RSS

01 January 2010

…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Eh? Da nak masuk 2010. Tak sedar plak. Hurmm… minggu ni memang aku agak terlupa sket tarikh2 nih. almaklumla.. masuk sem baru aka sem akhir ni, bnyk bnda nak kna buat. bday kakak aku hari tu pun aku wish hari selasa, lambat sehari. Ni gara2 tersilap tarikh la ni. ngee….

Hurmm.. tahun baru. Tadi aku baca kosmo. Ada list acara yg akan diadakan malam di beberapa tempat di negeri2 kat Malaysia. Kebanyakannya adalah berkonsepkan konsert dan yg sewaktu dgnnya. N9 je yg buat majlis yasin kat masjid negeri, ngan Terengganu – forum perdana. Tempat lain yg tak dinyatakan tu aku tatau la. Mungkin ada jugak sambutan yg halal sempena tahun baru ni, Alhamdulillah la macam tu.

Aku pun pelik sebenarnya, kenapa perlu ada sambutan secara bersuka ria @ happy2 @ riang gumbira dan yg sewaktu dengannya di ambang tahun baru? Sebab aku fikir, dengan bermulanya tahun baru maka bertambah la setahun umur kita. Kalau dulu 10 tahun, masuk tahun baru da jd 11 tahun. Kalau ikut kes aku plak, dulu 21, masuk tahun baru ni plak bertambah la umur aku kpd 22 thn. Rasa mcm baru semalam masuk umur 21. Sedar2 lagi beberapa bln da nak bertambah lg umur aku. hurmm… dan bila umur makin bertambah, tanggungjawab makin bertambah la. Ye tak? jadi pada aku, tahun baru tak payah la dsambut dgn riang gumbira ke apa. Sebab kita kena sedar yg kita dah meninggalkan banyak masa di belakang. Dan masa yg kita tinggalkan tu plak adakah benar2 terisi dgn perkara2 yg sepatutnya? Tepuk dada, tanya la hati, jantung, dan paru2.

Owhh… dan lagi satu perkara berkenaan tahun baru 2010 ni. gerhana bulan separa. Dijangka berlaku sekitar pukul 1.17 hingga 5.28 pagi. Gerhana bulan ni selalunya jadi waktu bulan purnama. Dan kalau kita lihat ke atas langit, (kalau tak ujan la..) memang akan nampak bulan bersinar penuh. (aku cukup suka tgk bulan penuh ni. tatau la nape). waktu kemuncak gerhana malam ni adalah pada jam 3.42 pagi. Jadi kpd sesape yg mampu menahan mata, (aku terkecuali kot.dah ngantuk giler da ni) boleh la menunggu kejadian gerhana yg sangat2 jarang berlaku ni.

Hurmmm…. Apapun…….


..SELAMAT TAHUN BARU 2010..


Dari che lapis.. ^^,

2 tukang lapis lain:

irfat said...

selamat tahun baru.. =)

cik kiah said...

mekasih3...selamat tahun baru juga.. ^^,