RSS

27 December 2009

sorang2 mengira kambing

huuuuu....

sorang2 kat bilik.
wahai cik rumate, kenapa la kamu balik lambat?
tak suka la tido sorang2 nih.
haish....










* nak kawen la. boleh tdo berdua. hahahaha....gatal nak mampos.

sedih menyelubungi diri

I MISS MY FAMILY

huuu.... really miss them. rasa cam dah lama tak jumpa diorang. padahal baru semalam jumpa. sedih la... aku pun heran + pelik sesangat ngan apa yg dah jadi pada aku ni. yg pasti, aku adalah sangat2 tak bersemangat nak memasuki sem baru nih. rasa tak semangat nak blaja. nak duk umah je lama2. nak bersama ngan family. Ya Allah... nape la ngan che lapis ni. aku bukan la termasuk dalam kategori budak leleh. lagipun aku da biasa la duk berjauhan dari family ni. since umur aku 10 tahun aku dah tinggal kat hostel. tapi nape boleh jadi homesick giler2 sangat harini? arghhhh!!!....

17 December 2009

bermula dan berakhir segalanya..

- bermulanya thn baru 1431 hijrah.slmt berhijrah ke arah yg lbh baik.
.............................................
- berakhirnya perjuangan aku menyiapkan tempahan kek.fuh...
- berakhirnya penantian 20 thn kemarau pngat emas bola sepak. ^_^
~~~~~~~~~~~~~
kesimpulan: Alhamdulillah.. ^^,
mau tdo.zzz....

16 December 2009

ujan yg turun,bagaikan mutiara..lalala....

alamak,nak ujan lg.msuk hr ni da 3 hari ujan kt tmpat aku.so keje aku kt umah,tgk tv+men game+tgk muvie.muahahaha...opss..sok nk siapkan tempahan 3 bjik kek lapis utk knduri kawen.haish..aku adalah sdkt mls nk melapis kek sekarang.ada sape2 nk tulun?huk3.

~~~~~~~~~~
*jgn lupa bg sokongan utk skuad bola sepak malaysia ptg sok.hoho.. ^^,

13 December 2009

to my brother

happy belated bday yg ke 16 to my adik kt umah ni.bday dia semalam sebenarnya.huhu..

ni satu2nya adik yg aku ada.dan dia jugak yg jadi teman gaduh aku kat umah sekarang.baru jap tadi dia letak cicak mati atas katil aku.huh!teruk betul budak tu.sronok la tu dpt gelakkan aku.ciss....

tp sbg seorang kakak,aku tetap doakan yg terbaik buat dia.ameen.. ^^,

11 December 2009

Alhamdulillah...

result provision da kuar,dan Alhamdulillah,tiada bintang2 berkilauan mengganggu resultku.cuma sedikit cuak bila tgk zat394 yg bertulis TL.maknanya keputusan tdk lengkap.fuhh...cuak woo..aku blh terpikir TL yg satu lg tuh.huhu.apaper pun, Alhamdulillah,syukur...

~~~~~~~~~
* hilang sket rasa cuak aku masa cuti ni.fuhhh... ^_^

07 December 2009

kemalasan yang melampau

ye..memang aku kurang rajin nak update skrg.duk umah,mana ada cte best2 aku nak cte.huhu.disebabkan kemalasan tu jugak,blog ni jd tak bertuan.hurm..apa yg aku rajin buat kat umah?heheh.menambahkan berat badan.haiyoo... [-_-']

01 December 2009

fever

achum!..
achum!..
brrrrr.....sejuk....

uwaaa..che lapis demam lagi.huk3..tatau la.asal blk je,demam.perubahan cuaca kot.harini kt sini ujan je.sejuk.aku kan takleh sejuk2 ni.huhuh. *yg peliknya,aku sorang je yg sejuk camni.org lain aku tengok biasa je..konfius aku* so arini aku duk dlm bilik je.kuar bilik pun sebab nk ke bilik air,dapur.huk33..

hurm..ni baru pas mkn ubat.nak tdo la.tata.zzzz...

29 November 2009

kembali pulang..

bismillahirrahmanirrahim..

che lapis sedang dlm perjalanan pulang..heheh.mlm td naik bas kul 11.30,sampai segamat kul 8.and now dlm bas nak pulang ke rumah.yeehaaa... ^^,



*yg tak bestnye,blk2 ni mak da pesan suruh pegi kenduri,sebab dia tak msk kat umah.huhuk.

28 November 2009

salam aidiladha

bismillahirrahmanirrahim...
salam aidiladha drpd che lapis.. (kna tunggu knk2 tu tdo,baru bley update).hurm..che lapis raya kat penang kali ni.ada sebab2 tertentu yg menyebabkan aku takleh balik.tp takpe,mlm esok aku nak pulang ke pahang.yeaa... ^^,
harini tak ke mna.layan tetamu je kat umah.esok baru nk jalan2 beraya.so mau tdo awal.takmo kena tinggal esok.haha..tata...

25 November 2009

cantik di hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Hurm.. che lapis ada baca satu artikel nih. rasanya ni baru 1st time che lapis jumpa artikel camni. Tetibe terasa la nak share ngan kawan2 yg membaca blog ini. Suma orang nak cantik kan? Macam2 la yang orang sanggup buat, semata2 nak cantik secara lahiriahnya. Tapi apa yang kita buat supaya kita cantik secara dalaman? Ha… yang tu la yang che lapis nak share kat sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  1. Agar wajahmu ceria selalu berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan terus dikeringkan, tetapi biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah s.w.t dengan zikir dan doa.
  3. Untuk pelembap, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir, tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci; "Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlakku."
  4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan tidak menyombong diri / takbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur adalah dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat, elok berpuasa selang sehari. Makanlah makanan yang halal, banyakkan mengambil sayuran, buah-buahan dan air putih.
  6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.


 

~~~~~~~~~~~~~~~

*artikel adalah diambil dari majalah mingguan wanita edisi 17-23 julai 2009.

ku di sini

Bismillahirrahmanirrahim….

Okay.. ni entry khas dari lab kristalografi ppsf usm. Sedang menunggu tempoh sejam sebelum mesin tu berhenti, before dapat proceed to the next step.

Nak cite satu benda nih. agak penting jugak la. Che lapis tak dapat balik beraya kat umah! Huhuhu…. Sedihnye… ok2.. mungkin salah aku kot sebab tak beli tiket awal2. Tapi kalau fikir2 balik, bukan salah aku kot. Abang la punya pasal. Duk suruh aku tunggu dia. konon2 dia dapat cuti, boleh la nak balik ngan aku . so takyah la aku susah payah beli tiket. Sekali bila dah jadi macam ni? Dia cuti tak lama pun. Huhuhu…. Tak pasal2 aku kena raya kat umah dia. haish…. Sedih3..

Ha? Bila aku balik? Mengikut kata orang yg beli tiket-abang aku- tiket aku pada 28 november. Huhuh. Sampai umah dah 29 haribulan. Haish…. Eh.. takpe lagi kot.. boleh bertakbir lagi kan? Heheh.. kalau fikir2 balik, not bad la kot. Boleh rasa pengalaman balik beraya lambat. Hoho.

Okeh.. takde pape pun nak cakap kat sini. Mau stop dulu. Tata..

22 November 2009

happy holiday…

Bismillahirrahmanirrahim….

Dalam mood kebosanan harini. Baru siap kemas barang2 yg nak dihantar ke umah abang-stor kedua aku. hik33.. naseb baik la ada cik yg sorang tu. Boleh la dibuat teman tdo, teman bersembang, teman segala2nya la time nih.

Hurmm.. harini nak buat apa yek? Nak buat movie marathon lagi ke? hahahaha…. Err… adeh deh….. sakit pinggang….

Haaaa….. nak tau, semalam aku jatuh tangga. Huuuuu… sakit woo.. actually masa tu cik nan sorang tu ajak g pasar malam. Aku pun siap2 la. Sekali masa nak kuar bilik tuh, tertinggal enset la, tinggal IC la.. pastu ntah macam mana time turun tangga kat bilik aku tuh, tetibe je… sedar2 aku dah terduduk atas tangga. Heran betul. Cemano boleh jadi camtu? adakah aku yg tersalah langkah? Atau selipar aku licin? Atau ada jin yg dengi tolak aku supaya aku jatuh? Huk33.. apa yang penting, pinggang aku yg ter hentak kat anak tangga tu still sakit sampai sekarang. Aiyokk…. Retak kah? Huhu..

Urmm… tadi gak ada sorang kawan tu call. Ewah3… seronok ye dapat balik? Haish… selamat bercuti la encik, saya masih di sini, menyelesaikan keje2 yg belum selesai.

Selamat bercuti jugak kpd suma2 yg dah pulang tuh. Tak saba eh eden nak balik. Tapi tiket tak beli lagik. Huhuk. Mak cakap raya haji ni nak masak sedap2. Saje la tu, nak buat aku jeles. Huk33.. takpe2. Akan ku usahakan supaya aku dapat beraya kat umah. Hihihi… *kpd cik patil 8 tu, sila beri kerjasama kpd kami supaya kami boleh menghabiskan keje dgn mudah dan cepat.tima kasih..*

18 November 2009

untitled

Bismillahirrahmanirrahim….


 

Heheh… actually che lapis masih ada 2 paper yg menanti pada hari esok dan lusa. Sekarang pun sebenarnya tgh sibuk membaca management. Tapi masih sempat menaip. Hebat kan? Hik33.. takdela… tadi call mak. Rindu.. huuu… mak + ayah suma dah tanya bila anak dia nak balik. Huhuhu… sedey2.. abang taktau lagi dapat cuti lama ke tak. kalau abang dapat cuti lama, aku blk ngan abang. Kalu dia cuti sehari, maka aku kena la balik sorang2. Uwaa….


 

Hurmmm… tadi jugak mak tanya, macam mana exam? Hihihi… takut gak aku. nampaknya mak sangat2 berharap aku boleh bagi something yg terbaik utk dia tengok. Ngee…. insyaAllah, setakat ni aku rasa okey lagi.


 

Kla.. mau sambung baca itu nota2.


 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*jeles sama itu rumate.dia da abes exam, da kemas barang, and now aku tatau dia kat mana-sedang menonton movie bersama cik abang dia kot.

16 November 2009

langkah pertama

bismillahirrahmanirrahim....

che lapis akan memulakan perjuangan pertamanya harini.heheh..petang ni, kul 2.15ptg.ye...org lain suma da sebok berkemas nak balik. fuhh... boleh lagi aku duk menaip kat sini. hik33... takpe2.. bak kata rumate aku - slalunye before exam, kita tak baca buku dah.jz tenangkan hati, tenangkan minda, rehatkan otak,supaya masuk exam hall nanti kita boleh jawab dengan sebaik mungkin. -uh...tu kata2 org yg berkeyakinan tinggi cam dia. aku? heheh...(kira aku pun berkeyakinan tinggi jugak la kan?sempat lagi update blog.muahahaha...) huii.teruk la aku nih. kla,mau stop di sini. minggu ni ada 4 paper menanti. harap2 semuanya berjalan lancar. amin....

03 November 2009

bagai pungguk rindukan bulan

bismillahirrahmanirrahim..

ketika entry ni ditaip,che lapis sdg merenung ke luar tingkap blik,melihat bulan penuh d langit.subhanallah...indah sungguh ciptaan Tuhan. ^_^ sayang,xdpt nk amik gambar.huhu..xpe,next month tgk kat umah plak.hehe..
ok..mau sambung stdy.
~~~~~~
* tajuk entri agak jiwang.heheh.
** entri yg sgt singkat,coz sedang mengejar masa skrg ni.huk3..

come on girl!!

Bismillahirrahmanirrahim….

Che lapis sangat hepi plus bersemangat tinggi harini. Kenapa? Ntah. Bangun tdo tadi terus rasa seolah2 dapat semangat baru plak. Hihihi…. Okey, mari study. Kpd kawan2 yg menghadapi exam, all d best utk kamu. =)

~~~~~~~~~~~

* saje je nak taip nih. gatal tgn. Huhuh..

29 October 2009

untuk kamu yang bernama sahabat

Bismillahirrahmanirrahim….

Hurmm… menjelang waktu2 kritikal ni (study week), ada je masalah yg mendatang. Sbg seorang manusia yg waras, of course la kita kena pandai hadapi masalah2 tu dgn baik, ye tak? Actually ada sorang teman sedang bermasalah dalam hal percintaan, dan semalam dia datang mengadu dgn aku. Haish… aku pun tak tau la nak cakap macam mana. Dia mintak pendapat dan pandangan serta nasihat aku. masalahnya, aku ni pun bukan la perfect sangat. Aku sendiri pun pernah gagal dalam bab cintan cintun nih. Rasa tak layak plak nak nasihat2 org segala bagai. Hurmm….

Apa yg aku boleh cakap kat dia ialah, buatlah keputusan yg terbaik. Tanya pada hati, adakah betul itu pilihan terbaik yg kita dah buat? Selalu2 lah buat solat istikharah, mintak petunjuk dari Allah. Dari apa yg aku tau, sahabat aku ni memang slalu buat istikharah. Tapi mungkin belum diberi petunjuk. Atau mungkin kita tersalah tafsir petunjuk tu. *err… ada ke camtu?* Sabar ye wahai sahabat.. insyaAllah, akan ada ganjaran utk org2 yg sabar. Anggap suma ni dugaan hidup, dan sentiasalah berusaha utk cari jalan penyelasaiannya.

Dalam al-quran ada disebut;

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (al-insyirah: 5-6)

Allah sebut 2 kali nasihat tu. Maknanya memang setiap masalah yg dicipta tu ada jalan penyesaiannya. Tinggal kita je nak cari. Kenapa pulak Allah beri kita masalah? Sebab Allah sayang kita. Dia nak kita jadi kuat. Bila kita menghadapi masalah, mesti kita akan berusaha sedaya upaya utk atasai masalah tu. Dan dalam tempoh nak atasi masalah tu, secara tak langsung hati kita akan terubat dan jadi kuat secara kita tak sedar. Lagi satu, Dia nak kita sentiasa beringat kat Dia. sebab fitrah manusia, kalau susah baru nak ingat Allah. Dan kalau kita tanya balik, kenapa kita yg Allah pilih utk terima masalah tu? Jawapannya mudah. Sebab Allah tau kita mampu utk hadapi semua tu. Allah Maha Mengetahui, dan Dia tau apa yg terbaik utk kita.

Jadi, kpd sahabat che lapis nan sorang itu, janganlah rasa tertekan sangat. Be cool okay. Tak semestinya kita dapat apa yg kita nak. Lagipun, belum tentu dia diciptakan utk kamu. Mungkin sebenarnya ada org lain yg lebih hebat yg diciptakan utk kamu. Cuma masa belum beri peluang kat kamu utk jumpa yg terbaik tu. Dan kalau betul la dia yg sekarang ni memang ditakdirkan utk kamu, insyaAllah, akan ada satu masa nanti kamu akan jumpa balik dia. masa tu, kamu berdoalah supaya dia dah berubah ke arah kebaikan. Fikir2kanlah.. Buat masa sekarang, fokuskan pada exam yg akan datang ni. Itu yg terbaik utk kamu lakukan buat masa ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* sebelum tido semalam aku sempat bertukar pandangan dgn rumate pasal hal ni. Dan katanya, aku sesuai jadi kaunselor. Katanya lagi, dia rasa seolah2 sedang bercakap dgn seorang kaunselor terlatih. Muahahaha…. *adakah aku tersalah pilih course sekarang?* Actually aku bercakap berdasarkan pengalaman. Tak kisah la pengalaman aku atau pengalaman org lain yg diceritakan kpd aku. sebab pengalaman merupakan guru terbaik utk kita. ^_^

27 October 2009

malam pertama

bismlillahirrahmanirrahim...
che lapis meng'online' di bilik kawan. heheh..
adelah sorang teman ni mintak sumthing, suh che lapis kongsi ngan dia dan kawan2 lain
setelah che lapis selongkar harta2 yg che lapis ada, maka terjumpalah bnda ni.
myb ada yg dah tau dan dah baca, tapi takpe.. ulang lagi. heheh...
jom kita tgk sama2.. ^^,
~~~~~~~~~~
Hayati dan renungi la.......
adakah malam yang indah dan adakah malam yg penuh dengan kesakitan yang akan kita nikmatinya..
Satu hal sebagai bahan renungan kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...
mempelai sangat dimanjakan
Mandipun... harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya...
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok kita....
Itulah jasad kita waktu itu
Setelah dimandikan.. kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu.... jarang orang memakainya
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita...
Bahagian kepala,badan, dan kaki diikatkan
Tataplah..... tataplah... itulah wajah kita
Keranda pelaminan langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul kita
diiringi langkah longlai seluruh keluarga
serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah zikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba duluan
Siraman air mawar pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya....
tiba masa pengantin menunggu dan ditinggal sendirian,
untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu.....
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita,
sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''
~~~~~~~~~`

26 October 2009

kisah seorang pemuda..

Che lapis ada dapat 1 emel dari sorang kawan tadi. so nak share ngan kawan2 suma.. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.
Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi,
berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.." Pemuda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda itu bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
Lelaki itu menjawab
"Aku adalah IBLIS (syaitan)" Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Syaitan kemudian menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah,kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat...."

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan
sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

exam fever



Hurm… memandangkan sekarang ni musim exam, *usm mula 2 nov* so che lapis dengan ini ingin menyusun 10 jari kaki + 10 jari tgn kpd kawan2, mohon maaf kalau selama ni ada salah silap *memang ada punya…saya bukan insan maksum yg takde dosa*. Nak exam ni, hati kena bersih. Takut nanti ilmu yg diterima selama ni tak berkat dek kerana kekotoran hati. Halalkan suma ilmu yg kwn2 dah bagi kat saya tu ye..


Teringat masa zaman sekolah dulu2. Tiap kali nak menempuhi exam yg besar2 macam upsr, pmr ngan spm, pihak sekolah akan buat satu majlis. Nama dia Ijazatul Ilmi. Rasanya setiap skolah buat bnda nih. myb nama je berbeza. Oleh sebab ketiga2 peperiksaan besar ni che lapis amik di sekolah yg sama, maka 3 kali la che lapis mengikuti majlis tu. Actually Ijazatul Ilmi ni merupakan satu majlis di mana guru2 dan anak murid berkumpul dan saling memohon maaf. Al maklumlah, kami kan murid yg nakal. Hihi.. Masa ni jugak student akan mintak supaya cikgu2 halalkan segala ilmu yg dah diberi kat kitorang. Mintak keberkatan.. sekarang memang takde la nak buat majlis camni kat uni, tapi antara inisiatif lain, kita boleh mintak maaf kat lecturer kita, tutor kita, lab assistant, suma la. Mintak halalkan suma ilmu yg dah diberi. Err.. Actually sem ni baru che lapis teringat pasal ijazatul ilmi nih. Sem2 lepas takde plak teringat bnda nih. huhu..

Urmm… tatau mau tulis apa lagi. Marilah kita sama2 berusaha utk mencapai yg terbaik dlm exam kali ni. Jgn lupa juga berdoa supaya kita dikurniakan kesihatan yg baik di hari exam supaya dapat menjawab peperiksaan dgn tenang dan selesa. Ameen…. [^_^]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*sejak beberapa bulan lepas bilik aku berbau naftalena. Sumanya gara2 rumate aku yg menyiapkan tugasan bio dia-mengumpul 40 jenis serangga. Oleh sebab baunya yg agak kurang menyenangkan, maka hari2 gak la aku sembur bilik aku biar kasik wangi sket. Tapi suma ni berakhir bila dia menghantar tugasan tu harini. ^^,

25 October 2009

kenapa ye?

bismillahirrahmanirrahim...

hurmmm.... weekend menjelma lagi. nak buat apa harini ye? huish... study lor che lapis oit...

em.. nape ye, sejak akhir2 ni che lapis slalu mimpi bnda yg bukan2. mimpi tu kadang2 tak masuk akal langsung. merepek. macam haritu che lapis mimpi mengislamkan satu hamba Allah nih. tak tau la bnda tu apa sebenarnya. sebab, mula2 jumpa dlm mimpi tu, bnda tu merupakan sekor rakun. dia marah2 kat aku, dan nak terkam aku. tapi bila aku baca kalimah syahadah depan dia, terus dia diam dan suruh aku ulang balik kalimah tuh. dan pastu plak, dia perlahan2 bertukar jadi manusia kerdil. pastu dia pegi jumpa ustaz, memeluk islam depan ustaz tuh, dan ustaz tu plak jumpa aku utk ucap terima kasih sebab dah mengislamkan 'benda' tuh.

hurmm.. nape boleh jadi camtu ye? nak kata aku tido tak baca doa, baca dah. nak kata aku tido tak basuh kaki, aku siap amik wuduk lagi. huhu.... kalau mimpi dapat tgk soalan exam final kan ke bagus. haih...

-camni la menatang yg masuk dalam mimpi aku tuh, dan kemudian bertukar jadi manusia kerdil. logik tak? -


22 October 2009

sedikit info...

sabda Rasulullah s.a.w..

"ajarkanlah anak2mu 3 perkara:
-ajarkanlah anakmu mencintai nabi
-ajarkanlah anakmu mencintai ahli keluarga
-ajarkanlah anakmu membaca al-Quran-sesungguhnya org yg membaca al-Quran itu akan berada di baawh naungan para malaikat"

~renung2kan, dan selamat beramal.... ^^,

21 October 2009

mari berjalan kaki



Antara kempen melestarikan alam sekitar yg diadakan kat uni aku. adakah kempen ni berjaya? Ntah la. Pada pandangan aku, kempen ni mengalami kegagalan. Tapi tak tau la plak kalau2 pihak penganjur mensasarkan kpd sebilangan warga kampus shj. Ptg semalam aku jalan kaki pada pukul 3.15 ptg *hoho..siap gtau waktu lagi.hak33..* dan aku dapati masih ramai lagi pemandu2 dan penunggang2 memandu serta menunggang kereta dan motorsikal masing2. Seolah2 tak mengendahkan kempen ni. Aku saje je blk jalan kaki semalam sebab konon2 nak merasa la berjalan di tepi jalan yg lengang tanpa kenderaan. Malangnya, hasrat aku tak kesampaian. Bnyk jugak keta + moto yg lalu lalang kat atas jalan tuh. Aku pelik gak, kempen ni sebenarnya ditujukan utk siapa? Adakah sasaran sebenar kempen ni hanya pelajar2 yg tidak mempunyai kenderaan spt che lapis? Atau ditujukan kpd semua pelajar serta staf? Ntah la..


Mungkinkah nama kempen ni patut ditukar? 'TUBUH SIHAT DENGAN BERJALAN KAKI'. Mungkin nama tu sesuai kot. Pastu buat la, pejalan kaki akan dapat hadiah. Sekretariat2 yg terlibat akan tunggu kat sepanjang jln dlm uni utk berikan imbuhan kpd pejalan2 kaki. Hahaha… *aku tau, cadangan aku ni sgt tak bernas.hik33..*


Hurmm…. kalau lah aku ada kenderaan sendiri, adakah aku pun akan berkelakuan spt itu? Heheh.. tak tau la. Mungkin ye, mungkin tidak. Lumrah manusia, mana ada yg nak hidup susah, ye tak? kalau ada kemudahan, gunakan ia sebaik mungkin. tapi secara jujurnya, bagi aku seronok sebenarnya jalan kaki nih. *tapi terhad utk jarak yg dkt jela. Kalau nak suruh aku jalan kaki dari blok asrama aku sampai PPSF, rasanya kena fikir 10 kali kot. Huhu..* semalam pun, aku rasa seronok jalan kaki sebab tak rasa penat langsung2. Mana tidaknya, masa tgh berjalan tu, angin bertiup sepoi2 tak berbahasa, daun2 berguguran… Heh. USM ada musim luruh wa cakap lu…. Rasa cam kat oversea plak. Hahah.. eh, btw, uni aku memang kat oversea pun. Over the selat Melaka. Muahaha.. cam dalam cte Mohabbatein pun ye jugak. Heheh. *err..aku agak bizi melayan cte2 hindustan sejak akhir2 nih. ngee……* lagipun, jalan kaki ni baik utk menguatkan otot2 kaki. Dan dari apa yg aku pernah baca, berjalan kaki merupakan satu cara utk merampingkan pinggang. Yg ni aku tak sure la betul ke tidak. Kalau artikel tu tipu, maknanya aku pun pun menipu jugak la kat sini.


Okey.. habis bab kempen lestari tuh. Semalam jugak sorang sahabat aku edarkan kad undangan perkahwinan dia. haih.. nak kawen dah sorang kawan aku. bagus2.. bnda baik tak elok tangguh lama2. And cam biasa la, ada je org2 yg bertanya sesame sendiri-bila plak kamu nak kawen? Haha… apapun, semoga berbahagia la kpd teman2 yg bakal melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin… insyaAllah, kalau takde aral akan kupenuhi undangan tersebut. Dia duk kedah. Agak jauh sebenarnya. Huk33.

19 October 2009

aku teringat waktu kecil dahulu,hidup di dalam suasana kampung.....

bismillahirrahmanirahim..

huhuii....awal pagi aku menaip.hik33..jz nak cite, hari sabtu haritu aku blk umah abang, ada kenduri.buat tahlil and doa selamat sket.malam tadi baru blk.huhuii...penat2..

kenduri cam biasa la, ramai orang datang, makan sedap2..tapi aku taknak cite yg tu. aku cuma teringat pasal keseronokan aktiviti tolong menolong aka merewang *kalau ikut bahasa tempat aku* yg bezanya kat tempat aku, rewang ni selalunya dihadiri oleh jiran2 sekampung. tapi kat umah abang aku semalam, aktiviti merewang dijalankan oleh sedara mara sendiri. takpela, sedara mara dekat. kalau cam aku kat phg, sedara mara aku jauh. huk33. apapun, jiran2 kat umah memang best. walaupun takde pertalian darah sekalipun, kitorang tetap rapat macam sedara sendiri. masih boleh makan dalam talam yg sama, masih boleh keluar masuk umah jiran2 dgn bebas *dgn syarat mendapat keizinan utk masuk.nak mampus masuk umah org tanpa izin?*, bebas berkongsi masalah dgn jiran2, *hanya jiran yg memahami sahaja*, dan macam2 bebas lagi la.

teringat ada kawan aku bertanya, 'ko boleh tido umah jiran ko?jiran ko tu sedara ko gak ke? rapat giler ah korang sesama jiran2..' korang pelik ke? aku tak rasa pelik pun. aku dibesarkan dgn suasana macam ni. dikelilingi org2 yg mengambil berat dan memahami antara satu sama lain. tapi yg aku pelik, kenapa budaya tu semakin terhakis sekarang. sekarang, terutamanya kat bandar2 besar, mungkin ada org yg tak kenal jiran masing2. toksah cakap jauh2 la, aku sendiri pun bukan kenal sgt jiran2 sebelah bilik aku nih. yg aku kenal cuma salah sorang penghuni bilik depan aku ni. itu pun sebab aku memang kenal dia dah lama. ye, salah aku sebab taknak merapatkan ukhwah. kadang2 aku terfikir cara nak rapatkan ukhwah ngan diorang. tapi tak pernah kesampaian. hurmm.... harap2 lepas ni ada improvement ye wahai che lapis. dah nak abes sem ni. kalau sem depan masih duk di bilik yg sama, insyaAllah, akan ku perbaiki hubungan ni.

err... aku rasa aku dah melalut jauh nih. sebenarnya aku tak tau pun apa motif sebenar aku tulis bnda nih. haha.. agak2 kalau hantar kat cikgu bahasa melayu dpt berapa markah karangan aku yg tak seberapa nih?hihi..... udah2.. mau solat. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~

*tajuk entri adalah merupakan lirik lagu senario-hatiku di kampung. layan gak lagu tuh.heheh..

15 October 2009

masih sendiri

Bismillahirrahmanirrahim…

Ni merupakan entry ketiga utk harini. Heh.. hebat2…. *tepuk tgn utk diri sendiri*
Igt tadi nak letak jadual waktu exam aku kat sini. Tp bila fikir2 balik, nak buat apa ye tak? baik aku tampal je kat board kat meja aku tuh. kalau korang tau pun bukan korang nak tlg aku jawab nnt. huhuk..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Emm.. harini birthday seorang teman. Semalam birthday abang, harini kawan aku plak. Hihi..
So, kepada sahabatku itu, selamat hari lahir diucapkan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, beroleh kebahagiaan, kejayaan serta ketenangan di dunia dan akhirat. [^_^]
~~~~~~~~~~~~~~~~

*maksud tajuk entry: aku keseorangan ditinggalkan rumate tercinta yg pegi practice menari.huhu..

pembunuh bersiri!!

Teringat lagi satu hari tu, aku ngan kawan2 aku kuar. 3 perempuan, 2 laki. Niat hati masing2 nak pegi jenjalan cam slalu la kununnya. Dengan menaiki 2 buah keta, akhirnya kami sampai la kat sebuah mall ni… time pegi tu, aku dan 2 lagi kawan perempuan aku naik satu keta ngan budak laki nama A ni. Sorang lagi laki naik 1 keta sorang2 dia je.

Dah siap shopping2 suma tu kitorang pun balik la. Kawan laki aku yg tadinya keta dia kosong nak ajak kitorang naik ngan dia la plak. Mula2 suma ok jeh. Tapi di saat2 akhir, kawan2 aku yg perempuan tu turun dari keta dia. diorang tinggal aku sorang2 ngan mamat tuh!! Haish… takpe, sabar lagi.

Keta pun bergerak pulang. Yg tak bestnya, dah separuh jalan baru aku teringat bahawasanya kawan aku yg sekarang berada dgn aku dalam keta yg sama tu adalah sorang gay… dan juga seorang pembunuh bersiri! Ya Allah… selamatkanlah aku dari sebarang malapetaka. Aku pun cpt2 ckp kat dia; 'weh, pasni kita terus balik tau. Aku taknak pegi mana2 lgi. Ko jgn tetibe nak bawak aku pusing mana2 plak.' Dan dia seolah2 tau yg aku takut dia buat pape kat aku, maka dia pun berkata; 'ye, kita terus balik.'

Tapi secara tiba2 plak, suasana yg tadinya cerah bertukar jadi gelap. Dan pemanduan sahabat aku ni tadi dah bertukar jadi macam orang nak masuk f1 je gayanya. Bawak dah la laju, potong keta org suka2 ati je.. Haiyohh…. Nasib la jalan tu tak bnyk keta. Tapi aku sempat la dengar dia seolah2 memarahi someone. Oleh sebab masa tu aku duk kat seat belakang, *macam bos besar je.hihi…* maka aku tak tau la apa yg dia bebelkan kat depan sorang2 tuh. Tapi bila aku jenguk kepala aku ke depan…. Ya Allah…..!! nampak sorang wanita tua berbaju biru sedang berjalan dgn lajunya kat depan keta kitorang. Yg herannya, makcik tu berjalan secara mengundur. So, kitorang nampak la muka dia. dan tiba2 plak, makcik tu seolah2 geram ngan kitorang, dia berlari ke arah keta kitorang, dan…. DUMMM!!!! Sedar2 je kepala aku da terasa sakit yg amat sangat. Ya Allah... kitorang eksiden rupanya. Alhamdulillah, tak jadi apaper. Keta pun elok je takde kemek2. Kitorang pun Alhamdulillah, takde luka2 ke apa. Pas tenangkan ati, kitorang pun sambung perjalanan.

Tapi tibe2 kawan aku tu belok ke satu tempat perbukitan. Hah…! Aku dah mula takut. Ntah2 dia nak bunuh aku kat situ kot? Aiyokk…. Maka dgn suara sedih dan takut2, aku pun mintak la kat kawan aku tu supaya anta aku blk dulu. Yg tak boleh blah ayat dia; 'weh, aku ni gay. Aku bukan nak buat pape pun ngan ko, dan aku takkan buat apaper ngan ko. Ko selamat. Mangsa2 aku yg aku bunuh seblom ni pun suma spesis2 gay macam aku.' huhuk… nak gelak pun ada, nak nanges pun ada dgr dia cakap camtu. akhirnya dia ikut gak ckp aku – balik. Tak jadi nak pegi tempat tu. On the way nak balik, sampai satu tempat tu, tiba2….. *bnyk betul tiba2*



………aku terdengar bunyi org buka pintu bilik. Cess… aku mimpi rupanya. Nasib la tak jadi betul2. Haish….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*aku rasa aku dah basuh kaki before tido.nape mimpi camtu dtg gak?myb sebab before tdo tu aku baca novel labyrinth-imaen. Heheh.. novel tu best woo.. sampai termimpi2 aku. [^_^]

**jgn sesekali kuar berdua dgn bukan muhrim.walaupun naik keta. (eheh..mentang2 ko da tak buat bnda2 camtu, boleh la ko ckp ye che lapis..)

***apa yg aku igt, muka laki tu macam jehan miskin. Hohoho…

****aku pernah baca 1 artikel,katanya mimpi tak berwarna.tapi mcm mana aku blh nampak makcik tu pakai baju kaler biru??

memang Allah sengaja…

Memang Allah sengaja....

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah
tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. .....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*hidup bukanlah semata2 dibuai dgn pelbagai kemanisan.ada kalanya kita perlu bersedia utk suatu saat yg sangat sukar.

**tadi tebaca satu entry ni.tu yg tergerak nak share benda ni.bnda baik tak salah utk dikongsi.kan?

***thanx to my fren yg mengirim nota ni.

14 October 2009

happy birthday..

Bismillahirrahmanirrahim….

Hari ni birthday abang. Yang ke….? huu.. abangku dah dewasa. *macam la aku ni kanak2.haish…* Hihi.. act dah wish dah pagi tadi. *wish thru sms je..hik33..* happy birthday abang.. may Allah bless you. Semoga dapat apa yg abang nak. ^_^ yang tak bestnye, abang aku dapat celebrate birthday kat umah! Huk33.. jeles nih. aku? last time aku celebrate birthday kat umah ngan family adalah pada tahun 2007. Itu pun half day je sebab aku sampai rumah dah petang. Huk33.. Tapi nak cakap apa lagi kan, abang aku pun balik kali ni atas sebab2 tertentu. Cuti kecemasan kata dia. Bcoz nak temankan ayah aku buat check up kat hosp.

Em… bercakap pasal abang aku, dia merupakan sorang yg agak rapat ngan aku sekarang. Tapi masa kecik2, dia merupakan musuh ketat aku! heheh. Igt lagi dulu, kitorang tak boleh berjumpa langsung2. Padahal duk satu rumah tu. Haish…. Kalau jumpa, mesti ada je bnda yg dia tak puas ati ngan aku, or aku yg tak puas ati ngan dia. haha… setakat aktiviti lempang melempang tu biasa je bg aku ngan dia.. dia tampar aku, aku tampar dia balik. Dia sekeh aku, aku sekeh dia balik. Tapi ada skali tu, dia tendang kaki aku sampai lebam. Haa.. yg tu aku takleh nak balas. Huhuh.. dulu2, dia jugak la org yg bertanggungjawab ajar aku main layang2, main guli, dan macam2 lagi permainan kampung zaman kanak2. Sekarang dah takde kot game yg aku sebut tu. Anak2 buah aku pu aku tgk dah takde dah nak main bnda2 tu suma. Haih.. apapun, abang aku yg ni sangat la rajin. Betul.. aku tak tipu. Dia sangat rajin kemas rumah, sapu sampah, dan yg paling aku suka bila dia blk umah, dia sangat rajin basuh pinggan. Hahaha…. Aku bukan la malas sangat, tapi aku cukup suka kalau ada insan yg sudi nak meringankan kerja aku. hik33… ohh… abang aku belum kawin lagi. dan apa yg aku harap, bakal isteri dia nnt biarlah seorang yg pandai dan SANGAT rajin memasak. Upss… bukan niat aku nak buli. Tidak… Cuma nak menyenangkan diri sendiri. Hihihi…

Okey2.. masuk bab lain plak. harini dah 14 oktober. Maknanya, lebih kurang sebulan je lagi aku akan berhadapan dengan final exam – 16 nov. Apa? Lambat lagi? huhuiii… sebulan tu sekejap je. Pejam celik pejam celik, tau2 dah tiba hari exam. Huhuk. Takut2… memandangkan aku pun dah puas berenjoy lepas habis test hari tu, so dah tiba saatnya utk aku mula berperang dgn buku2, ayat2 'cinta', and pelbagai equations yg menyesakkan kepala. Err.. tetiba teringat kata2 sorang lecturer aku: 'tak bnyk equation yg kamu perlu hafal. Not more than 20.'

Tapi itu kata beliau la. Kata aku? huiiii….. rasanya sangat banyak yg aku perlu ingat. Huhu.. [-_-']

09 October 2009

fuhhh…..lega..

Bismillahirrahmanirrahim….

Dah lama bebenor che lapis tak menulis kat sini. Bizi okey…. (ceh..gaya ayat macam la aku ni org penting universiti nak bizi2.huh) urm.. saye baru merasa kelegaan sebab baru abeskan test terakhir pagi tadi. fuhhh…. Test apa? Semiconductor. Huhuii…. So, sekarang saya dah boleh enjoy2 sebelum berhempas pulas menghadapi final exam yg dijangka bemula 16 november (sejak sem lepas paper aku slalu mula lambat dari orang.adoi…)

Esok nak kuar jalan2. Sape nak ikot? Hahaha…. WANITA sahaja. Hik33.. nak release tension.wah! tension la sangat. Niat ati nak cari kasut baru. Boleh? Apa kes dah nak abes sem duk sebok cari kasut lagi. haha…. Biarkan.. biarkan…

oh...nak tau, tadi aku hampir2 dilanggar oleh sebuah motor. huhuii.... penunggang moto tu la.. tak nampak ke aku yg ayu ni tgh berjalan kat tepi tu? toksah la nak himpit aku plak. huish.. naseb baik aku ni dilahirkan sebagai seorang pejalan kaki yg berhemah dan cekap mengelak. *dan dan je nak puji diri sendiri.ceitt* kalau tak, tatau apa jadi kat aku skarang. dek kerana terkejut, aku dpt la kawal marah aku tadi. kalau idak, mau mamat tu makan seranah aku tadi. *hehehe... brani ke aku nak buat camtu?ahahaha....* eh, saba la che lapis. hadoi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*penat macam mana pun kita, jgn lupa berikan senyuman pada dunia.insyaAllah,suma rasa penat tu akan hilang. ^^,


05 October 2009

di malam yg sunyi

nak tido, tapi tak ngantuk. cemano neh? urmm... nak tulis apa pun tatau kat sini.myb nak luahkan rasa saket ati sket kot.oh...seblom tu, tadi saye ke majlis semurni lebaran.ada satu slot ESQ.yg tak bestnye, tgh2 aku nak khusyuk fokus dgr org tu bercakap, ada plak hamba Allah kat blakang aku nih terlebih bijak dari penceramah. nak borak pun diam2 sudah la. sampai aku skali kena ikut dgr diorang bercakap. haiyohhh.... tlg la jgn buat mcm ni. kalau isi ceramah tu tak kena ngan diri anda, sila keluar. tak perlu nak mengganggu org lain.ramai lg yg nak dgr isi ceramah tu. haiyohh....






*nape aku tak sound je makhluk tu tadi?aiyok..mengong gak aku nih. [-_-']
**maaf lor kat bdk2 perdama coz tak pegi jamuan ry perdama tadi. jauh sgt oh...

03 October 2009

perempuan cepat perasan???

Hahaha…. Tajuk memang takleh blah. Err.. betul ke statement tuh? Mungkin kalau diajukan kata2 ni kpd kaum wanita, ada yang melenting. huish… mana taknye, kata2 tu seolah2 membawa maksud negative kpd kaum wanita. Contohnya macam 'perasan cantik', 'perasan bagus', 'perasan cun', 'perasan ada org suka kat dia', dan macam2 'perasan' lagi. Aku pun kalau ada org duk kata aku macam tu, mau panas gak kot satu badan. Uhuh.

Sebenarnya semalam aku pegi satu kuliah ni. Kuliah siswi nama dia. Khas utk kaum hawa shj, sebab kuliah ni dibuat tyme org2 laki pegi solat jumaat. So kalau ada kaum adam yg tersesat dlm kuliah tu, tau2 jela….

Actually bnyk input yg ustazah tu kasik semalam. Tapi aku nak share sket la dulu. Nnt bile2 insyaAllah aku share lagi (tu pun kalau rajin). Antara yg aku igt semalam bila ustzh tu ckp perempuan ni cepat perasan. Kata ustzh tu, memang pun perempuan ni cepat perasan. Sebab apa? Itu tandanya perempuan ni prihatin. Contohnya, perempuan ni kalau nmpk kawan2 dia muram sket je, dia akan cepat perasan perubahan kawan dia tu. And dia akan seboleh2nya nak tau masalah kawan tu. Ha.. tu la tandanya perempuan ni amik berat dgn hal sekeliling. Kalau dilihat pada mak2 kita plak, pernah tak satu masa tu kawan2 ada masalah, tapi seboleh2 nak sorok probs tu dari mak? Then tetibe je mak dtg tegur, 'mak nampak along ni lain macam je hari ni. Macam ada masalah. Along ada masalah ye? Meh la share ngan mak. Mana tau mak boleh tlg.' Ha… mesti penah kan? Mak sentiasa perasan tingkah laku kita. Sorok macam mana pun, mesti dia dapat tau punya. naluri dia dapat detect sumthing wrong kat kita. Tetibe je, zapppp!! Terdetik dalam hati dia yg anak dia ada masalah. Tu la tandanya mak tu prihatin. Dan seorang yg dipanggil emak tu laki ke perempuan? Ye.. mana ada ibu berjantina lelaki ye kawan2..

Kalau ada laki yg baca tulisan aku ni, mesti ada yg tak puas ati. Mesti ada yg akan cakap, 'eh..laki pun prihatin jugak!!' iye, aku tak cakap plak laki ni tak prihatin. Tapi mungkin kadar keprihatinan tu kurang kot. Buktinya, aku penah ada sorang kawan laki, dia tak penah tau pun jadual kelas rumate dia. Aiyok… duk sebilik dah 1 sem, mcm mana blh tak tau? Ha… tu tandanya laki ni kurang prihatin. Lagi satu, kita amik contoh kalau sorang suami nak belikan brg utk isteri dan anak2 dia. Contoh nak beli baju la.. korang prasan tak, slalunya kalau ayah tu pilih sorang2, jarang pilihan dia tu menepati citarasa isteri dan anak2. Tak kena saiz la, tak tau kaler apa yg sesuai, mcm2 la. *err..sila jgn bnyk komen kalau parents belikan apaper.terima dgn hati yg ikhlas okey..* tapi kalau mak yg pilih, dia dah tau apa yg sesuai ngan anak n suami dia. Kaler tu sesuai je bila dipakai. Saiz pun elok2 je muat2 kat badan. Hurmm. kenapa boleh jadi mcm tu? Sebab perempuan ni cepat perasan.

Err.. kaum lelaki, sila jgn anggap saya nak memenangkan kaum wanita.tidak sama sekali.saya sekadar ingin berkongsi.So, marilah kita sama2 prihatin dengan persekitaran kita. Bukan aku nak suruh jaga tepi kain org. tidak le macam tu. Cuma mengingatkan supaya kita saling mengambil berat antara satu sama lain je. Kata 1 Malaysia… macam mana nak jd satu kalau kita tak prihatin dgn keadaan sekitar? Tak gitu? ^^,

sekian lama..

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama tak menaip kat sini. Kesibukan melanda. Che lapis baru selesai 2 test. Tinggal 1 test lg menjengah minggu depan. Fuhhh…. Penat wooo…. Kamis aritu je ada 2 test sehari. Petang test management, malam plak solid state. Alhamdulillah, boleh dijawab dengan...? tak tau baik ke tidak. tunggu dan lihat jela result yg kuar nnt. Jumaat plak sehari suntuk duk ada dalam lab kristalografi. Huhu. Malam plak kitorang wat ala2 rumah terbuka, tapi oleh kerana buat dalam bilik, so namanya ditukar kpd 'bilik terbuka'. Hihi…. Sronok… gather ramai2, mkn kuih raya, nasi impit, kuah kacang, tgk movie, borak2, banyak lg la. Hihi.. terima kasih skala infiniti to all yg bersusah payah merealisasikan impian kami mlm tadi. kpd yg tolong masak, tlg beli, tlg hidang, tlg buat air, dan yg tlg habiskan makanan tu suma. memang la tak ramai yg datang. almost 20 je. tapi tu blh la dikira ramai coz buat dlm bilik je. kan?

Em.. pagi tadi che lapis mendaki bukit jambul. Huk3. Org lain suma da panjat lama dah, aku sorang je yg baru terkedek2 nak panjat sekarang. Actually che lapis tatau pun nak ke sana. Coz plan asal hanyalah nak berjogging kat tasik kat dlm ni je. Ni cik fiza la punya idea. Kebetulan plak hp che lapis tertinggal kat bilik dia smlm, so dio tak dapek la nak menghubungi den nak kasitau plan dah ditukar. Pagi td, dia dtg bilik baru bgtau yg kitorang akan hiking di bukit jambul. Whoaa…. Best2.. che lapis memang suka bnda2 hiking camni. Yg tak blh blahnye, kitorang hiking tanpa melakukan apa2 bntuk warm up. Dah la dtg ngan keta, sampai2 je buat muka excited dulu, then terus je start hiking. Haha… half way tu, masing2 pancit. Tapi tetap teruskan perjuangan. 3 kali gak la berenti kat tgh jalan tdi. Hik33. Sampai2 je puncak, fuhhhhh…….. kelegaan yg amat sangat. Penat woo… dah la tak warm up. Terkejut kaki aku tetibe je kena hiking pagi2. Abes longgar sendi2 lutut. Ahahaha….


Abes hiking, g cari tempat utk breakfast. Sampai ke tmn tun sardon semata2 nak breakfast. Aiyoo.. err… sempat gak la menapau roti jala utk rumate terchenta. Hihik.

Apapun, aku sangat2 enjoy tadi, dan semalam. Siapa kata hidup single membosankan? As long as we know hw to manage it, then it wont b bored anymore. Bak kata encik mus dlm blog dia, 'enjoy the life to the fullest'. I really enjoy myself. ^^,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



*semalam pinjam cd dari kawan. Suma skali ada 5 cerita. So, harini nak buat movie marathon. Heheh.

30 September 2009

first time nih.hihi...

hehehe.....che lapis tak penah lg tepek pict kat sini kan?pict2 seblom ni sumanya diambil dari intenet.tetibe kali ni terasa nak letak pict kanak2 riang tu kat sini. hik33...upssss..pict org dewasa tdk dibenarkan di'tepek' di sini.hihi...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ni anak kakak.cucu sulung mak ngan ayah saye.soleha & syuhada*



*balqis yg bnyk cakap.penat woo layan dia bercakap.oh..jgn tak tau.kata2 dia kadang2 boleh melukakan hati. haha...hadoi....*



*ni plak sarah. susah btul nak amik gamba bdk kecik nih coz dia tak suka amik gambar.haih.pelik betul.lain sgt ngan cik yah dia.haha...*



*haa...ni lah baby baru saye.falah nama dia.sangat suka tgk muka dia. comey. hihi...*




*falah lagi. ^^, *




*aik? again...falah. dia comey kan? dia ni comey cam aku masa kecik2 dulu.err..sila iyekan shj apa yg saye ckp.hahaha...*



*ni la anak abg saye. ahnaf. sangat suka buli cik yah dia yg kecik molek nih.huhuk..*



*ohoo...yg ni iman,adik ahnaf. pun banyak cakap gak budak nih.haiyoh...*





*yea.....inilah mereka yg membuat huru hara di umah mak aku. sebelah iman tu my kazen. best woo ada budak kecik kat umah.bila bosan2,ada je idea nak main ngan diorang.hik3..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




*saya dlm mood merindui kanak2 ini.huhu....
**err...kawan saya cakap saya makin kurus lepas raya ni.aiyokkk...takutnye..





29 September 2009

plz dont read!!

Sorang sahabat che lapis bertanya,


F: eh..ko tak beraya umah bf ko ke?

CL: (terkedu seketika) em..tak. (cuba mengalih perhatian dia ke arah bnda lain)

F: o… eh, bf ko duk kat ***** kan?

CL: (terkedu lagi) err… haah. (terus bukak tajuk perbualan lain)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku rasa apa yg aku buat ni dah betul. Terus menyembunyikan perkara sebenar. Biar aku dan org2 tertentu je yg tau.




*F: kawan saye

**CL: che lapis – saye la tu..

***perlukah kita menyembunyikan kebenaran? Jawapan aku-perlu,mengikut situasi dan keadaan.

terlewatkah??

Bismilahirrahmanirrahim….


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Huk33. Lambat plak che lapis wish hr raye. Takpe2. harini baru hari ke 10 syawal. Raya sebulan kan? Huhu…. Bukan apa, kebanyakan blog yg aku baca suma cte kesah raya diorang. Aku? tak sempat nak tulis. Sangat sibuk. Huhuk…. Apapun, raya tahun ni sangat la meriah dan memenatkan. Haiyoohhhh.. kan haritu aku da cakap nak raya sakan tahun ni. Kan? Kan? Hihik.


Seperti yg aku ckp aritu. Aku blk umah hari sabtu. Sampai umah dah pukul 2.30pm, sempat semayang jap, terus kena wat ketupat. *ketupat palas je.aku tak pandai buat ketupat nasik nih.* malam tu plak siap2 masak2 utk raya esoknya. Isi kuih dalam balang, rasa kuih2, tahan telinga bila dgr bunyik mercun yg berdentum2 macam bunyi Hiroshima kena bom. Huk33..


Raya pertama. Pagi tu, siap2 utk org2 baraan datang. Baraan tu apa? Baraan tu yg org laki2 dtg umah tu, diorang bertakbir dari umah ke umah. Seronok…. Masa ni la nak suh kanak2 kecik yg tak cukup umur tu utk ikut ayah masing2. Biar jgn ada bdk kecik pun kat umah masa ni. Sebab kitorang yg perempuan ni sibuk nak siapkan makanan utk jamu org laki2 tu nanti. Ptg tu la baru kitorang yg pmpn ni boleh beraya ke umah jiran2.


Raya kedua, pagi tu bertolak utk blk kampung nun di perak sana. Tdo 1 malam je kat sana. Selasa tu balik Pahang semula. Blk2 umah, kakak aku dah sampai rupanya….


Raya keempat, seharian duk kat umah. Melayan anak2 buah seramai 7 org. ye, saya ada ramai anak. Sila percaya kat saya. Tgh hari, kawan skolah aku dtg. Bnyak bnda nak dibualkan. Thnx sahabat, kerana sudi meluangkan masa utk lari dari umah sedara kamu, n datang umah aku. hihihi….


Raya kelima, paksu dari klang datang. Abang aku nak balik rawang hr tu. Coz dia keje ari jumaat. Pagi tu, kitorang sibuk sediakan laksa khas yg diorang tempah. Acik aku la yg beria2 sgt suh kitorang wat laksa utk dia. Kitorang pun buatkan jela. Tapi aku tukang tgk je. My kakak ipar yg masak. Hihik. Sronok betul aku kalau dia balik umah. Dia sangat rajin memasak. Bak kata kakak aku, 'untung ada kakak ipar yg rajin masak nih.boleh rehat2 sket.' So, kpd sesiapa yg punya abang tu, sila pastikan abang anda memilih calon kakak ipar yg pandai memasak, supaya senang keje korang nanti. Hahaha…. Jahat kan aku? *wink* yg bestnye bila paksu aku datang ni, umah aku dah takde rupa umah lagi dah. Bersepah. Haiyooo…. Mana taknye. Anak buah aku je dah 7 orang. To be fair, 6 org je coz baby tu baru 3 bulan. Takleh main2 lagi. Then campur plak ngan sepupu aku-anak paksu- 2 org. bayangkan jela bila 8 org kanak2 berusia dalam lingkungan 2-6 tahun berlari2 dalam umah. Hadoi…. Pening kpla aku.


Raya keenam, paksu nak blk klang. Coz acik aku keje kul 3 ptg tu. Hoho. My abang sulung plak nak blk kul 10 pg. so rumah kitorang sunyi la sket dari keriuhan. Yela, dah hero2 takde. Tinggal heroin2 je kat umah. Petang plak, aku n mak pegi merewang umah makcik sebelah. Ha? Bukan merewang yg itu la!! Maksud aku, pegi tolong utk kenduri. Kawan aku nak tunang. Malam plak, mak buatkan ketupat pulut utk anak2 perempuan dia yg tringin nak mkn ketupat palas. Hoho…. *ni ketupat sesi kedua. sesi pertama tu dah habis. huhu.* Ha…. Yang ni aku tak tolong. Pasal mlm tu tetibe je aku rasa cam nak demam. Badan rasa lain. tekak dah mula sakit. Dan aku tak sedar bile masa aku tertido. Sedar2 je dah kul 5 pagi, n aku pun bangun semayang isyak. Huhuk.. teruk betul.


Raya ketujuh, pagi tu aku bgn lambat. Kepala memang dah berpusing macam gasing yg pakcik2 duk main kat Kelantan tuh. Sakit wooo….tapi gagahkan jugak la diri utk bangun. Tgh hari tu bersiap, pegi umah kawan. Bawak la kanak2 2 orang nih. Huhuk. Macam mak org je rasa. Dah turun saham aku kat situ. Hahak… gatal.


Raya kelapan, aku dah terbaring takleh bangun – demam. Huhuk…. Bak kata kakak aku, 'anak2 ko yg balik suma hebat2, mana la ko tak demam.' Hohoho…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*walaupun saya dah 21 thn, tapi saya still dpt duit raya. sila jgn jeles ye encik mus. hihi....

**saya br sampai pulang mlm tadi. lama kan saya cuti? ^^,

***siap sedia utk menghadapi test2 yg berlambak2. huhuk. jgn jadikan demam sbg alasan utk takmo study ye wahai che lapis..

18 September 2009

hari terakhir berpuasa di sini

Hujan rintik2, air bergelombang.. mak bagi seposen, ayah bagi seposen.. bla.. bla.. bla….

*tak rajin nak sambung*


Ada satu cite menarik semalam. sorang encik tu ajak kami berbuka di luar. *saya hanya menemani mereka.saya kan lone ranger skarang,jd tukang teman jela.huhuk.* nak dijadikan cerita, kitorang kuar dari pintu pagar lebih kurang pukul 6.15pm. awal la tu kan? Malangnya kesesakan lalu lintas di kepulauan ini melambatkan pergerakan kami. Sampai kat tempat yg dituju, jam dah pun tunjuk pukul 6.55pm. haish. Sempat2…. Lebih malang, masuk2 je tempat tu, suma meja dah dibooking. Huhuh. Memandangkan kul 8.15pm kami ada kls plak, so tempat paling sesuai adalah di ivory. Okeh. Encik pemandu itu pun mengahalakan keretanya ke sana. Sampai sana dah kul 7.12pm. ohh…… masih sempat lagi kalau takat nak order air. Heheh. Malangnya lagi, kitorang dapati deretan kedai di plaza ivory itu tidak berlampu!!! *black out la tuh.takkan tak paham kot*. Dan encik pengambil order tu takmo amik order kitorang. Haih.. next place? Hahahaha….. ye, tak lain dan tak bukan; kat café. Muahahahahaha….. kuar bilik punya la awal, pusing jauh2, alih2 mkn kat café jugak. Hoho.. aku memang dah tak larat nak gelak ah smlm. ohh… buka ngan apa? Heh. Honey dew n jus tembikai. Hebat kan kami? Pas kls mlm tu baru la kuar mencari nasi. Lapar woo…. [-_-']



17 September 2009

gumbira rasa hati... ^^,

saya sudah dapat itu baju raya.. ^^,
tapi sepasang jela..huk3........
tahun ni baju saye kaler purple lagik
saye memang suka kaler purple ye..
hihihi.....

ohh..kls pada hari esok dibatalkan
sangat sedih okey...
kalau diberitahu dari awal haritu kan senang
boleh blk phg hari esok
haish......

..al-fatihah..

Bismillahirrahmanirrahim….


Apa perasaan anda apabila teman baik anda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anda?

Aku baru mengalaminya semalam.

Walaupun dalam mimpi.

Sedih. Terkesan sampai la aku bgn tdo pagi tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa teman2ku

**bak kata abang, firman Allah yg bermaksud; 'bahawasanya setiap yg hidup akan merasai mati.'

***takziah buat temanku yg baru kehilangan ibu tercinta semalam. Semoga dirimu tabah menghadapi takdir tuhan. Al-Fatihah buat ibunya.

tidolah....wuwuwu...

*mood sedey*
tadi anta kengkawan nak blk ke selatan
haish... [-_-']
selamat beraya ye kawan2
pesan kat driver bas tu
ati2 bwk bas
semoga selamat sampai ke destinasi
~~~~~~
kita tgk brape org yg tinggal utk kls mlm esok
hik3..



16 September 2009

sabar lagi okey.hadoiii.....

rasanya harini merupakan hari yg mencabar kesabaran che lapis
kenapa?
ohh....
bukan setakat ketidaksiapan baju itu,
aku baru kehilangan skirt kesayanganku
uhuk33......
insan mana yg suka suki nak amik reta org nih?
weh, nak buat kain raya ke kain aku tuh??
hadoii............
pose2 ni pun nak memanjangkan tangan jugak ke?



*fuh..fuh..fuh.....sabar2..

tak siap lagi???

baru pas calling2 mak
and aku dapat satu berita menggemparkan
*hahahaha....gempar sgt la kunun*

a: mak, baju yg org anta aritu da siap ke?
m: ha....mak nak ckp ni.baju tu tak sempat siap.nnt beli la baju siap2 utk pakai masa raya.takpun pakai je baju2 tahun lepas
a: ?????????????????????


ohh....nasib baik la aku tanya. mak ni pun..cakap la awal2.huk3....sedeynye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ngade2 kan aku?taknak gak pakai baju tahun lepas.heheh..

15 September 2009

raya raya raya.....

tak tau nak letak tajuk apa kali ni
tetibe memikirkan ramai kawan2 yg akan pulang awal
bermula harini
huhuhu....awalnya kamu suma balik
sape nak teman saya kat sini..
huk33.....*muka sedey yg comey*



ohh.....saya da mula membeli kuih2 raya ye
heheh..
kepada ibu, ayah dan adikku, nantikan kepulangan kami di hujung minggu ini
insyaAllah.....
doakan semuanya selamat sampai

em....esok atau lusa igt mau sambung shopping yg terbengkalai haritu
hihihihi......
che lapis makin kuat bershopping sekarang
nape eh?
adeyh.......



*kantoi tahun ni umah aku hidang kuih tunjuk.ahaha....bukan salah aku okey..
**malas nak amik pic kuih2 tu.sama je macam kuih2 org lain
***adik beradik aku suma pakat2 balik ari sabtu.hadoi....sian orang2 kat umah tu

teruskan….teruskan….

Teruskanlah bercerita..

Selagi telinga aku boleh mendengar, selagi tu aku akan terus mendengar

Takpe. Even ati aku yg sakit, its ok.

Silakan..silakan..



*masih tension dgn sesetengah pihak ni

**sempena raya ni, kalau dia mintak maaf, patut ke aku maafkan dia?ohh…. sedangkan nabi pun maafkan umat.sila bersabar ye wahai diri sendiri.. [-_-']



14 September 2009

tuhan berikan aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



*1st tyme dgr lagu ni kat sini

**boleh download di sini


..sama2 kita renungkan..


Gambaran keadaan manusia semasa di alam mahsyar telah digambarkan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:

1.). "Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan." (Yasin: 54). Juga terdapat pada ayat 12 & 60

2. Terdapat juga keterangan dalam surah Al-Sajdah, ayat 19-21.

3. Surah Al-Naba' ayat 18. "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok- kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas, pernah ditanyakan oleh Mu'az bin Jabal, katanya: "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?"
Maka Rasulullah s.a.w. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya Mu'az, umat ku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengah solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam berjual beli.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh tubuhnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam jual beli.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulutnya. Ini balasan bagi mereka yang tidak mahu menjadi saksi terhadap kebenaran.

8. Mereka yang keluar berkeadaan terbalik, iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini balasan bagi mereka yang berzina serta mati sebelum taubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan bagi mereka yang suka memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang berkulit penuh dengan kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini balasan bagi mereka yang berani dengan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini balasan bagi mereka yang minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga iaitu:

1. Mereka yang berwajah bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian seperti kilat. Ini balasan bagi orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Renungkanlah serta ingatlah!!!

Sabda Nabi s.a.w.

Tidak akan berganjak kedua telapak kaki hamba pada hari kiamat nanti sehingga dimintai pertanggungjawab empat perkara iaitu:

1. Umurnya, bagaimana ia menghabiskannya.

2. Anggota badan, bagaimana cara ia menggunakannya.

3. Ilmu, adakah ia mengamalkannya dan dengan tujuan apa.

4. Harta, dari mana ia dapat dan bagaimana cara ia mendapatkannya serta bagaimana ia membelanjakannya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


*thanx to wani for sharing this information

**di mana kita tergolong pada hari yg maha dashyat itu?mampukah kita meletakkan diri dalam satu golongan yg terselamat itu?

***masa untuk berubah 360°

13 September 2009

saya mengantuk..

nak ngadu kat sini
che lapis sangat2 mengantuk skarang
ohhh...tgh study sebenarnya nih
study apa?
marketing lor...
*saje je gtau ngah study.kunun2 rajin la tu.ceit.....*
after raya ni ada test
haisyoooo....
nak tak nak kena la baca awal2 skarang
*che lapis kalau bab2 kna baca buku pelajaran ni senang sgt nak tdo.haih...*
nak tunggu lepas raya baru nak baca??
hahaha.....alamatnya memang tak sempat la
nak baca time cuti raya??
mana boley.....aku nak beraya sakan tahun ni
hohoho....giler btol che lapis nih
udah2......mau sambung membaca


*rumateku dah tdo.jeles woo..tgk dia.huk33....*

tak suka

Aku kadang2 pelik + hairan sgt2 dgn kerenah kaum lelaki ni. Kenapa diorang susah sangat nak percaya kaum wanita macam aku ni? Apa diorang anti wanita ke? Kalau anti wanita, apa gunanya diorang nak bina hubungan antara lelaki dan wanita?


Pada pandangan aku, sesuatu hubungan tu mestilah kna ada kejujuran dan saling percaya. Berdasarkan pengalaman aku- pengalaman sendiri dan kisah rakan2 yg kecewa, banyak dah peristiwa yg aku lalui, melibatkan golongan lelaki yg susah nak percaya pada gf diorang. Kenapa? Kenapa kaum lelaki ni boleh menetapkan syarat yg dia tak suka kalau gf dia berkawan rapat dgn lelaki lain? adakah persahabatan diorang tu akan menjejaskan hubungan percintaan yg dibina tu? Tolongla. Memang dah ditetapkan sorang perempuan kuota dia hanya utk sorang laki. Bukan boleh nak berpoligami macam kaum lelaki. Jadi kpd lelaki, jgn la kongkong sangat gf anda. Jika anda boleh berkawan dgn mana2 perempuan, takkan la gf anda tak boleh nak berkawan dgn mana2 laki? Tolong la beri sedikit kebebasan kpd kami. Mungkin sahabat lelaki kpd gf anda tu memang sorang shbt yg rapat sejak sblm dia menemui anda. So bila anda meletakkan syarat seperti itu, gf anda akan secara terpaksa menjauhkan diri dari sahabatnya sendiri. Tak baik woo memutuskan persahabatan. Adakah itu boleh dikira sbg memutuskan silaturrahim? Aku tak tau. Aku tak arif sgt bab ni.


Tolong la, kalau anda benar2 tak suka gf anda rapat dgn mana2 laki, sila pastikan diri anda juga tidak rapat dgn mana2 perempuan. Kalau anda tak mampu berbuat begitu, jgn sekali2 meletakkan syarat bahawa gf anda tak boleh sama sekali berkawan dgn sahabat lelaki. Jika gf anda boleh mempercayai anda, mengapa anda tidak boleh mempercayai dia? Berlaku jujurlah. Jgn jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


Dan lagi satu, tak perlulah anda nak memberi ultimatum kpd gf anda. Seperti; "awak kena pilih, either nak terus bersama saya atau nak pergi pada kawan awak tu." Atau; "kalau sekali lagi saya tau awak kawan lagi dgn dia, kita putus." Eh.. tolong la berfikiran matang. Apa anda tak penah ada kawan perempuan ke? Sekali lagi aku nak tekankan, sila lah percayakan gf anda. Tak rugi pun. Jika benar gf anda mengatakan dia sayangkan anda, percaya pada dia. Dan jika dia mengatakan dia percayakan anda, anda seharusnya berbuat perkara yg sama kpd dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ada sorang hamba Allah ni yg menyebabkan aku terasa nak tulis bnda nih.

**aku tak tau nak letak tajuk apa utk entry ni.huhuhu..

***tinggal 5 hari lagi utk aku pulang beraya. (tetibe je..hik33..)

12 September 2009

..lailatul qadar..

Bismillahirrahmanirrahim….

Memasuki 10 mlm terakhir ramadhan, hati terasa sayu. Sangat sayu. Doa dipanjat memohon agar diketemukan lagi ramadhan di tahun2 seterusnya. Amin..


10 malam terakhir ramadhan, antara malam yg ditunggu2 semua umat islam. Masa ni juga, macam2 perkara boleh kita tgk. Time nilah golongan wanita menyibukkan diri dengan segala persiapan. Nak buat kuih, nak jahit langsir, nak kemas umah, nak susun perabot, dan macam2 lagi. Maklumlah, nak buat waktu siang tak boleh. Tak larat nak tenung jarum jahit lama2. Tak mampu nak keluarkan idea utk organize perabot. Tak boleh nak rasa biskut yg dibuat tu sedap ke tidak. Heh. Aku perempuan, aku pun tau la suma2 nih. Zaman2 kegelapan aku dulu aku pun buat gak bnda nih. Alhamdulillah, agak bersinar sekarang.


Masa nilah juga saf2 di masjid dan surau mula bergerak ke hadapan. Maksudnya makin menyusut la tuh. Masing2 dah sibuk memborong kelengkapan raya. Masa ni la nak cari baju, kasut, balang kuih raya, bla..bla..bla…. Kalau minggu pertama ramadhan, jemaah melimpah ruah. Kalau tak sempat nak terawih mlm pertama ramadhan dulu, rasa macam menyesal sangat. Tapi bila tak dapat terawih mlm2 terakhir ramadhan ni, takde plak nak meyesal.


Tapi tak semua umat manusia berperangai macam nih. Masih ada yg sedar diri, yg sedar bahawa dia mungkin tak sempat menikmati ramadhan pada tahun akan datang.

Teringat suatu masa dulu. Time ni masih dalam umur belasan tahun, dan tinggal di asrama. Kata orang, pada malam istimewa tu pokok turut sujud menyembah bumi. Malam juga dikatakan berkeadaan tenang. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kepada insan2 terpilih, mereka dapat merasakan kelainan malam seribu bulan nih. Dan aku, dek kerana terlalu obsess dengan kata2 orang, menunggu dengan penuh harapan malam istimewa itu. Malangnya, aku hanya menunggu dengan sekadar melihat pepohon di kawasan luar asrama, sama ada sujud atau tidak. Ohh…. Bagaimanalah pemikiranku di kala itu. Malu terhadap diri sendiri. Dan aku terus menunggu tanpa ada inisiatif melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan.


Kisah diteruskan lagi. Hampir setiap malam aku dan rakan2 (maknanya bukan aku sorang yg berfikiran camni), melakukan aktiviti ini. Menunggu lailatul qadar sambil berborak2 dan meratah maggi kari.

Kesedaran sebenar mula timbul di satu pagi yg baru nak masuk pagi. Apabila kawan merangkap rumateku meminta supaya aku mengejutkannya dari tidur (dia tdo atas katil aku coz dia tau aku tak tdo malam tu). katanya, suruh aku kejut dia pada ketika waktu sahur menjengah (kitorang sahur kat dewan makan). Dan aku pun meneruskan aktiviti malamku-melepak di bilik sebelah sambil makan maggi dan roti disertakan dengan minuman panas-mencari lailatul qadar.


Nak dijadikan cerita, tepat jam 4.30 pagi aku pun beransur pulang ke bilik aku untuk mengejutkan rakanku tadi. dengan sekali tepukan pada bahu, dia terus terjaga. Yg peliknya, dia terjaga dan cepat2 meminta maaf. Aku jadi hairan. Apasal plak nak minta2 maaf nih? Katanya, sebelum tu-pukul 4 pagi- aku dah kejutkan dia, dan dia berjanji utk tdur barang seminit dua lagi. Aku jadi terkejut mendengar kenyataan yg keluar dari mulut dia. Katanya lagi, waktu itu aku berada di katil sebelah (katil junior aku), sedang duduk, dan memakai t-shirt biru-sama seperti yang aku sedang pakai waktu tu.


Lemah sendi2ku tatkala mendengar cerita itu. Minda seolah2 bertanya: patut atau tidak aku percaya? Dia malah bersungguh2 menyatakan bahawa dia tidak bermimpi atau berhalusinasi. Malah dia siap mendemo cara aku duduk, dan mengejutkannya. Apabila ditanya kpd teman2 sebilik, tiada siapa yg duduk di katil tersebut pada jam 4 pagi krn masing2 sedang lena dibuai mimpi.

Bermula hari itu, aku mula sedar. Niat mencari malam seribu bulan itu telah disalah ertikan. Aku sudah punya peluang, namun aku sia2kan peluang tu. Syukur Ya Allah, kerana menyedarkan daku. alhamdulilah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::macam ni ke rupa pokok sujud yg aku nak tgk sangat tu?::



*ayat aku agak skema kali ni. Entri pun sgt pjg.

**siapa yg mengejutkan rakanku itu? Sampai sekarang tidak diketahui identitinya.

***al-fatihah buat nenek kepada rakanku di kampung yg baru meninggal pagi tadi.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..