RSS

30 September 2009

first time nih.hihi...

hehehe.....che lapis tak penah lg tepek pict kat sini kan?pict2 seblom ni sumanya diambil dari intenet.tetibe kali ni terasa nak letak pict kanak2 riang tu kat sini. hik33...upssss..pict org dewasa tdk dibenarkan di'tepek' di sini.hihi...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ni anak kakak.cucu sulung mak ngan ayah saye.soleha & syuhada*



*balqis yg bnyk cakap.penat woo layan dia bercakap.oh..jgn tak tau.kata2 dia kadang2 boleh melukakan hati. haha...hadoi....*



*ni plak sarah. susah btul nak amik gamba bdk kecik nih coz dia tak suka amik gambar.haih.pelik betul.lain sgt ngan cik yah dia.haha...*



*haa...ni lah baby baru saye.falah nama dia.sangat suka tgk muka dia. comey. hihi...*




*falah lagi. ^^, *




*aik? again...falah. dia comey kan? dia ni comey cam aku masa kecik2 dulu.err..sila iyekan shj apa yg saye ckp.hahaha...*



*ni la anak abg saye. ahnaf. sangat suka buli cik yah dia yg kecik molek nih.huhuk..*



*ohoo...yg ni iman,adik ahnaf. pun banyak cakap gak budak nih.haiyoh...*





*yea.....inilah mereka yg membuat huru hara di umah mak aku. sebelah iman tu my kazen. best woo ada budak kecik kat umah.bila bosan2,ada je idea nak main ngan diorang.hik3..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




*saya dlm mood merindui kanak2 ini.huhu....
**err...kawan saya cakap saya makin kurus lepas raya ni.aiyokkk...takutnye..





29 September 2009

plz dont read!!

Sorang sahabat che lapis bertanya,


F: eh..ko tak beraya umah bf ko ke?

CL: (terkedu seketika) em..tak. (cuba mengalih perhatian dia ke arah bnda lain)

F: o… eh, bf ko duk kat ***** kan?

CL: (terkedu lagi) err… haah. (terus bukak tajuk perbualan lain)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku rasa apa yg aku buat ni dah betul. Terus menyembunyikan perkara sebenar. Biar aku dan org2 tertentu je yg tau.




*F: kawan saye

**CL: che lapis – saye la tu..

***perlukah kita menyembunyikan kebenaran? Jawapan aku-perlu,mengikut situasi dan keadaan.

terlewatkah??

Bismilahirrahmanirrahim….


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Huk33. Lambat plak che lapis wish hr raye. Takpe2. harini baru hari ke 10 syawal. Raya sebulan kan? Huhu…. Bukan apa, kebanyakan blog yg aku baca suma cte kesah raya diorang. Aku? tak sempat nak tulis. Sangat sibuk. Huhuk…. Apapun, raya tahun ni sangat la meriah dan memenatkan. Haiyoohhhh.. kan haritu aku da cakap nak raya sakan tahun ni. Kan? Kan? Hihik.


Seperti yg aku ckp aritu. Aku blk umah hari sabtu. Sampai umah dah pukul 2.30pm, sempat semayang jap, terus kena wat ketupat. *ketupat palas je.aku tak pandai buat ketupat nasik nih.* malam tu plak siap2 masak2 utk raya esoknya. Isi kuih dalam balang, rasa kuih2, tahan telinga bila dgr bunyik mercun yg berdentum2 macam bunyi Hiroshima kena bom. Huk33..


Raya pertama. Pagi tu, siap2 utk org2 baraan datang. Baraan tu apa? Baraan tu yg org laki2 dtg umah tu, diorang bertakbir dari umah ke umah. Seronok…. Masa ni la nak suh kanak2 kecik yg tak cukup umur tu utk ikut ayah masing2. Biar jgn ada bdk kecik pun kat umah masa ni. Sebab kitorang yg perempuan ni sibuk nak siapkan makanan utk jamu org laki2 tu nanti. Ptg tu la baru kitorang yg pmpn ni boleh beraya ke umah jiran2.


Raya kedua, pagi tu bertolak utk blk kampung nun di perak sana. Tdo 1 malam je kat sana. Selasa tu balik Pahang semula. Blk2 umah, kakak aku dah sampai rupanya….


Raya keempat, seharian duk kat umah. Melayan anak2 buah seramai 7 org. ye, saya ada ramai anak. Sila percaya kat saya. Tgh hari, kawan skolah aku dtg. Bnyak bnda nak dibualkan. Thnx sahabat, kerana sudi meluangkan masa utk lari dari umah sedara kamu, n datang umah aku. hihihi….


Raya kelima, paksu dari klang datang. Abang aku nak balik rawang hr tu. Coz dia keje ari jumaat. Pagi tu, kitorang sibuk sediakan laksa khas yg diorang tempah. Acik aku la yg beria2 sgt suh kitorang wat laksa utk dia. Kitorang pun buatkan jela. Tapi aku tukang tgk je. My kakak ipar yg masak. Hihik. Sronok betul aku kalau dia balik umah. Dia sangat rajin memasak. Bak kata kakak aku, 'untung ada kakak ipar yg rajin masak nih.boleh rehat2 sket.' So, kpd sesiapa yg punya abang tu, sila pastikan abang anda memilih calon kakak ipar yg pandai memasak, supaya senang keje korang nanti. Hahaha…. Jahat kan aku? *wink* yg bestnye bila paksu aku datang ni, umah aku dah takde rupa umah lagi dah. Bersepah. Haiyooo…. Mana taknye. Anak buah aku je dah 7 orang. To be fair, 6 org je coz baby tu baru 3 bulan. Takleh main2 lagi. Then campur plak ngan sepupu aku-anak paksu- 2 org. bayangkan jela bila 8 org kanak2 berusia dalam lingkungan 2-6 tahun berlari2 dalam umah. Hadoi…. Pening kpla aku.


Raya keenam, paksu nak blk klang. Coz acik aku keje kul 3 ptg tu. Hoho. My abang sulung plak nak blk kul 10 pg. so rumah kitorang sunyi la sket dari keriuhan. Yela, dah hero2 takde. Tinggal heroin2 je kat umah. Petang plak, aku n mak pegi merewang umah makcik sebelah. Ha? Bukan merewang yg itu la!! Maksud aku, pegi tolong utk kenduri. Kawan aku nak tunang. Malam plak, mak buatkan ketupat pulut utk anak2 perempuan dia yg tringin nak mkn ketupat palas. Hoho…. *ni ketupat sesi kedua. sesi pertama tu dah habis. huhu.* Ha…. Yang ni aku tak tolong. Pasal mlm tu tetibe je aku rasa cam nak demam. Badan rasa lain. tekak dah mula sakit. Dan aku tak sedar bile masa aku tertido. Sedar2 je dah kul 5 pagi, n aku pun bangun semayang isyak. Huhuk.. teruk betul.


Raya ketujuh, pagi tu aku bgn lambat. Kepala memang dah berpusing macam gasing yg pakcik2 duk main kat Kelantan tuh. Sakit wooo….tapi gagahkan jugak la diri utk bangun. Tgh hari tu bersiap, pegi umah kawan. Bawak la kanak2 2 orang nih. Huhuk. Macam mak org je rasa. Dah turun saham aku kat situ. Hahak… gatal.


Raya kelapan, aku dah terbaring takleh bangun – demam. Huhuk…. Bak kata kakak aku, 'anak2 ko yg balik suma hebat2, mana la ko tak demam.' Hohoho…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*walaupun saya dah 21 thn, tapi saya still dpt duit raya. sila jgn jeles ye encik mus. hihi....

**saya br sampai pulang mlm tadi. lama kan saya cuti? ^^,

***siap sedia utk menghadapi test2 yg berlambak2. huhuk. jgn jadikan demam sbg alasan utk takmo study ye wahai che lapis..

18 September 2009

hari terakhir berpuasa di sini

Hujan rintik2, air bergelombang.. mak bagi seposen, ayah bagi seposen.. bla.. bla.. bla….

*tak rajin nak sambung*


Ada satu cite menarik semalam. sorang encik tu ajak kami berbuka di luar. *saya hanya menemani mereka.saya kan lone ranger skarang,jd tukang teman jela.huhuk.* nak dijadikan cerita, kitorang kuar dari pintu pagar lebih kurang pukul 6.15pm. awal la tu kan? Malangnya kesesakan lalu lintas di kepulauan ini melambatkan pergerakan kami. Sampai kat tempat yg dituju, jam dah pun tunjuk pukul 6.55pm. haish. Sempat2…. Lebih malang, masuk2 je tempat tu, suma meja dah dibooking. Huhuh. Memandangkan kul 8.15pm kami ada kls plak, so tempat paling sesuai adalah di ivory. Okeh. Encik pemandu itu pun mengahalakan keretanya ke sana. Sampai sana dah kul 7.12pm. ohh…… masih sempat lagi kalau takat nak order air. Heheh. Malangnya lagi, kitorang dapati deretan kedai di plaza ivory itu tidak berlampu!!! *black out la tuh.takkan tak paham kot*. Dan encik pengambil order tu takmo amik order kitorang. Haih.. next place? Hahahaha….. ye, tak lain dan tak bukan; kat café. Muahahahahaha….. kuar bilik punya la awal, pusing jauh2, alih2 mkn kat café jugak. Hoho.. aku memang dah tak larat nak gelak ah smlm. ohh… buka ngan apa? Heh. Honey dew n jus tembikai. Hebat kan kami? Pas kls mlm tu baru la kuar mencari nasi. Lapar woo…. [-_-']



17 September 2009

gumbira rasa hati... ^^,

saya sudah dapat itu baju raya.. ^^,
tapi sepasang jela..huk3........
tahun ni baju saye kaler purple lagik
saye memang suka kaler purple ye..
hihihi.....

ohh..kls pada hari esok dibatalkan
sangat sedih okey...
kalau diberitahu dari awal haritu kan senang
boleh blk phg hari esok
haish......

..al-fatihah..

Bismillahirrahmanirrahim….


Apa perasaan anda apabila teman baik anda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anda?

Aku baru mengalaminya semalam.

Walaupun dalam mimpi.

Sedih. Terkesan sampai la aku bgn tdo pagi tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa teman2ku

**bak kata abang, firman Allah yg bermaksud; 'bahawasanya setiap yg hidup akan merasai mati.'

***takziah buat temanku yg baru kehilangan ibu tercinta semalam. Semoga dirimu tabah menghadapi takdir tuhan. Al-Fatihah buat ibunya.

tidolah....wuwuwu...

*mood sedey*
tadi anta kengkawan nak blk ke selatan
haish... [-_-']
selamat beraya ye kawan2
pesan kat driver bas tu
ati2 bwk bas
semoga selamat sampai ke destinasi
~~~~~~
kita tgk brape org yg tinggal utk kls mlm esok
hik3..



16 September 2009

sabar lagi okey.hadoiii.....

rasanya harini merupakan hari yg mencabar kesabaran che lapis
kenapa?
ohh....
bukan setakat ketidaksiapan baju itu,
aku baru kehilangan skirt kesayanganku
uhuk33......
insan mana yg suka suki nak amik reta org nih?
weh, nak buat kain raya ke kain aku tuh??
hadoii............
pose2 ni pun nak memanjangkan tangan jugak ke?



*fuh..fuh..fuh.....sabar2..

tak siap lagi???

baru pas calling2 mak
and aku dapat satu berita menggemparkan
*hahahaha....gempar sgt la kunun*

a: mak, baju yg org anta aritu da siap ke?
m: ha....mak nak ckp ni.baju tu tak sempat siap.nnt beli la baju siap2 utk pakai masa raya.takpun pakai je baju2 tahun lepas
a: ?????????????????????


ohh....nasib baik la aku tanya. mak ni pun..cakap la awal2.huk3....sedeynye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ngade2 kan aku?taknak gak pakai baju tahun lepas.heheh..

15 September 2009

raya raya raya.....

tak tau nak letak tajuk apa kali ni
tetibe memikirkan ramai kawan2 yg akan pulang awal
bermula harini
huhuhu....awalnya kamu suma balik
sape nak teman saya kat sini..
huk33.....*muka sedey yg comey*



ohh.....saya da mula membeli kuih2 raya ye
heheh..
kepada ibu, ayah dan adikku, nantikan kepulangan kami di hujung minggu ini
insyaAllah.....
doakan semuanya selamat sampai

em....esok atau lusa igt mau sambung shopping yg terbengkalai haritu
hihihihi......
che lapis makin kuat bershopping sekarang
nape eh?
adeyh.......



*kantoi tahun ni umah aku hidang kuih tunjuk.ahaha....bukan salah aku okey..
**malas nak amik pic kuih2 tu.sama je macam kuih2 org lain
***adik beradik aku suma pakat2 balik ari sabtu.hadoi....sian orang2 kat umah tu

teruskan….teruskan….

Teruskanlah bercerita..

Selagi telinga aku boleh mendengar, selagi tu aku akan terus mendengar

Takpe. Even ati aku yg sakit, its ok.

Silakan..silakan..



*masih tension dgn sesetengah pihak ni

**sempena raya ni, kalau dia mintak maaf, patut ke aku maafkan dia?ohh…. sedangkan nabi pun maafkan umat.sila bersabar ye wahai diri sendiri.. [-_-']



14 September 2009

tuhan berikan aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



*1st tyme dgr lagu ni kat sini

**boleh download di sini


..sama2 kita renungkan..


Gambaran keadaan manusia semasa di alam mahsyar telah digambarkan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:

1.). "Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan." (Yasin: 54). Juga terdapat pada ayat 12 & 60

2. Terdapat juga keterangan dalam surah Al-Sajdah, ayat 19-21.

3. Surah Al-Naba' ayat 18. "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok- kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas, pernah ditanyakan oleh Mu'az bin Jabal, katanya: "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?"
Maka Rasulullah s.a.w. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya Mu'az, umat ku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengah solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam berjual beli.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh tubuhnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam jual beli.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulutnya. Ini balasan bagi mereka yang tidak mahu menjadi saksi terhadap kebenaran.

8. Mereka yang keluar berkeadaan terbalik, iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini balasan bagi mereka yang berzina serta mati sebelum taubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan bagi mereka yang suka memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang berkulit penuh dengan kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini balasan bagi mereka yang berani dengan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini balasan bagi mereka yang minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga iaitu:

1. Mereka yang berwajah bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian seperti kilat. Ini balasan bagi orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Renungkanlah serta ingatlah!!!

Sabda Nabi s.a.w.

Tidak akan berganjak kedua telapak kaki hamba pada hari kiamat nanti sehingga dimintai pertanggungjawab empat perkara iaitu:

1. Umurnya, bagaimana ia menghabiskannya.

2. Anggota badan, bagaimana cara ia menggunakannya.

3. Ilmu, adakah ia mengamalkannya dan dengan tujuan apa.

4. Harta, dari mana ia dapat dan bagaimana cara ia mendapatkannya serta bagaimana ia membelanjakannya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


*thanx to wani for sharing this information

**di mana kita tergolong pada hari yg maha dashyat itu?mampukah kita meletakkan diri dalam satu golongan yg terselamat itu?

***masa untuk berubah 360°

13 September 2009

saya mengantuk..

nak ngadu kat sini
che lapis sangat2 mengantuk skarang
ohhh...tgh study sebenarnya nih
study apa?
marketing lor...
*saje je gtau ngah study.kunun2 rajin la tu.ceit.....*
after raya ni ada test
haisyoooo....
nak tak nak kena la baca awal2 skarang
*che lapis kalau bab2 kna baca buku pelajaran ni senang sgt nak tdo.haih...*
nak tunggu lepas raya baru nak baca??
hahaha.....alamatnya memang tak sempat la
nak baca time cuti raya??
mana boley.....aku nak beraya sakan tahun ni
hohoho....giler btol che lapis nih
udah2......mau sambung membaca


*rumateku dah tdo.jeles woo..tgk dia.huk33....*

tak suka

Aku kadang2 pelik + hairan sgt2 dgn kerenah kaum lelaki ni. Kenapa diorang susah sangat nak percaya kaum wanita macam aku ni? Apa diorang anti wanita ke? Kalau anti wanita, apa gunanya diorang nak bina hubungan antara lelaki dan wanita?


Pada pandangan aku, sesuatu hubungan tu mestilah kna ada kejujuran dan saling percaya. Berdasarkan pengalaman aku- pengalaman sendiri dan kisah rakan2 yg kecewa, banyak dah peristiwa yg aku lalui, melibatkan golongan lelaki yg susah nak percaya pada gf diorang. Kenapa? Kenapa kaum lelaki ni boleh menetapkan syarat yg dia tak suka kalau gf dia berkawan rapat dgn lelaki lain? adakah persahabatan diorang tu akan menjejaskan hubungan percintaan yg dibina tu? Tolongla. Memang dah ditetapkan sorang perempuan kuota dia hanya utk sorang laki. Bukan boleh nak berpoligami macam kaum lelaki. Jadi kpd lelaki, jgn la kongkong sangat gf anda. Jika anda boleh berkawan dgn mana2 perempuan, takkan la gf anda tak boleh nak berkawan dgn mana2 laki? Tolong la beri sedikit kebebasan kpd kami. Mungkin sahabat lelaki kpd gf anda tu memang sorang shbt yg rapat sejak sblm dia menemui anda. So bila anda meletakkan syarat seperti itu, gf anda akan secara terpaksa menjauhkan diri dari sahabatnya sendiri. Tak baik woo memutuskan persahabatan. Adakah itu boleh dikira sbg memutuskan silaturrahim? Aku tak tau. Aku tak arif sgt bab ni.


Tolong la, kalau anda benar2 tak suka gf anda rapat dgn mana2 laki, sila pastikan diri anda juga tidak rapat dgn mana2 perempuan. Kalau anda tak mampu berbuat begitu, jgn sekali2 meletakkan syarat bahawa gf anda tak boleh sama sekali berkawan dgn sahabat lelaki. Jika gf anda boleh mempercayai anda, mengapa anda tidak boleh mempercayai dia? Berlaku jujurlah. Jgn jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


Dan lagi satu, tak perlulah anda nak memberi ultimatum kpd gf anda. Seperti; "awak kena pilih, either nak terus bersama saya atau nak pergi pada kawan awak tu." Atau; "kalau sekali lagi saya tau awak kawan lagi dgn dia, kita putus." Eh.. tolong la berfikiran matang. Apa anda tak penah ada kawan perempuan ke? Sekali lagi aku nak tekankan, sila lah percayakan gf anda. Tak rugi pun. Jika benar gf anda mengatakan dia sayangkan anda, percaya pada dia. Dan jika dia mengatakan dia percayakan anda, anda seharusnya berbuat perkara yg sama kpd dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ada sorang hamba Allah ni yg menyebabkan aku terasa nak tulis bnda nih.

**aku tak tau nak letak tajuk apa utk entry ni.huhuhu..

***tinggal 5 hari lagi utk aku pulang beraya. (tetibe je..hik33..)

12 September 2009

..lailatul qadar..

Bismillahirrahmanirrahim….

Memasuki 10 mlm terakhir ramadhan, hati terasa sayu. Sangat sayu. Doa dipanjat memohon agar diketemukan lagi ramadhan di tahun2 seterusnya. Amin..


10 malam terakhir ramadhan, antara malam yg ditunggu2 semua umat islam. Masa ni juga, macam2 perkara boleh kita tgk. Time nilah golongan wanita menyibukkan diri dengan segala persiapan. Nak buat kuih, nak jahit langsir, nak kemas umah, nak susun perabot, dan macam2 lagi. Maklumlah, nak buat waktu siang tak boleh. Tak larat nak tenung jarum jahit lama2. Tak mampu nak keluarkan idea utk organize perabot. Tak boleh nak rasa biskut yg dibuat tu sedap ke tidak. Heh. Aku perempuan, aku pun tau la suma2 nih. Zaman2 kegelapan aku dulu aku pun buat gak bnda nih. Alhamdulillah, agak bersinar sekarang.


Masa nilah juga saf2 di masjid dan surau mula bergerak ke hadapan. Maksudnya makin menyusut la tuh. Masing2 dah sibuk memborong kelengkapan raya. Masa ni la nak cari baju, kasut, balang kuih raya, bla..bla..bla…. Kalau minggu pertama ramadhan, jemaah melimpah ruah. Kalau tak sempat nak terawih mlm pertama ramadhan dulu, rasa macam menyesal sangat. Tapi bila tak dapat terawih mlm2 terakhir ramadhan ni, takde plak nak meyesal.


Tapi tak semua umat manusia berperangai macam nih. Masih ada yg sedar diri, yg sedar bahawa dia mungkin tak sempat menikmati ramadhan pada tahun akan datang.

Teringat suatu masa dulu. Time ni masih dalam umur belasan tahun, dan tinggal di asrama. Kata orang, pada malam istimewa tu pokok turut sujud menyembah bumi. Malam juga dikatakan berkeadaan tenang. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kepada insan2 terpilih, mereka dapat merasakan kelainan malam seribu bulan nih. Dan aku, dek kerana terlalu obsess dengan kata2 orang, menunggu dengan penuh harapan malam istimewa itu. Malangnya, aku hanya menunggu dengan sekadar melihat pepohon di kawasan luar asrama, sama ada sujud atau tidak. Ohh…. Bagaimanalah pemikiranku di kala itu. Malu terhadap diri sendiri. Dan aku terus menunggu tanpa ada inisiatif melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan.


Kisah diteruskan lagi. Hampir setiap malam aku dan rakan2 (maknanya bukan aku sorang yg berfikiran camni), melakukan aktiviti ini. Menunggu lailatul qadar sambil berborak2 dan meratah maggi kari.

Kesedaran sebenar mula timbul di satu pagi yg baru nak masuk pagi. Apabila kawan merangkap rumateku meminta supaya aku mengejutkannya dari tidur (dia tdo atas katil aku coz dia tau aku tak tdo malam tu). katanya, suruh aku kejut dia pada ketika waktu sahur menjengah (kitorang sahur kat dewan makan). Dan aku pun meneruskan aktiviti malamku-melepak di bilik sebelah sambil makan maggi dan roti disertakan dengan minuman panas-mencari lailatul qadar.


Nak dijadikan cerita, tepat jam 4.30 pagi aku pun beransur pulang ke bilik aku untuk mengejutkan rakanku tadi. dengan sekali tepukan pada bahu, dia terus terjaga. Yg peliknya, dia terjaga dan cepat2 meminta maaf. Aku jadi hairan. Apasal plak nak minta2 maaf nih? Katanya, sebelum tu-pukul 4 pagi- aku dah kejutkan dia, dan dia berjanji utk tdur barang seminit dua lagi. Aku jadi terkejut mendengar kenyataan yg keluar dari mulut dia. Katanya lagi, waktu itu aku berada di katil sebelah (katil junior aku), sedang duduk, dan memakai t-shirt biru-sama seperti yang aku sedang pakai waktu tu.


Lemah sendi2ku tatkala mendengar cerita itu. Minda seolah2 bertanya: patut atau tidak aku percaya? Dia malah bersungguh2 menyatakan bahawa dia tidak bermimpi atau berhalusinasi. Malah dia siap mendemo cara aku duduk, dan mengejutkannya. Apabila ditanya kpd teman2 sebilik, tiada siapa yg duduk di katil tersebut pada jam 4 pagi krn masing2 sedang lena dibuai mimpi.

Bermula hari itu, aku mula sedar. Niat mencari malam seribu bulan itu telah disalah ertikan. Aku sudah punya peluang, namun aku sia2kan peluang tu. Syukur Ya Allah, kerana menyedarkan daku. alhamdulilah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::macam ni ke rupa pokok sujud yg aku nak tgk sangat tu?::



*ayat aku agak skema kali ni. Entri pun sgt pjg.

**siapa yg mengejutkan rakanku itu? Sampai sekarang tidak diketahui identitinya.

***al-fatihah buat nenek kepada rakanku di kampung yg baru meninggal pagi tadi.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..

11 September 2009

..mari belajar..


Situasi dalam sebuah kelas…


Prof (P): what will happen if we join metal and semiconductor together?

Student A: carriers (electrons) in semiconductors will move to metal.

P: what will happen next?

(nobody answer this question)

P: ok, I've your list name here. But today I nak call those yg I tak penah panggil sebelum ni.

Me: (dalam ati) fuhhhhhh…. Sure nama aku tak kena panggil arini.

P: (keep asking students, but no one give the answer yg dia nak)

Me: (duk sibuk bincang2 ngan orang sebelah2)

And suddenly......


Student B (kawan aku kat sebelah): (sambil angkat tangan nak jawab) electrons will leave immobile ions behind, and that ions will combine with –ve charge in metal to produce electric field.

P: okay. (menyebut nama aku) and the gang yang duk bincang kat belakang tu dah kasik jawapan. good.
Me: ??????????????????? (sambil berkata dalam ati, 'ngape nama aku jugak yg naik?ohh..memang lecturer ni sangat suka sebut nama aku dlm kelas dia')

*lecturer ni nak buat kls hari jumaat next week. dalam erti kata lain, aku tak boleh blk awal. huk33.....ohh..blaja itu fardhu ain wahai che lapis..(pujuk diri sendiri)


10 September 2009

...reminder...




"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa"

(Ar-Rum; 54)

Kerana aku seorang pelajar

Bismillahirrahmanirrahim…



Kadang2 aku terpikir, nape mak aku bagi nama aku mula dgn abjad yg last tu? Lecturer aku cukup suka panggil nama aku utk jawab soalan. Huhuiiii… kecut perut woooo... kata dia, nama aku cukup senang nak diingat sebab nama aku berada dalam kedudukan terakhir senarai nama. Situasi ni adalah sama jika nak dibandingkan dgn zaman aku skolah dulu2. Ada sorang cikgu aku tu cukup suka panggil nama aku, disebabkan nama aku berada di kedudukan terakhir dalam senarai nama. Huhu..


Tapi bile fikir2 balik, ada baiknya jugak. Bila cikgu tu dah kenal kita, kita akan sentiasa termotivasi utk jadi yg terbaik dlm kelas. Heheh..


*walaupun nama aku yg terakhir dlm senarai, tak bermakna aku insan tercorot dlm kls.

**lecturer tu ada ckp tadi-dia tak garang, tapi menakutkan.-aku sgt setuju dgn kata2 tu.hoho…

***tajuk dan pic di atas takde kena mengena dgn tulisan kali ni.hik33…

…kuih raya lagi…

Bismillahirrahmanirrahim….


Kls kul 12 jap lagi nih. Tapi masih sempat mencoret sesuatu kat sini. Baru pas melihat2 blog yg menjual kuih raya. Hasrat hati nak beli. Biskut2 tu pun nampak cam sedap je. Hehe. *Tgk rupa dia menarik, so aku pun assume la rasa dia sedap.hak33..* Takpe, minggu depan boleh tgk kat jualan kuih2 raya tu. *wink2*

09 September 2009

Jejak kasih

Bismillahirrahmanirrahim….


Che lapis malas nak tulis intro panjang2. Just nak gtau, tadi terjumpa kawan lama masa matrik dulu. Kawan sekelas. Syafiq nama dia. Sempat la borak2, tanya perkembangan terkini. Now, dia duk blaja kat Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Dalam perjalanan menuju impian bergelar pendidik. Kata dia lagi tadi, dia amik jurusan agama. Meaning bakal ustaz la kan? Bagus2…..


Em. Satu perkara yg aku observe masa sesi borak2 ngan kawan aku tu tadi, aku realize yg aku macam dah kurang berminat utk bercakap ngan laki. Huish. sebelum ni che lapis tak macam nih. Tapi skarang, kalau bercakap ngan laki, aku rasa macam 'ish, cepatla dia ni blah.aku dah malas nak cakap lama2 ngan dia'. Haha… Nape eh? Tapi kalau pikir2 balik, elok sgt2 la tu che lapis oii. Kurangkan la borak2 perkara yg tak berfaedah dgn makhluk2 yg bukan muhrim ni. *ni nasihat khas dari che lapis kepada dirinya sendiri.*

…hampa-to’ki…

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayangan kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna dari sejak mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh

*lagu ni dah lama kot, tapi aku baru je dgr.huk3.. best.. J*

…mood raya…

Bismillahirrahmanirrahim….


Tinggal 10 hari lagi ramadhan akan berakhir. Sedih… tak tau tahun depan boleh jumpa lagi atau tak dengan bulan penuh berkat nih. Oh ye, hari ni rata2 blog yg aku baca mencoretkan berkenaan tarikh keramat-09/09/09. Heh. Harini ada persandingan besar-besaran kat mana ntah. Tapi tu Chinese wedding la. Pada diorang, tarikh ni dianggap bertuah dan telah dipilih untuk melangsungkan majlis diorang. Macam2 hal. Biasa la tuh, kebanyakan org sukakan kelainan. Lagi2 plak kelainan tu dicipta pada hari2 tertentu dalam hidup diorang. Sangat menarik untuk diimbau kembali suatu masa nanti. Errrr… intro che lapis sedikit mengarut kali nih. Motif? Ntah. Huhu..


Sebenarnya aku takde kls harini. Ye, diulang sekali lagi, che lapis takde kls langsung2 hari ni. Seronok bukan? Hehe… *tepuk tangan untuk diri sendiri* so, paham2 la bila dah takde kls nih. Tak tau nak buat apa. Oii.. sila study wahai che lapis. Huk3.. tak sabar nak raya sebenarnya nih. *sambil dengar lagu raya-pulang di hari raya.heheh..* Tu yg tak boleh buat pape tuh. Huish….


Actually aku sedang menunggu kiriman barang yg aku beli secara online tuh. Heheh… nak raya nih, kena la buat persiapan rapi ye tak? Hi3.. *macam budak2 je aku nih.haisyooooo..* pedulik hape aku, aku yg nak pakai ye tak? Heh.


Ohh.. lagi satu, che lapis sedang mencari2 kuih raya yg sedap2 untuk dibawa pulang ke kampung. Kenapa tahun ni aku kena beli? Sebab mak aku awal2 dah pesan, "tahun ni mak malas nak buat kuih raya ye anak2, so silalah bawak balik kuih raya sorang sikit". Hahaha…. Hebat gak mak aku. mentang2 la anak2 dia suma dah besar2, dah boleh berdikari, suka2 dia nak order kuih raya suh bawak blk. Tapi takpe, aku akan beli jugak. Sebabnya aku cukup tak suka kalau meja umah aku kosong tanpa kuih raya. Takat 4-5 jenis tu, bagi aku tak menarik. Hohoho… *bnyk2 pun aku bukan makan gak kuih2 tuh.aku duk ngadap lemang-ketupat –rendang je pagi raya*


Err..tetibe bukak cite pasal raya la plak. Makin mengarut nampaknya che lapis kali nih. Huish.. mau stop la.

08 September 2009

puasa..atau tak?

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, harini merupakan hari ke 18 puasa. Setakat ni aku takde ponteng memonteng lagik. Masih full… alhamdulillah. Hurmm… nak tulis apa ek? Dah 2 hari tak mengupdate blog, so mula la rasa cam tatau nak tulis apa kat sini. Huk3..


Seperti yg aku tulis sebelum ni, aku blk umah hari sabtu arituh. Umah abang je, bukan umah mak aku pun. Huk3. *takpe, bersyukur masih punya saudara mara di sini*. So, sepanjang perjalanan pulang tuh, aku berpeluang menyaksikan adegan2 yg tak ingin aku lihat sepanjang bulan ramadhan yg mulia nih. *taknak lihat tapi aku tengok jugak.haish…* apakah adegan2 tersebut?? Yea….. tak lain dan tak bukan adalah adegan insan2 yg dah cukup umur, tapi masih malas nak puasa. Haisyooo…. Aku pun heran la. Apa masalahnya sampai takmo puasa nih? Bukan lama pun. Sebulan je. Huh. Yg paling aku tensen bila tgk mamat2 tu ialah diorang boleh selamba landak je beli nasi bungkus kat kedai mamak! Yg tak bley blah tu, diorang masuk kedai ngan helmet kat kepala. Kunun cover baeekkkk punya la tuh. Eh, helllloooooo….. korang igt org lain tak bley nampak muka melayu-islam korang tuh? Plz la. Pastu tau plak nak kuar cepat2, naik moto cepat2- takut penguatkuasa agama nampak. Heh. Dia igt tuhan tak nmpk agaknya. Haish.. anak sedara aku yg umur 6 tahun tu pun tau puasa penuh *dengan syarat abah dia kasik laptop sebijik kalau dia puasa penuh sebulan.huk3..* aku pun tak tau la apa nak jadik ngan manusia2 zaman skarang nih. Tu belum lagi kes yg abg aku cite kat tempat keje dia. Haih….. masalah2….


Huhuiii…. Agak meluap2 kemarahan aku. okey2. Sabar che lapis.. kawal nafsu marah tuh.


Before aku stop, teringin nak tulis something;

"…barangsiapa yang bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2…"
(at-thalaq: 2-3)

05 September 2009

..nothing interesting..

Bismillahirrahmanirrahim…

Sekali lagi aku ditinggal keseorangan. Huk33… rumate kesayangan takde, pegi kursus utk amik lesen tuh. Apa nama dia? Lupa dah. Hik3.. yg aku tau nama dia KPP. KPP tu short form utk apa, yg tu aku tak tau. balik dari kursus tu katanya nak terus ke church. Huhu… tak sempat la nak jumpa dia dah. Jumpa blk hari isnin la. and aku plak plan nak blk tgh hari nih. Camni la nasib aku. Mak ayah duk jauh, ada abang je kat sini. Kira ok la tuh ada gak adik beradik kat sini. Dari yg takde langsung? Huish… che lapis nih slalu tak beryukur. Haiyohhh… ngat nak blk ptg2 karang je, naik bas. Yela, abang aku keje harini.sebagai adik yg baik aku takmo la menyusahkan dia. Heheh. Tapi dia dgn nada tegas tak kasik aku balik naik bas. Haisyooo….. bukan jauh pun penang-butterworth nih. Uhuk3… dan dia dah buat keputusan utk amik gak aku kat sini. Hik3.. untung la ada abang yg penyayang camnih. Tapi t0 think again, biasa la abang yg jaga keselamatan adik. Hik33… so kepada sape2 yg takde abang, sila jeles ngan saye. Uhuk3… kejam giler che lapis nan sorang nih. Tak baek camtu wahai che lapis…


Oh… tetibe rasa tak sabar nak balik raya. Tahun ni aku tak perlu susah payah nak beli tiket bas balik raya sebab aku blk ngan abang aku. hik33…


Em.. tak tau nak tulis apa. Tapi masih gatal nak menaip. Ohh lupa. Lecturer aku ada kasik hadiah sempena puasa utk kitorang. Ye…. Tak lain dan tak bukan, beberapa soalan utk kitorang jawab masa cuti 3 hari nih. Huhu.. dah download tadik, tapi tak tgk lagi. Apa soalannya, brape bnyk soalan tu, susah ke senang ke..haiyohh….


Kla, mau pegi bersiap2. Abang nak dtg amek tgh hari nih. Tak tau la kul brape. Kalau rasa taknak kena marah ngan dia, baek la aku siap awal2. Huk3..

rehat??

ohhhh.....
aku fenin di sini
masih ada lagi insan2 yg bergelak ketawa di malam2 hari nih
dan tidak lupa juga insan2 yg bertukang di bilik tingkat atas nih
*level mana aku pun tak tau*
wei....korang buat apa ha???
menumbuk sambal ke?
haisyooo....
tdo la....
saya terganggu okeh..

04 September 2009

…cinta dan agar2 si cantik manis…

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, sedar tak sedar harini dah hari ke-14 puasa. Kejap sangat masa berlalu. Maknanya tak lama lagi dah nak raya la kan? Emm…. Pasni tak tau la sempat lagi ke nak jumpa Ramadhan tahun depan. Harap2 masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk merasai kemanisan dan kenikmatan Ramadhan untuk tahun2 akan datang. Memang, sesungguhnya hanya orang2 tertentu je yang merasai kemanisan ramadhan nih. Orang2 yg tau menghargai kehadiran bulan nikmat yg datang sekali setahun. Mereka nilah yg sedaya upaya bertungkus lumus nak memperbanyakkan ibadah dalam bulan nih. Bukan la nak kata bulan2 lain tak payah beribadat beria2. Tapi bulan ni kan segala amalan diberi ganjaran berlipat kali ganda… so takkan la kita taknak rebut peluang yg ada nih. Ye tak? Tambahan plak bulan ni syaitan diikat. Yang tinggal hanya hawa nafsu je. Hawa nafsu tu plak dalam diri kita. Pandai2 la nak kawal bnda dalam diri tuh. Takkan nak suh org lain kawal plak kan? Diri kita, kita la yg jaga. Em, che lapis pegi kuliah pengisian rohani tadi. Tu yang terikut2 cakap camni nih. Tapi takpe kot, jz nak ulang balik pengisian tadi. Walaupun tak dapat nak ulang semua, dapat revise sket2 jadilah. Saya manusia, bukan la perfect sangat dapat ingat 100% dlam tempoh sejam. Ye, salah sendiri sebab takmo salin apa yg aku dengar tadi. *tapi tadik dia bagi dalam bentuk video, so cam tak kuasa plak nak salin bagai2.huk33..*


Ok, satu yg aku dapat dalam pengisian tadi, tentang cinta. *che lapis cukup suka mengingat apaper pasal cinta.heh..baru putus cinta ke?tetttt…..* ok2, dlm video tu cakap,

"tuluskanlah cintamu kepada Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yg lebih baik"

Okey, kata2 ni sesuai untuk insan2 seperti aku. huk3… and satu lagi yg aku nak tulis kat sni ialah kata2 ini,

"Ya Allah, jika daku mencintai insan lain, Kau peliharalah daku supaya daku tidak lalai dan supaya daku terus meletakkanMu di tangga teratas cintaku. Jika ditakdirkan diriku bertemu dengan cinta insan, temukanlah daku dengan insan yang meletakkan cintanya terhadapMu di tempat teratas."

Okay, ayat di atas sebenarnya bukanlah ayat sebenar yg aku dengar tadi, tapi macam tu la isi2 penting ayat tu. *takpe, kalau dalam karangan pun cikgu2 akan bagi marks utk isi2 penting je kan?heheh..* so, tadi sekali lagi aku terasa dipujuk. Sangat2 dipujuk. Ohh ye, hati aku masih belum pulih sepenuhnya. Huk33…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay, tamat bab tuh. Skarang nak rewind balik pasal life harini. Cam biasa, tader pape yg menarik. Cuma pagi tadi aku ada cakap kls aku sampai kul 7 ptg. Tapi sebenarnya tidak. Apa? Ohhh tidak…. Bukan sebab kls cancel. Tapi aku yg memonteng. Hek3… takpe, ni baru 2nd time aku ponteng kls tuh. Kls apa? TITAS (tamadun islam dan tamadun asia). Kuliah ni tak ramai pun yg dtg. Tapi tak tau la pasal apa yg aku rajin sgt datang tiap2 minggu. *memang aku ni rajin sejak azali kot…hik33..* so, petang tadi pas balik lab *kul 4 dah kuar lab-takmo tunggu lama2,sakit kepala woo..duk dalam tuh* aku pun melakukan sesi menidurkan diri bersama rumateku. Hik33.. kul 5 lebey gak aku bangun, mandi2, semayang, then siap2 mau ke bazaar ramadhan. Ye, rumate aku paling semangat. Beli sampai 2 jenis kuih. Padahal dia tak puasa pun, aku yg puasa. Huk2.. *upss…rumate saya non muslim, sebab tu dia tak puasa*


Tadi aku ada beli agar2 kat bazaar. Nampak comey, and mcm sedap. Tapi hakikatnya bila aku mkn tadi..mak oiiiii……. Giler manis. Adeh..deh… mau kasi potong wa punya kaki ka? Haisyoooo….tau la puasa, tapi agak2 la. Agaknya dia letak 5 kilo gula utk 1 jenis agar2 kot? Eh, tapi kan gula dah jadi barang terkawal skarang? Cemano tuh? Huish….ohh..teringat pada kata2 'don't judge a book by its cover'. Heh..


Haih, pjg la plak aku taip. Udah2 tu che lapis. Pegi tdo nuh. Sok nak bangun sahur. Heheh….

...kisah semalam...

Bismillahirrahmanirrahim....
semalam tak sempat nak post apaper pun
huk33....
penat owh.....kls dari kul 12 sampai kul 9.30 malam
adey..... stop kul 7 utk bukak puasa
then kul 8 sambung kls lagik
huish......aku dah rasa mcm nak pitam dah
and harini lab dari kul 9 sampai 5
sambung lagi ngan kls kul 5 sampai 7
ya ampun.........
nak cter sket pasal smlm
apa yg aku mkn masa bukak puasa?
heh...hanya 2 keping roti okey..
cukup ke?
cukp jela
dah tu je rezeki yg ada
itu pun kawan aku yg bawak
kalau tak aku pun tatau la aku buka ngan apa semalam
mungkin sekadar buka puasa ngan korek idung?
yeakssss.......giler tak senonoh che lapis nih
haish...
*rasa cam insan miskin papa kedana je semalam.huk3..tu la,salah sendirik.sape suruh tak bawak makanan siap2..padan muka aku*
and malam tadi aku sampai bilik dalam kul 10.30 camtu
tu pun after mkn2 nasik kat depan hostel nuh
*giler apa tak mkn nasik sehari*
tapi kan,bile pikir2 balik
aku ni masih beruntung lagik nih
yela..
at least aku still ada duit nak beli makanan pas abes kls tuh
camno plak ngan insan2 yg betul2 kurang bernasib baik kat luar sana tuh?
kita puasa diorang pun puasa
kita buka ngan nasik lauk ikan pari bakar,diorang buka ngan nasi lauk ikan masin
takpun cukup sekadar nasik berlaukkan garam
huhuhu......
ye....bulan ramadhan ni merupakan bulan yg terbaik nak muhasabah diri
*bukan la nak kata bulan2 lain tu tak boleh nak muhasabah*
bak kata opah dlm citer upin ipin,
kenapa kita kne puasa?
supaya kita tau macam mana org susah takde makanan
hurmm...memang betul
kalau upin ipin yg baru masuk tadika tu blh paham
takkan aku yg besar panjang nih tak phm2 ye tak?
*tapi tu pun still ada org yg buat2 tak paham..taknak gak puasa.haish.....apa nak jadi la ngan diorang nih*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lupa plak
semalam besday kawan aku kat kelantan
::pak mus::
heh
hanya mampu mendoakan yg terbaik utk dia
.....................

02 September 2009

...renungan ramadhan...

sabda Rasulullah: 'jika engkau merasa pernah berbuat dosa,mohonlah keampunan dari Allah dan bertaubatlah kepadaNya. sesungguhnya apabila seseorang hamba itu mahu mengakui dosanya, maka Allah akan menerima taubatnya'..

..bunga di bazaar..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, da menjejak 1 september
masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ni
actually ada sumthing happen smlm
masa kami (aku+lin) nak g bazar ptg smlm
ada sorang bdk kecik ni kasik aku bunga!!
hohoho
okey...
bukan la bunga ros ke, daisy ke bagai2..
aku rasa bunga lalang je kot..huk3.
dan dibalut dgn daun apa ntah
hahaha....
agak teruja gak la aku smlm

kikikikiki....
and 1 pesan dia;
"akak simpan bunga ni elok2.kalau saya nampak bunga ni kat mana2,siap akak."
huish.....siap nak ugut2 aku agi tuh
kecik2 pun da pandai ek....
dan aku pun pegang jela bunga tu
sampai la kat palang automatik kat tekun tuh....










aku pun suh lin selit bunga tu kat situ
heheh...

01 September 2009

finally....

akhirnya....
setelah sekian lama tak online (lama ke?)
huhuhuhu...
dua hari tekde connection internet.
agak susah hati gak la aku kat bilik tu. huk3..
em..
masih belum sempat nak post anything yg menarik
takpe2
bukan ada orang lain pun nak baca ye tak?
(harap2 camtula....)
harap2 gak kat bilik nnt da dapt connection yg sempurna
huk3