fikir apa2 yg berkaitan dgn pelajaran. tapi,jujur che lapis katakan. terdetik rasa sedih lepas anta tesis tu. macam tak percaya dah habis tempoh 3 tahun blaja kat sini. tadi berjalan kaki pegi print+fotostat+bind tesis (bas dah takde sekarang, so kena jalan kaki kalau nak pegi mana2), terimbau semula kenangan masa minggu orientasi. huhu.... sedikit sedih. ok. suis sensitif saya telah ter'switch on'. cepat2 'off'kan sekarang. huhu.....

ohh..... ada lagi kawan2 yg belum selelsai viva. kepada cik daina dan ja a, all the best utk anda semua. =)


satu lagi, tahniah kpd penyokong2 chelsea di atas kemenangan pasukan kegemaran anda mlm tadi. ok. saya bkn seorang peminat setia bola sepak. apatah lg penyokong chelsea. tapi nak buat macam mana, encik yg sorang tu penyokong chelsea. so bagi jugak la sokongan utk dia. blh kan macam tu? hik3... =p






* esok nak balik umah abang. rabu mau ke engineering campus.

03 May 2010

kenapa kita perlu ada apa-yg-org-panggil-sebagai 'general knowledge'?

keta sape la kat atas ni. terima kasih encik google kerana sudi mencarikan gambar ini. ada kisah di sebalik kereta besar ini. nak cerita, tapi sekarang che lapis sedang sibuk. sibuk buat apa? tak... bukan buat2 sibuk. memang sibuk pun. sekarang sedang menyiapkan diri utk viva pada hari kamis ini. ohh tipu la. sedang menyibukkan diri menaip di blog, itu yg sebenarnya saya lakukan sekarang. baik. khamis = 6 may 2010, waktu pagi (kalau tarikh tak diubah utk kesekian kalinya) akan diadakan viva fyp kami. apa tu viva? bukan.... bukan kereta keluaran perodua ye sayang. viva voce atau disebut secara informal oleh warga britain dan suku sakat pewaris slang britain sbg viva adalah bermaksud peperiksaan lisan, terutama di universiti. dalam kamus oxford ada menekankan, 'especially in British uni'. ok. stop cerita mengenai maksud viva. saya bukan seorang penterjemah.

dlm konsep che lapis dan rakan2 seperjuangan, ini adalah sesi membentangkan hasil kerja kitorg selama 1 tahun/2 sem. kerja apa? fyp aka final year project. ada sorg kawan kat sebuah uni di selatan semenanjung marah bila dgr che lapis menyebut perkataan fyp ni depan dia. katanya, uni tempat che lapis belajar tak memartabatkan bahasa ibunda. aiyakkkk..... tak patut betul marahkan aku. marah la sama itu pelopor yg mula2 mengetengahkan perkataan tu. huhuh.

okeh2.. lari tajuk. apa kena mengena mercedes di atas dgn entri kali ni? hah. ko suka mengarut che lapis.

hari kamis lepas (29 april 2010) saya menduduki peperiksaan lac100 aka chinese 1. (err...kenapa ayat saya berbunyi seperti budak2 nak mengarang karangan upsr?) ohh..... soalan boleh tahan. masih mampu dijawab. alhamdulillah... tapi ada satu soalan yg meragukan saya.

arahan: please answer the question in Hanyu Pinyin

Q: Na shi Deguo che ma?
(is that a german's car?)

dan jawapan saya: Shi. Na shi Deguo che.
(yes.that is a german's car)




okey. saya bukan seorang yg arif dalam hal2 kereta ni. secara jujurnya, saya tatau pun mercedes tu buatan german. hahaha..... jadi anda pun tahu apa yg saya lakukan pada hari tersebut. hentam. alhamdulillah, hentaman saya tepat ke sasaran. tapi dalam dewan peperiksaan (sehingga sekarang) saya terfikir. kenapa mereka gunaka mercedes sebagai soalan? kenapa tak gunakan kereta keluaran malaysia? ini subjek bahasa cina, utk menguji tahap kefahaman terhadap bahasa tersebut. bukan utk menguji tahap pengetahuan pelajar terhadap kereta keluaran negara luar.

okey. che lapis, salah anda juga sebab taknak amik tahu perkara2 ni. apa orang kata? general knowledge? huhuhu~~









*merujuk kpd tajuk entri, rasanya anda pun tahu, betapa pentingnya utk mengetahui dan memiliki general knowledge. lagi bnyk lagi bagus. =)

28 April 2010

makan! makan!

saya semakin kuat makan sekarang. breakfast pukul 8 pagi, pukul 10 dah lapar semula. adeyhhh...... [@_@']








*dalam mood mengidam nak mkn cheese cake. bila la nak dapat ni. hurmmm.....

27 April 2010

sejenak..

petang semalam.

dalam perjalanan nak naik m04, nampak satu mercedes kaler biru, dgn nombor pendaftaran WEM1*** kat parking antara saujana m03 ngan restu m01. pemiliknya (seorang pakcik) sedang sibuk memunggah barang2 anaknya utk dimasukkan ke dalam kereta, dan seterusnya mungkin akan dibawa pulang.

motif aku tulis ni? aku jeles sebab aku blom abes exam. kemas barang pun belum, apa lagi nak anta balik umah. warghhh!!!! geram betul.













*tak sabar sangat2 nak balik umah nih.haishhh.... [@_@']
**'male professor' dalam bhsa cina dipanggil apa ye? tak jumpa cari dlm nota. mana plak dia menyorok nih.

separuh masalah pergi

bismillahirrahmanirrahim...

bukak blog cik daina, dia taknak komen pasal paper yg baru abes tgh hari tadi. hahaha.... aku pun sama. lantak la apa nak jadi pun. harap2 lulus, dan aku boleh bergraduasi pada bln 8 akan dtg dengan jayanya. aminn....

so, tinggal 2 paper lagi utk ditempuh.
lac100: 29 april 2010
akp202: 6 may 2010

dua2 ni adalah paper selain paper major. so, kurang sket la rasa takut tu. tp tetap kna study oiii..... igt boleh main2? kalau main2 tu boleh memberi A solid utk setiap paper, takdela aku susah payah pening kepala memikir.

ptg ni mau rehat dulu la. mlm ni mau memulakan sesi menghafal+latihan menulis chinese characters. aiyakkk.... harap2 syaitan2 itu tak mengganggu aku dgn pelbagai godaan menyuruh aku tdo.huhuh.

18 April 2010

wish


selamat menghadapi peperiksaan akhir buat semua sahabat. ampun maaf dipinta. harap dpt dihalalkan segala ilmu yg diberi selama ini. all the best kpd semua. semoga berjaya.

^_^

17 April 2010

beberapa saat sebelum study....

got this from cik selipar kawen. dia suh aku panggil dgn nama cik bubur kacang la plak. mcm2 la..


soalan 1 : 3 names in your massage inbox yg latest.
-shafiq
-CELCOM
-abg mujib aka abg sulung aku

soalan 2 : Your main Ringtone.
ayushita-tuhan berikan aku cinta

soalan 3 : What u did at 12 last night?
solat isyak (semalam saya tdo sampai tak igt dunia. kul 11.30 pm br bgn)

soalan 4 : Who was the last person you went out with? where?
teah-physic school nak anta tesis

soalan 5 : The colour of the T-shirt you're wearing now.
im wearing baju tdo kaler putih, ada polkadot ngan corak reben2 kaler biru.haipppp.....jgn gelak!!!

soalan 6 : The last thing u did.
solat isyak

soalan 7 : 3 of your everyday favorite items.
laptop-phone-pen

soalan 8 : The color of your bedroom.
putih. kedua2 bilik di sini juga di rumah adalah dicat menggunakan warna yg sama.

soalan 9 : How much money in your wallet now?
rm51.55

soalan 10 : How's life
sedikit sibuk

soalan 11 : your favorite song..
always be there & hold my hands

soalan 12 : What will you do next weekend?
study + menjawab exam sebaik mungkin

soalan 13 : When was the last time you saw your mum.
16 feb 2010

soalan 14 : where is she now?
kat perak. umah makcik. ada kenduri. my cousin kawen esok.

soalan 15 : when was the last time you talked to your parent?
12 april 2010-via phone call

soalan 16 : Who is the last person that talked with you last night?
aaaaaaaa............rumate kot

soalan 17 : where did you have dinner last night?
saya tak dinner pun last night. bgn lmbt. cafe da tutup.

soalan 18 : The last surprise you got.
urmmm... when was the last time somebody surprised me??

soalan 19 : Last thing you borrowed from your friend.
calculator lin. tapi da pulangkan da. ^_^

soalan 20 : Who is your bf/gf or husbad/wife?
ish........sebok nak tau.

soalan 21 : what do you feel now?
sejuk. brrrrrr.........

soalan 22 : wanna share with who?
share what?

soalan 23 : who knows your secret?
mak saya.

soalan 24 : they keep your secret?
she always do that. =)

soalan 25 : Are you angry with someone?
no

soalan 26 : what do you order at McD?
saya jarang mkn di sana.

soalan 27 : The last time you felt so sad..
semalam. ada org terkilan ngan perbuatan saya.

soalan 28 : mahu tag?
amik la sesape yg mau.





~_^

16 April 2010

selesai sudah

Alhamdulillah....

selesai aktiviti menaip report fabrikasi+tesis fyp. sekarang da tak perlu bersusah payah memikirkan tentang perkara2 tu lagi. hr ni boleh enjoy sedikit. diulangi- SEDIKIT. aku kalau da enjoy bkn boleh. senang sgt terbabas.

semalam. atau lebih tepat lg pagi tadi. satu masalah melanda diri aku-takleh tido. tahniah..... tiba2 perut lapa. lapa + tak boleh tdo = menyeksakan diri. tgh duduk2 dpan laptop, tetibe muncul pop up di bhgn bawah kanan screen laptop--> YM-cik selipar kawen is online . heheheheheh............. hati berbunga riang. apa lagi.. jom cari makanan kat khaleel. ~_^

menu pukul 4 pagi tadi- murtabak daging+limau ais.
port makan-belakang rumah penggawa saujana.
waktu tamat sesi makan2-pukul 6 pagi. (azan subuh, balik la.)





^_^













*minggu depan bermulanya final exam. paper aku pada hari rabu=21 april. low dimensional semiconductor structure aka zat389. ada satu bab lg belum dibaca. belum pilih pun lagi. nak baca bab mana ye? 4 atau 5?

**err.....baru sedar. aku belum print exam slip. bagus....... exam hari rabu. ptg selasa tu nanti aku print.hak3..... ko gile che lapis?????


12 April 2010

renung2kan dan selamat beramal

"Apabila sesorang berbuat baik kepadamu, balaslah kebaikannya. Jika tidak mampu, berdoalah untuknya sehingga kamu merasakan bahawa kamu telah membalas kebaikannya."

-sabda Rasulullah-








*thanx to prof izzi haji ali. =)

09 April 2010

from daina

alkisah, berblogwalking di blog cik daina. terjumpa satu post ni. dia ditag. baca punya baca punya baca, eh2...nama saya tersenarai dlm senarai insan2 yg perlu menjawab soalan itu. ok. saya nak jawab. =)



1.Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
kalau masih hidup time tu, stab dia blk. tapi kalau da arwah, saya nak bertukar jd hantu. nak kacau hidup dia. heheh.... *muka jahat*

2. 6 orang dihati anda
terlalu ramai dlm hati ni. lebey 6 org. heheh

3.Anda rasa anda comel
saya tak rasa sy comel, tp ada manusia yg mengatakan sy begitu.terpaksa terima. =)

4.Single or taken
lalalalalalala~~

5.Blog yang anda suka
cik cucur, sembang kencang, teh tarik gelas besar. ada lagi sebenarnya, tp ini antara yg slalu saya view.

6.Adakah bilik anda kemas setiap hari?
saya akan pastikan bilik saya berada pada tahap memuaskan setiap hari. kemas mengikut pandangan mata saya.huhu....

7.Lagu terakhir yang anda dengar?
ayushita-tuhan berikan aku cinta
(ni nada dering telefon saya.hehe..)

8.Last text message?
last text message dr sy adalah kpd encik shafiq. isinya tak perlula diberitahu.
last text message yg sy terima juga dr org yg sama. hihihi...

9.Last phone call?
juga dari encik yg sama. =)

10.Hari terakhir anda menangis?
ptg tadi. sebab? terlalu rindukan rumah. owhhh...sy tak pernah jadi begini sebelum ni. tsk...tsk...

11.List favourite colour anda?
biru, purple, putih, hitam, light orange, peach, light green, light brown. dan mana2 warna yg menarik di mata.

12.Orang terakhir anda ber"YM"?
syafiq zainuddin. owhh...ini bukan org yg sama dgn encik shafiq di atas. *wink2*

13.Game yang paling anda suka?
main je mana2 game yg dirasakan menarik. tp game yg slalu sy main adalah free cell. senang dan mudah. hahahaha.....

14.Adakah anda peminat MCR?
tidak

15.Ape perasaan anda semasa menjawab tag ni?
takde perasaan. ngee~

16.Anda rasa tag ni best?
ok jeh...

17.Tag lagi 10 orang
follower pun tak sampai 10 org. cemano tuh? amik la sesape rasa nak jawab soalan2 nih. =)






daaaa~~ senang je soalannya. now nak sambung stdy. ^_^

08 April 2010

mood rindu rinduan

bismillahirrahmanirrahim...

ptg td secara rasminya che lapis menghabiskan kelas terakhir di usm. huhu...pasni takde da nak blaja camni, melainkan aku further stdy amik master. tapi kalau amik master pun suasana takkan sama ngan dgree. huk3..

ok2. itu bukan isi penting aku kali ni. apa yg penting aku nak cite sekarang ialah aku dlm mood merindui mak+ayah+adik+abang+akak+anak2 sedara. dlm erti kata lain, saya rindukan family saya. tsk..tsk... sedeynya.... nak balik umah, jauh. masa pun tak mengizinkan utk blk umah. sgt sedih ok.... last blk aritu adalah pd bln 2. tp tu pun tak lama. dlm 4 hr je kot, dan tak sempat nak mnja2 pun kat umah, coz mak sgt sibuk ngan kenduri jiran2 sebelah umah. n now, kena tunggu bln 6 utk blk phg. ngee~~ sgt lama okeh.

urmm....... ada tak sesape boleh tlg carikan pintu suka hati doraemon? nak pinjam la. nak blk umah jap. huk33...

07 April 2010

perjalanan manusia dan liku2 hari akhirat





*kredit utk seorang teman yg mengirimkan peringatan ni. sama2 kita tingkatkan amal utk menghadapi hari2 mendatang.semoga segala amalan kita diterima olehNya.aminn...
**klik utk tumbesaran rajah. =)

05 April 2010

kerabu mangga

bismillahirrahmanirrahim....




fuhh....sejak akhir2 ni che lapis sangat suka mencari makanan ni sbg salah satu menu harian. selama hampir 3 tahun duk kat utara ni, br ni la terasa nak mendekati makanan yg bernama kerabu mangga nih.

jum2 tgk, cara2 nak buat. senang je kot. campur masuk gaul sana sini, siap la. eh yeke?.... aku mmg tak penah cuba la. sini takde dapur okeh... huhuh.

ni resepinya, blk umah nnt aku nak try buat. (kalau rajin....)

Bahan-bahannya:
1/2 biji mangga muda - dihiris halus
50 gram kacang panjang - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong dadu

8 biji cili padi - dihiris halus
100 gram udang kering
50 gram kacang tanah - di tumbuk
2 biji bawang kecil - dihiris
1 biji limau nipis - diperah
Cili merah

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Gaulkan kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering, kacang tanah, bawang kecil, mangga muda, dan perahan air limau kedalam satu bekas. Kemudian bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan cili merah sebelum dihidangkan.





hurmm...... looks simple. kpd yg nak mencuba, selamat mencuba. :D









*resepi adalah dicurik dari sini
**owh che lapis.....ko nak exam, mna bley mkn masam2.huk3..

03 April 2010

cell phones and health

One of the most common sights we see these days, is that of people with their mobile phones next to their ears. A boon for better communication, cell phone usage nonetheless has many health hazards. Various studies indicate that the emissions from a cell phone can be extremely harmful, causing genetic damage, tumors, memory loss, and increased blood pressure and weakening of the immune system. This is alarming information, and one has to take into account all these factors..

CELL PHONES AND HEALTH
Though there is no evidence of cell phones causing cancer or any such illness, but the suspicion, or fear of the same is not baseless either. The electromagnetic radiation from cell phones does have a potential link to cancer. The fact that this radiation is invisible, intangible, and enters and leaves our bodies without our knowledge makes it even more intimidating.

Possible hazards:
* Two minutes of exposure to emissions from mobile phones can disable a safety barrier in blood causing proteins and toxins to leak into the brain, could increase chances of developing Alzheimer's multiple sclerosis and Parkinson's. (Scientists at Sweden's Lund University)
* Scientists say exposure to the phones' low-level radiation causes red blood cells to leak hemoglobin and can lead to heart disease and kidney stones.
* Recent studies suggesting a link between cell-phone use and brain tumors, and the possibility that the microwaves could ignite petroleum fumes at gas stations.
* A cell phone unit, or communications tower, has so many of thee radiation emanating gadgets. This can be a problem for its immediate environment.





*this article is taken from here

dia gadis berkerudung merah~~~

bismillahirrahmanirrahim.....

ada kengkawan ajak aku kuar berjoli selepas menyiapkan tesis.wah.....diorg da siap, buleh la nak joli2.aku tak siap lagi, nak joli apanya.huuuuu......

owhh...kamon2 che lapis.cepat2 siapkan tesis.ngeeee~~








*tajuk adalah takde kena mengena ngan isi tulisan.lalalalalalala~~

lab+dinner

bismillahirrahmanirrahim....

warghh!!! saya penat.baru blk dinner perdama.tema~ tradisional kontemporari. dinner yg menarik tp agak mentensenkan aku (ada ke ayat nih?hentam saja la labu,,,). bkn sebab pihak penganjur yg tak bagus, tp aku yg tak bagus mengurus diri.nak pegi dinner, tp takde baju yg sesuai. naseb baik ada gak kawan2 yg sporting+bermurah hati nak pinjamkan baju kat i ptg td.hahaha.....merasa la i melaram ngan baju pinjam tadi. upssssss....pecah rahsia i.. nak harapkan baju2 dlm almari aku?ada lg ke baju kurung?errr....ada la kot, dlm 3-4 pasang.huhuh..

okeh2....aku tak berniat nak cte sal dinner tuh.aku nak cte sal lab 387 yg baru berakhir ptg tadi.hehehe......suka+riang gumbira je rasa bila da siap lab.weeeeee~~

jum tgk gambar2 yg sempat aku snap time lab session pg dan ptg tadi. tak bnyk pun.sebab harini just nak wat litography, metalization and wafer testing.

*ni namanya mask.wafer yg terhasil nnt akan menghasilkan corak titik2 macam kat atas tu la*

*ni plak time wafer testing*


*eh??ini sape plak??????*











*nak tunjuk wafer yg da siap tu, tp ada kat cik daina. wafer tu nmpk sgt tak cantik, tp bila diuji, resultnya blh tahan gak superb.hehehe....

**sebenarnya ada org tegur, aku tak rajin ke on blog?huhu...kurang masa la nak berblogging.masa bnyk dihabiskan ngan berfacebooking.heheh..

***nak tdo la.ngantok da...

21 March 2010

melayang~~~

semalam - 20 march 2010

kul 545am da ada org tepon suh bgn.sebab nak kena pegi engineering campus kul 630 untuk ace program yg memasuki hari kedua semalam.

petang, kul 545pm baru sampai bilik. solat asar, turun beli nasi, mkn2, mandi, solat. kul 815pm ke dewan budaya. ada penutupan bulan islam & kelestarian (BKI). niat aku nak tgk wayang kulit ngan teater je sebenarnya...

wayang kulit - mnarik gak la. tp bnyk part yg melucukan. bkn lucu pada story, tp lucu pada tukang cerita aka tok dalang. lawak bila watak seorang tua berbangsa melayu disalah-beri-suara oleh tok dalang kpd watak sorg laki muda berbangsa cina. hak3...

teater, bertajuk cintaku bersujud lagi. sepatutnya menarik dan memberi kesan. tapi dek kerana aku sgt mengantuk time teater berlangsung- penat woo dr pagi tak rehat- aku tak dpt la nak fokus pada cerita yg sedang dilakonkan di hadapan.

blk bilik mlm tu- mata aku taknak tdo. bdn da penat, tapi mata taknak beri kerjasama utk tdo. tatau nak buat apa. main2 sudoku, dlm kul 145am br aku tdo. kul 5 terjaga sekejap, kul 6 lebey br bgn sebetul2nya. huhuh....

dan harini, kepala rasa melayang2. seriusly, tak penah aku wat keje gila tdo 4-5 jam sehari. nasib baik harini dan esok takde kelas. tp tak bermakna aku boleh bersenang lenang.

dan sekarang sedang berfikir apa akan terjadi pada aku utk seminggu yg bakal berlangsung nih. mengikut penglaman lepas2, effect kalau tak tdo atau kurang tdo akan dpt dirasa dlm tempoh beberapa hari selepas hari kejadian. simptom2 lesu, lemah, kurang semangat akan dtg dlm tempoh beberapa hari selepas bdn tak cukup rehat. warghh..... harap2 sumanya ok. [-_-']

07 March 2010

x kinabalu #2

heheh...nak sambung cte aritu.

19 feb 2010

dalam kul 7 pagi, kitorang siap2 tunggu bas kat ums utk ke kinabalu park. igt nak breakfast kat cafe, tp tak bukak lagi la plak. nasib baik la ada roti vanila versi gardenia sebungkus. bahagi 3 org ~ che lapis-cik fiza-cik siti, mkn la sorg sket roti tu wat alas perut.huhuh.

sampai2 je kat kinabalu park ntah kul brape. heheh. sejuk wooo.... aku terfikir. kalau kat situ da sejuk, kat atas macam mana eh? aiyokkk.. kat kinabalu park ni jugak, kitorang mulakan sesi bergambar, sesi rehat2 (brape kali rehat ntah), dan jugak sesi membeli tongkat sakti berharga rm3.00. hahaha....tongkat sakti ni tujuannya utk memudahkan kita masa mendaki. dan dgn tongkat sakti ni jugak la, ada sorg pendaki grup lain tegur aku, 'adik ni kalau tunduk nmpk cam nenek.tapi bila angkat muka, laaa....muda lagi rupanya.' huh..nak ngutuk aku la tu. kutuk la..kutuk. dgn tongkat tula aku berjaya sampai ke atas lebih awal dari dia. hahahaha..... upss...ada nada riak di situ.astaghfirullah.....em. kat sini jugak kitorang menimbang beg masing2. tujuan? ntah la. just nak tau brape beban yg akan kami bawak je kot. berat beg aku masa ni adalah 6kg. huhuh. tetibe terfikir, boleh ke aku nak angkut beban 6kg sejauh 6km?? kalau laluan biasa, mungkin takde masalah kot. tapi ni nak mendaki. huhuiiii... ohhh....lupa plak. kitorang jugak diberi pack lunch berupa sandwich, sebiji telur rebus, seketul popia, seketul kfc (kinabalu fried chicken), sebotol air mineral dan setin 100 plus. pack lunch ni shj beratnya hampir 2kg. so total bebanan yg aku bawak adalah hampir 8kg. fuhhhh......

-sesi sembang2 pas beli kayu sakti-

-sesi timbang beg-


-bergambar lagi-

dalam kul 11, pendakian pun bermula dengan diiringi bacaan doa oleh encik rosli, salah sorg staff usm yg join xpdc ni. pastu ada la serba sedikit pesanan ikhlas dari kalangan peserta. fuhhh....semangat. tapi tetap cuak nak naik. apaperla aku ni. ohh..sebelum tu, kitorang jugak diberi pas khas utk naik ke gunung kinabalu.

-gambar kurang berkualiti. amik guna kamera enset-


kalau takde pas ni, jgn harap la korg boleh sampai ke atas. pas ni akan diperiksa bermula dari tempat di mana pendaki memulakan pendakian.dalam kes kami, kitorg mula di timpohon gate.

1km pertama, aku mampu lagi berjalan dengan kelajuan biasa. sama2 seiring ngan kawan2-fiza, hanis,sape lagi ye? huhuuu.. masuk kilometer kedua, hehe....kelajuan tu jadi berkurang. utk kilometer seterusnya, aku terus kena tinggal ngan diorang. huh. berjalan la aku sorg2 tanpa ditemani sesiapa. tsk..tsk.. tapi sebenarnya takdela sorg2 pun. ada je potter2 ngan pendaki2 yg nak turun tu, diorang cukup rajin menegur. macam2 kata2 semgt yg diorg bagi. heheh. bagus..seronok2..

-awal2 pendakian.aku boleh senyum gumbira lagi-


-huhhh...penat2...-

sepanjang pendakian ni, ada 7 pondok kalau tak salah aku yg perlu kitorg tempuhi. dan aku selaku org yg tak berapa kuat staminanya, mmg akan berhenti di setiap pondok tu. rehat2 dlm 5 mnt camtu. melepaskan lelah... kat setiap pondok ni jugak ada air yg tak dirawat utk pendaki2 refill botol masing2.

-pondok ubah. ehhh...budak tu bley main sms??-


-km 2. ada 4 km lagi..-

-ada rupa nenek ke?-


satu perkara yg aku semat dlm diri sepanjang pendakian tu- biar lambat asalkan selamat. hahahahaha...... mana tidaknya, berjalan pada kelajuan kura-kura. itupun kalau korg rasa kura-kura tu laju. huhuh. dan dalam kul 3.40 ptg camtu, aku sampai kat gunting lagadan hut- tempat di mana kitorang akan stay utk mlm tu. suhu kat sana tatau la nak ckp. sejuk ya rabbi...... brrrrr.......


-di depan gunting lagadan hut-


ptg tu, kul 5 kitorg dinner. mlm plak, kul 7 kami dah disuruh tido. utk kumpul stamina bagi meneruskan pendakian sesi kedua pada jam 2.00 pagi esoknya.

-at laban rata..after dinner-









dan..... macam biasa la. kisah seterusnya akan bersambung....
bismillahirrahmanirrahim....

alkisah, weekend ni ada ekspen kat kampus induk usm. apa itu ekspen? EKSPO PENDIDIKAN DAN KERJAYA. so bnyk la company yg terlibat dlm ekspen ni, sama ada yg terlibat dlm pameran shja, ataupun yg sediakan open inteview utk pihak yg berminat.

ekspen kali ni memang mencatat sejarah la utk aku. sebab 3 hari ekspen ni berlangsung, tiga2 hari ni aku pegi.hahahahaha..... tapi harini je aku rasa cam terisi sket. hari2 lain aku pegi hanya utk dengar ceramah dan melawat2. tapi harini, aku berpeluang utk merasai sendiri cemana rasanya temuduga keje.huhuh. bak kata daina, sama je cam temuduga lsp402 yg kitorg wat dulu. tp ni serius la. yg dulu tu main2. huhu...

urmm... jadual exam pun da kuar. walaupun br kuar jadual kuning (draf), tapi bahangnya da terasa. pejam celik pejam celik, bulan depan da nak exam. pejam celik pejam celik lagi, da abes exam. maka tamat la pengajian aku kat usm ni. insyaAllah...kalau takde aral, bln 5 nnt aku akan tamatkan pengajian. dan bulan 8 grad. aminn..

and now, sedang memikirkan masa depan. ehh.... che lapis, ko ada report yg perlu disiapkan. buat2......

[-_-']












* mlm ni physics nite. tahun ni aku tak pegi. takde mood nak berdinner2 nih.

02 March 2010

dalam dilema.....

alkisah, che lapis baru blk dari kelas. low dimensional semiconductor structure. dalam kelas tadi, lecturer tu sekali lagi mengulangi kata2 nya:

'kalau kamu join physics nite weekend ni, saya akan bagi markah lebih pada kamu.'

warghhh....!!! agak tensen aku mendengarnya. nak pegi...taknak pegi....nak pegi....taknak pegi....haish...

aku dah hilang semangat nak berdinner sem ni. nape ntah. da sem akhir kot. bnyk bnda lagi aku nak pikir daripada duk pikirkan bnda2 alah jamuan mkn mlm ni.

hurmmm....... [@_@']

globetronics-teater bangsawan sinbad; batu permata dewa-fire drill

fuhh.....akhirnya hujan jugak kat bumi penang ni.Alhamdulillah..... dah brape hari aku nmpk langit cam mendung, tapi hujan tak jugak nak turun2. ku sangka hujan di tgh hari, tetapi panas sampai ke malam. huhu....

alkisah, ptg tadi ada lawatan ke kilang globetronics. salah satu perkara yg perlu dilakukan dlm course aku nih. pegi kul 2 lebey, blk plak kul 6.30. berkejar kejaran aku nak semayang asar. tahniah....... pas semayang, niat hati nak mkn terus la. lapar.... perut da nyanyi2 da.

elok je aku balik dari menapau nasi+tomyam, cik daina tu anta mesej.

"salam.weh, jom tgk teater sinbad mlm nih."

aku pun ok je..... so pas magrib bertungkus lumus aku menghabiskan segala nasi ngan tomyam tu, and siap2 utk ke dewan budaya.

sampai sana, bayar tiket, masuk. owhh....lupa plak. ada sorg lagi insan yg ikut skali tadi-fizah. huhu...

secara keseluruhannya, teater tu memang seronok. ni 1st time aku tgk teater secara live. memang terus jatuh cinta la.hahaha..... dgn suara hilai tawa syafinaz yg menaikkan bulu roma aku, hiiiiii........ seram sejuk wooooo.... pelakon2 dia pun tip top la. and lagi satu, sebenarnya dulu aku igt kalau teater ni gaya bahasa dia sumanya ala2 bahasa baku. ckp kena skema. tapi bila aku tgk teater tadi, bahasa yg digunakan adalah bercampur aduk. ni menjadikan teater tu sgt seronok. antaranya,

'yo bro!' - sinbad

'engkau buat apa wahai setan-setan????' - ratu sheeba

'kanda, dinda sakit perut....(sambil tgn tunjuk kat kaki)' -dayang

hahaha...bnyk lagi sebenarnya. pecah perut aku gelak tadi. keh33......

teater ni berlangsung dlm 2 jam camtula. dlm kul 11 da abes. pas abes tu, kitorg sama2 jln kaki pulang utk mkn. fizah la tak mkn lagi. abes2 mkn plak kul 12, nak blk hostel. elok je sampai kat atas bukit tu, nmpk ramai2 org. then dgr plak bunyi alarm yg membingitkan telinga tu.

warghhhhh!!!!... fire drill!!! masalahnya, bukan blok aku yg buat. blok satu lagi yg atas bukit tu (m04) ngan blok laki sebelah blok aku (m01). tapi sebabkan aku kena lalu kawasan situ, maka aku adalah tidak dibenarkan sama sekali utk blk ke blok sendiri. so, terpaksa la memaksakan diri utk berdiri kat kelompok org ramai tu. huhuh.. tension owh... adey....

hurmm.....sok kul 8 ada test mandarin. sekarang da kul 2 lebih, tapi aku masih tak tido lagi. sape nak jadi jam loceng aku pg esok? hadoi....hujan2 ni, mesti syok tdo.heheheh....










* tajuk gile panjang.ahhh.....pedulikan.
**harini sgt memenatkan bagi aku.tapi bak kata fizah~ alang2 da penat, biar penat sampai ke malam.huhuh..
***esok, 2 march (harini) akan diadakan pementasan kali kedua teater sinbad-batu permata dewa. rasa cam nak pegi lagi. heheh..

26 February 2010

x kinabalu #1

fuhhh....hampir seminggu slpas aku kembali ke semenanjung. kaki aku pun da pulih sepenuhnya dari segala kesakitan yg aku dapat hasil xtvt menawan puncak kinabalu.huhuh.

neway.. ni aku nak story mory kesah2 kat sana.heheh...

18 feb 2010

smpai kkia dlm kul 0930. kalau ikut tentatif kitorg check in kat ums dulu. tp itu tak berlaku. kitorg terus dibawak pusing2 sabah. (takde la pusing2 sgt pun.sket2 je..)

1st destination, muzium sabah. macam kebanyakan muzium lain, muzium sabah ni memuatkan bnyk cerita tentang sabah, suku kaum kat sana, dan bla..bla..bla.... aku masuk sini pun tgk2 skali lalu, pastu kuar.takde niat langsung nak tambah ilmu pengetahuan.huhuh.

kat luar tu plak ada apa yg dipanggil sbgai model rumah2 tradisonal sabah. heheh. comel2 je. kebanyakannya dibuat drpd buluh. ada gak la perasaan cuak time naik umah tu. rasa cam bila2 masa je umah tu boleh tumbang menyembah bumi. huhuh.

-ni salah satu bangunan yg aku tatau namanya-


-bahagian dalam-


-ni pun aku tatau namanya-



-antara perhiasan drpd manik yg dijual kat rumah ni-







-rumah suluk-






pas abes sesi lawat melawat tu, kitorg pegi mkn kat restoran sempelang. lebih kurang cam khaleel gak la.(cuma diorg takde roti canai kot.huhuh) haaa..... ni la yg aku nak story nih. makanan kat sana lebey kurang sama je harga ngan kat semenanjung. tapi minuman dia.... sirap limau harga rm2.00!!! mak datokkk.... mahalnya... terkedu jap aku. hahaha... kata tourist guide ktorg (bell), hrga tu kira standard la. heheh. [@_@']

pas mkn2, da kenyang (sambil sibuk mengompelin harga minuman yg mahal tu), kitorg lari jap pegi centre point kat depan restoran tu. jln2 pusing2 mall sampai tatau jln nak kuar. hahaha.. ntah pape je.

then pegi solat kat masjid terapung kk. semayang2...pastu balik ums. mlm tu, ada mkn2 sket. kali ni free. hehehe.... selamat.... kalau kena bayar mmg aku order air suam jela. heh. blk dprd dinner, terus tido. mengumpul stamina utk memulakan pendakian pada hari esoknya.



err... nanti la aku sambung. letih la nak menaip. hehe....












*1st time letak pic sendiri dlm blog.haiyohhh...takpela.

25 February 2010

tak tau la nak cakap apa...




alkisah... pg tadi aku bgn awal. sebab? la.... kan nak semayang subuh. kena la bgn awal. huhu.... sebab lain, aku diberitahu bhwa pg ni akan diadakan test. lac100. kalau da namanya ada test tu, takdela hati aku nak jd tenang setenang air di kali. huhuh. cuaknya yg tak terkata. igt senang nak hafal chinese words? tatau la kalau org lain rasa bnda tu senang. tp mengikut kemampuan otak aku, bnda tu takdela sesenang mana. huuu.

kul 750 pagi aku da terpacak kat depan kelas, kat pusat bhsa. owhh.. now da ditukar jd pusat pengajian bahasa, literasi dan translasi. uhh..pjg giler nama. 1st time jd org terawal sampai. sebelum ni, kalau tak kul 8++, takkan nampak la muka aku kat sana.

masuk kelas, aku dgn semangatnya nak jwb test. dlm kepala takde bnda lain yg aku pikir, melainkan perkara2 yg berkaitan ngan lac100. tepat jam 8.00 pagi, lecturer mula mengeluarkan ayat pertama dari mulutnya utk pagi ni....






'our test will be postpone next week, on tuesday.'











whatttt???????????

22 February 2010

menawan-ditawan-tertawan

-ihsan encik google-




bnyk bnda yg che lapis nak cte ni.tapi esok2 la. penat tak ilang lagi. tgn pun belum ready nak menaip pjg2. rilex....

16 February 2010

cuti yg mcm tak cuti langsung

bismillahirrahmanirrahim....

heheh...che lapis baru la blk dari umah. sgt pendek cuti kali ni. huuuu... (sebenarnya cuti seminggu, tapi aku ada hal esok, so terpaksa la balik awal). tak puas woo cuti 2-3 ari nih. da la umah jauh. uwaaa... sedey3...

xtvt kat umah?haha...tak sempat nak wat pape pun. mkn-tido-mkn-tido je keje aku.bdn pun da naik bulat. heheh... cemane nak naik gunung nih.haish....

eihh...nak mandi la. nak kuar mkn+cari brg. cafe tak bukak.. kena cari mkn kat luar la nih. huhuh.

11 February 2010

sunyi sepi

Hehehe… tajuk yg sgt berkenaan dgn blog ni. haih.. mls betul nak menaip sejak akhir2 nih. eh silap.. bkn malas. Sibuk. Minggu ni bnyk test. Tgh hr td baru abes test terakhir utk minggu nih. lega…… upss… test lac100 bakal menyusul pas cuti. Huhu..

Sebab sibuk sgt tu jugak, ada plak kengkawan yg terasa diabaikan. Heheh… sian kwn2 aku. tp tu la, aku pun heran. Apa yg aku buat mggu ni ngan mggu lepas? Mggu ni nak kata stdy utk test, takdela stdy sgt. Haha… abes la. Result aku nnt mesti agak teruk. Huuu… salah sendiri.

Mggu ni gak rasanya hampir tiap2 hr aku tdo lmbt. Selagi belum pukul 1, mmg la aku tak tdo. Heh. Buat apa? Hihihi…. Perkara yg aku rajin buat sekarang- YM. Sejak2 intenet diupgrade nih, itula keje terbaru aku. haha… memang buang masa.

Urmm.. sok blk pahang. Yeay!! Dgr cite PERDAMA kesayangan ada buat baktisiswa. Hehe.. sori la adik2, tak dapat la nak join. Next week mau berangkat ke sabah. insyaAllah, kalau takde aral melintang mau menawan puncak kinabalu. Harap2 semuanya berjalan lancar. Semoga dipermudahkan urusan olehNya. Aminn..

So.. selamat bercuti… ^^,





*bnyk merepek je aku kali ni. ntah la. Takde modal nak menulis.

01 February 2010

gitar




hahahaha.... apa motif aku letak gitar banyak2 nih? adakah che lapis nak jadi penganti yuna? heh. idok ler. aku main gitar pun tak penah. hahaha..

penah tak someone nyanyikan lagu2 sambil petik gitar utk korang? penah? best kan? entri ni aku nak dedicate utk sorang kawan ni. org yg rajin nak nyanyi kat aku. walaupun suara dia takdela sedap sangat, tapi dia tetap paksa aku utk dengar suara dia. huuuu.... sian telinga aku. tapi takpe, aku suka. heheh. bukan senang owh ada org suka suki nak buat free show utk kita kan.

<^_^>

29 January 2010

seminggu ni.....

fuhhh..... harini aku rasa paling happy dalam tempoh seminggu ni. mana tidaknya, tempoh seminggu ni hidup macam ala2 tak tentu hala je.


isnin
takde kelas. tapi aku jadikan hari tu utk qada rehat waktu hujung minggu aritu.

selasa
hari pelupa sedunia utk aku.
nak fotostat kertas, dah sampai separuh jalan baru sedar bnda yg difotostat tu aku tak bawak. pastu beli roti, alih2 roti tu aku tinggal kat kedai. brape jam pastu baru teringat balik. hurmm... takpela, sedekah je.
harini jugak aku terkandaas kat masjid usm selama 1 jam setengah gara2 hujan lebat. tahniah.. memang nak suruh aku beribadat lebih la tu. tapi tak tahan woo.... perut yg lapar memaksa aku redah jugak hujan tu dengan berpayungkan plastik s&j. hehehehe.....

rabu
hari yg paling tertekan bila buah hati aku sakit dan terpaksa ditahan di wad. huuuu.....

khamis
pilihanraya. tapi tak bermakna kelas aku dibatalkan macam sesetengah student. huuu. harini jugak dapat berita gembira pasal kedatangan test yg tak pernah ditunggu oleh aku. uhuh. suma test nak buat dalam minggu yg sama. hadoi......

jumaat
harini la kan? jumaat=takde kelas. duk bilik menyiapkan sudoku dari pagi sampai tgh hari. hahaha.. petang, buah hati aku kuar wad. Alhamdulillah, sihat walafiat dia. suka2... ^^,





esok- thaipusam. tapi aku tetap nak kuar. [@_@]

23 January 2010

selamat ulang tahun sayang

semoga tabah mengharungi liku2 hidup utk hari2 yg akan datang

harap2 ikatan ni kekal sampai bila2

malas nak taip panjang2. apapun......

SELAMAT HARI LAHIR

sallehah.... ^^,












*terpaksa tinggalkan jun pyo kat 8tv demi kawan tercinta..
** sok kena kuar pukul 7.30, ada hal. agak2 kalau aku tdo ni, boleh bangun awal tak esok pagi eh? haish....

21 January 2010

kelam kabut

refer pada tajuk di atas....


- pagi tadi aku sarung kain terbalik. susun kain aku kat sebelah kiri, aku letak kat kanan.

- pakai baju kurung pun terbalik. yg depan pegi belakang, yg belakang pegi depan.

-nak sarung tudung, baru aku perasan tudung tu pun terbalik gak. yg sebelah dalam aku letak kat luar. wargh!!!

- kuar bilik, nak sarung selipar. jumpa selipar belah kanan je. yg sebelah lagi terperosok masuk bawah rak kasut. haik? semalam aku letak dua2 atas rak tu. mesti ada yg dengki sumbat sebelah selipar aku masuk bawah rak.

- hampir2 nak kena langgar ngan sebijik naza ria yg tgh reverse. bodo je aku lalu belakang keta tu. aku tak perasan plak keta tu nak undur. huhu.



*walaupun bermacam halangan yg aku hadapi, tapi aku berjaya sampai ke kelas tepat pukul 8 pagi. hahaha.... rekod tuh.. before ni aku tak penah sampai kelas pukul 8. kui33....

cerita aku

Al kisahnya, tadi che lapis diajak menemankan kawan shopping ngan cik abang dia. Bak kata sorang teman tu, 'orang2 yg solo macam che lapis ni memang keje jadi peneman orang dating jela'. Uhuh. Kecik ati aku dengar owh… mentang2 aku takde pakwe. Wargh….

Tadi jugak, tengah2 syok belek2 buku twilight and new moon yg ditranslatekan ke bahasa melayu, bunyinya jadi 'senjakala' dan 'cinta baru' kalau tak salah aku tajuk dia camni (aku heran gak masa mula2 tengok.buku apa tajuk pelik bebenor nih?) ada la sorang ni datang. Cuit2 bahu aku, then tunjuk 1 kad. Kat kad tu tertera,

"kami dari persatuan orang2 bisu dan cacat pendengaran ingin memohon jasa anda utk membeli kraftangan yg dibuat oleh kami. Terima kasih." (lebih kurang camtu la bunyinya kad tu)

  • 1 barang = rm 6
  • 2 barang = rm 10

Agak2 apa yg korang akan buat kalau diberi situasi camtu? mula2 aku ingat nak buat bodo je. Ditambah plak ngan setan yg berbisik kat telinga, suh aku jangan beli. Setan tu cakap ntah2 orang tu nak tipu aku. huh. Jahat sungguh rupanya makhluk yg dijadikan daripada api tuh.

Tapi oleh sebab aku dididik dengan baik sejak kecik, dan mak aku selalu pesan, sentiasalah bersangka baik dgn sesiapa pun. Tak sampai ati plak aku nak biar orang tu blah camtu aje. . Aku pun beli la 1 barang yg org tu jual. Nak tengok?

*comey kan? heh.




Ohh… tadi ada sorang hamba Allah tu call aku. ajak kuar minum2. Heh. Sori la. Jawapannya, taknak. Alasan, mak aku tak kasi kuar ngan laki. Mantap tak alasan aku? hehe.. (dulu2 mak aku tak kasik pun aku bantai kuar je.derhaka sungguh.adoyai..ampun mak…) Huhuh. Kalau takat ajak kuar minum aku tak pelik la sangat. Ni sampai nak ajak naik keta! Apa jadahnya pegi minum2 sampai kena naik keta? Jauh sangat ke tempat nak gi minum2 tu? port minum2 aku ngan kengkawan abes2 jauh pun kat deret2 khaleel tu la. Jalan kaki 5 minit da sampai. Huh.





16 January 2010

Satu hari di hari jumaat..

……………..15 jan 2010……………

-jumaat yg tenang sebab tak perlu fikir nak ke kelas. Jumaat adalah hari tanpa kelas. Ohh… dan isnin juga.

-jumaat yg buat aku terkejut bila melihat baldi yg dipenuhi baju2 yg menuntut utk dibasuh.

-jumaat yg buat aku tak berapa sihat. Tetibe terasa badan macam dimasukkan dalam peti ais. Sejuk giler2. Tekak plak rasa loya. Ish.. apa dah jadi ngan aku?

-jumaat yg sangat tension sebab tak dapat internet connection dalam bilik.

-jumaat yg sedikit happy bila sorang cik tu ajak aku kuar. Eh jap… aku ke dia yg ajak kuar ? heh..

-jumaat yg merupakan hari exercise sedunia bila aku dan cik itu terpaksa berjalan kaki di tengah panas terik utk sampai ke destinasi. (berjalan kat deretan kedai sebenarnya, takdela panas sangat). Semuanya gara2 kitorang yg tak tau kat mana sepatutnya kitorang patut turun. Aku tak tau plak bas rapid sekarang dah ada 2 laluan utk turunkan penumpang kat prangin. Eh? Ke dah lama diorang buat camtu? huhu..

-jumaat yg sampai ke kemuncaknya bila aku dan cik itu dapat bergelak ketawa sampai tak igt dunia tgk old dog. Heheh.. bukan senang nak tgk aku gelak kuat2 tau….

-jumaat yg melaparkan, sebab hanya dapat makan nasi pada jam 7.15 malam. Nasib baik aku tak pengsan.

-jumaat yg menyedihkan, sebab beberapa org kawan aku takde weekend ni. diorang gi bercuti. Ohh.. ada jugak kawanku yg balik. Tidak ketinggalan, cik rumate yg bercamping sepanjang weekend ni.

Dan sekarang, aku keseorangan dalam bilik. Menci tau duk bilik sorang2..

13 January 2010

huk..huk..huk..

uhuk..uhuk..uhuk..
ok...ala2 ngade2 sket gaya batuk aku
huuhuhu..
sakit tekak owh....
cuaca kering agaknya yg buat diriku jadi begini
haish..

10 January 2010

penat-enjoy-puas

Bismillahirrahmanirrahim….

Harini ahad. Cepat je weekend berlalu. Actually dalam seminggu ni che lapis sangat la tertekan. Takdela tertekan sebab bnyk masalah. Cuma ada satu bnda yg mengganggu fikiran che lapis sepanjang minggu lalu. Dan kebiasaan che lapis, kalau rasa2 cam tertekan, mesti nak kuar. Tak kisah la kuar g mana pun. So niat ati nak la ajak sesape kawan2 kuar semalam. Tgk movie ke, window shopping ke.. heheh. Tapi tu suma niat jela. Sebab ada something yg berlaku semalam. Apa yg berlaku? Hehe.. semalam kawan2 che lapis ajak g trekking kat tmn Negara. Huhuh. Ala…. Gi pantai kerachut tu je. Ni suma konon2nya sbg persiapan utk ekspidisi yg akan datang. Haha… tapi not bad la prestasi kitorang semalam. Amik masa sejam utk sampai ke pantai, and cuma 40 minit je utk balik.

Mulanya aku plan nak jogging kat tasik tu je, ngan fiza. Cam yg biasa aku buat time aku tensen tu. but then encik hanis plak mengajak kitorang ke tmn Negara. Maka sampai la kami berempat (masuk sorang lg kwn encik hanis) ke tmn Negara tersebut. Macam biasa la.. aku bkn reti nak warm up segala bagai nih (diorang pun sama je). Tapi sebelum dtg tu aku ngan fza da jogging dah. so boleh dikira warm la kan? (giler.warm up sejam awal.huh). hurm.. sape2 yg pernah melalui trek utk ke pantai kerachut ni mesti tau macam mana laluan dia. sekejap landai, sekejap cerun. Haish.. tapi better la kot daripada bukit jambul. Tapi semalam kitorang ada terserempak sngan satu grup tourist nih. ada sorang perempuan tu boleh jalan ngan pakai skirt+high heels! Haiyoh… aku yg berseluar lengkap ngan kasut ni pun rasa cam seksa je nak berjalan naik tangga suma tuh. Macam mana la dia boleh naik tangga2 yg bnyk tu dgn bertumit tinggi. Fuhh… memang salute la….

Apapun, sampai je pantai tu, hilang rasa penat. Sangat seronok. Saya sangat sukakan pantai. ^^,

Ada satu bnda yg aku baru tau semalam. Rupanya kat sana ada satu tempat namanya tasik meromiktik (kalau salah eja, sori..) tasik ni terbentuk hanya pada bulan april-mei dan oktober-november. So masa kitorang pegi semalam, tasik tu kering kontang la. Tasik ni terbentuk apabila ombak kuat memecahkan benteng pasir kat pantai, then membawa air masuk ke kawasan tasik. Air laut ni plak akan bercampur dgn air yg turun dari kawasan bukit ke arah tasik tu. hasilnya, akan terdapat la dua lapisan air dalam tasik tu. yg mana air yg berketumpatan rendah berada di atas, manakala yg berketumpatan tinggi berada di bawah. Subhanallah…. Memang tak salah la pepatah melayu yg mengatakan 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Dan kejadian tasik ni bukan boleh didapati di mana2. Di Malaysia, hanya pantai kerachut shj yg mempunyai fenomena ni. dan terdapat 19 tempat kesemuanya di seluruh dunia yg mengalami fenomena tasik meromiktik nih.

Hurmm.. apapun, aku sangat enjoy. Penat tu toksah cakap la. Balik tu aku tido sampai tak igt dunia. Nak tercabut je rasanya sendi2 kat badan nih. huuu…. tapi penat macam mana pun, aku tetap puas hati. Dpt buat xtvt yg aku suka. Dapat kuarkan peluh. Dpt bermesra dgn alam. Dan kata encik itu, 'mungkin lepas ni kita boleh cuba mendaki bukit bendera plak'. Erk….??

07 January 2010

mari mari belajar

Bismillahirrahmanirrahim….

Heheh… Harini che lapis nak share apa yg che lapis blaja dlm kls akp 202 tadi. (operational behavior)

Actually bnyk bnda yg diajar tadi, tapi che lapis tertarik dgn salah satu point yg diajar tadi. withdrawal behavior. Benda ni adalah tak elok utk diamalkan ye.. Withdrawal behavior ni terbahagi kpd 2 bhgn: psychological and physical withdrawal. Psychological withdrawal terdiri drpd 'daydreaming', 'socializing', 'looking busy', 'moonlighting', and 'cyberloafing'. Physical withdrawal plak terdiri drpd 'tardiness', 'long breaks', 'missing meeting', 'absenteeism', and 'quitting'.

This withdrawal behavior jugak relate ngan life kita as a student. Heheh. Tak caye? Jom check satu2.

Psychological Withdrawal: consists of actions that provide a mental escape from the work environment.

  1. Daydreaming- when an employee appears to be working but is actually distracted by random thoughts or concerns. (dlm bhsa mudahnya, berangan).
  2. Socializing- verbal chatting about non-work topics that goes on in cubicle and offices or at the mailbox or at the vending machines. (pantang nmpk orang, mesti dia nak tegur.tak kira sape.konon2 nak beramah mesra la.tapi at the end, satu keje pun tak jadi apa).
  3. Looking busy- an intentional desire on the part of the employee to look like he/she is working. (purak2 sibuk walhal dia takdela buat keje apa pun).
  4. Moonlighting- use work time & resources to complete something other then their job duties. (yg ni aku slalu buat. Contoh, stdy microprocessor dlm kelas bi.ngee..)
  5. Cyberloafing- using internet, e-mail, and IM access for their personal enjoyment rather than work duties. (lctrr tu cakap tadi, guna kemudahan internet yg disediakan oleh pihak uni utk tujuan hiburan pun tak boleh jugak.huhu..aku lagi la tu.)

Physical withdrawal: consist of actions that provide physical escape, whether for short or long term, from the work environment.

  1. Tardiness- tendency to arrive at work late (or leave work early.) kalau diaplikasikan dlm kehidupan pelajar, ia akn jadi tendency to come late to class or leave class early. err… aku penah buat ke bnda ni? hurmmmm….
  2. Long breaks- have longer-than-normal breaks time. (utk student, kesnya jadi-menambah2 masa cuti lebih lama dari yg sepatutnya. Heheh.. aku slalu je buat bnda ni. kui3..)
  3. Missing meeting- escape from meeting held during work.
  4. Absenteeism- employees miss an entire day of work. (kalau student-skip kelas la.well… yg ni pun aku biasa buat sebenarnya. Hik33…)
  5. Quitting- voluntarily leaving the organization.


Itu antara points yg menarik dlm kelas tadi sebab bnyk yg terkena kat batang idung sendiri. huk33…. Anda pula bagaimana? ^^,







*maklumat adalah diambil drpd buku organizational behavior-essential for improving performance and commitment by Colquitt/ LePine/ Wesson, terbitan McGraw-Hill.

02 January 2010

yay!! rumateku da pulang.. ^^,




itu saja.

01 January 2010

…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Eh? Da nak masuk 2010. Tak sedar plak. Hurmm… minggu ni memang aku agak terlupa sket tarikh2 nih. almaklumla.. masuk sem baru aka sem akhir ni, bnyk bnda nak kna buat. bday kakak aku hari tu pun aku wish hari selasa, lambat sehari. Ni gara2 tersilap tarikh la ni. ngee….

Hurmm.. tahun baru. Tadi aku baca kosmo. Ada list acara yg akan diadakan malam di beberapa tempat di negeri2 kat Malaysia. Kebanyakannya adalah berkonsepkan konsert dan yg sewaktu dgnnya. N9 je yg buat majlis yasin kat masjid negeri, ngan Terengganu – forum perdana. Tempat lain yg tak dinyatakan tu aku tatau la. Mungkin ada jugak sambutan yg halal sempena tahun baru ni, Alhamdulillah la macam tu.

Aku pun pelik sebenarnya, kenapa perlu ada sambutan secara bersuka ria @ happy2 @ riang gumbira dan yg sewaktu dengannya di ambang tahun baru? Sebab aku fikir, dengan bermulanya tahun baru maka bertambah la setahun umur kita. Kalau dulu 10 tahun, masuk tahun baru da jd 11 tahun. Kalau ikut kes aku plak, dulu 21, masuk tahun baru ni plak bertambah la umur aku kpd 22 thn. Rasa mcm baru semalam masuk umur 21. Sedar2 lagi beberapa bln da nak bertambah lg umur aku. hurmm… dan bila umur makin bertambah, tanggungjawab makin bertambah la. Ye tak? jadi pada aku, tahun baru tak payah la dsambut dgn riang gumbira ke apa. Sebab kita kena sedar yg kita dah meninggalkan banyak masa di belakang. Dan masa yg kita tinggalkan tu plak adakah benar2 terisi dgn perkara2 yg sepatutnya? Tepuk dada, tanya la hati, jantung, dan paru2.

Owhh… dan lagi satu perkara berkenaan tahun baru 2010 ni. gerhana bulan separa. Dijangka berlaku sekitar pukul 1.17 hingga 5.28 pagi. Gerhana bulan ni selalunya jadi waktu bulan purnama. Dan kalau kita lihat ke atas langit, (kalau tak ujan la..) memang akan nampak bulan bersinar penuh. (aku cukup suka tgk bulan penuh ni. tatau la nape). waktu kemuncak gerhana malam ni adalah pada jam 3.42 pagi. Jadi kpd sesape yg mampu menahan mata, (aku terkecuali kot.dah ngantuk giler da ni) boleh la menunggu kejadian gerhana yg sangat2 jarang berlaku ni.

Hurmmm…. Apapun…….


..SELAMAT TAHUN BARU 2010..


Dari che lapis.. ^^,