RSS

21 March 2010

melayang~~~

semalam - 20 march 2010

kul 545am da ada org tepon suh bgn.sebab nak kena pegi engineering campus kul 630 untuk ace program yg memasuki hari kedua semalam.

petang, kul 545pm baru sampai bilik. solat asar, turun beli nasi, mkn2, mandi, solat. kul 815pm ke dewan budaya. ada penutupan bulan islam & kelestarian (BKI). niat aku nak tgk wayang kulit ngan teater je sebenarnya...

wayang kulit - mnarik gak la. tp bnyk part yg melucukan. bkn lucu pada story, tp lucu pada tukang cerita aka tok dalang. lawak bila watak seorang tua berbangsa melayu disalah-beri-suara oleh tok dalang kpd watak sorg laki muda berbangsa cina. hak3...

teater, bertajuk cintaku bersujud lagi. sepatutnya menarik dan memberi kesan. tapi dek kerana aku sgt mengantuk time teater berlangsung- penat woo dr pagi tak rehat- aku tak dpt la nak fokus pada cerita yg sedang dilakonkan di hadapan.

blk bilik mlm tu- mata aku taknak tdo. bdn da penat, tapi mata taknak beri kerjasama utk tdo. tatau nak buat apa. main2 sudoku, dlm kul 145am br aku tdo. kul 5 terjaga sekejap, kul 6 lebey br bgn sebetul2nya. huhuh....

dan harini, kepala rasa melayang2. seriusly, tak penah aku wat keje gila tdo 4-5 jam sehari. nasib baik harini dan esok takde kelas. tp tak bermakna aku boleh bersenang lenang.

dan sekarang sedang berfikir apa akan terjadi pada aku utk seminggu yg bakal berlangsung nih. mengikut penglaman lepas2, effect kalau tak tdo atau kurang tdo akan dpt dirasa dlm tempoh beberapa hari selepas hari kejadian. simptom2 lesu, lemah, kurang semangat akan dtg dlm tempoh beberapa hari selepas bdn tak cukup rehat. warghh..... harap2 sumanya ok. [-_-']

07 March 2010

x kinabalu #2

heheh...nak sambung cte aritu.

19 feb 2010

dalam kul 7 pagi, kitorang siap2 tunggu bas kat ums utk ke kinabalu park. igt nak breakfast kat cafe, tp tak bukak lagi la plak. nasib baik la ada roti vanila versi gardenia sebungkus. bahagi 3 org ~ che lapis-cik fiza-cik siti, mkn la sorg sket roti tu wat alas perut.huhuh.

sampai2 je kat kinabalu park ntah kul brape. heheh. sejuk wooo.... aku terfikir. kalau kat situ da sejuk, kat atas macam mana eh? aiyokkk.. kat kinabalu park ni jugak, kitorang mulakan sesi bergambar, sesi rehat2 (brape kali rehat ntah), dan jugak sesi membeli tongkat sakti berharga rm3.00. hahaha....tongkat sakti ni tujuannya utk memudahkan kita masa mendaki. dan dgn tongkat sakti ni jugak la, ada sorg pendaki grup lain tegur aku, 'adik ni kalau tunduk nmpk cam nenek.tapi bila angkat muka, laaa....muda lagi rupanya.' huh..nak ngutuk aku la tu. kutuk la..kutuk. dgn tongkat tula aku berjaya sampai ke atas lebih awal dari dia. hahahaha..... upss...ada nada riak di situ.astaghfirullah.....em. kat sini jugak kitorang menimbang beg masing2. tujuan? ntah la. just nak tau brape beban yg akan kami bawak je kot. berat beg aku masa ni adalah 6kg. huhuh. tetibe terfikir, boleh ke aku nak angkut beban 6kg sejauh 6km?? kalau laluan biasa, mungkin takde masalah kot. tapi ni nak mendaki. huhuiiii... ohhh....lupa plak. kitorang jugak diberi pack lunch berupa sandwich, sebiji telur rebus, seketul popia, seketul kfc (kinabalu fried chicken), sebotol air mineral dan setin 100 plus. pack lunch ni shj beratnya hampir 2kg. so total bebanan yg aku bawak adalah hampir 8kg. fuhhhh......

-sesi sembang2 pas beli kayu sakti-

-sesi timbang beg-


-bergambar lagi-

dalam kul 11, pendakian pun bermula dengan diiringi bacaan doa oleh encik rosli, salah sorg staff usm yg join xpdc ni. pastu ada la serba sedikit pesanan ikhlas dari kalangan peserta. fuhhh....semangat. tapi tetap cuak nak naik. apaperla aku ni. ohh..sebelum tu, kitorang jugak diberi pas khas utk naik ke gunung kinabalu.

-gambar kurang berkualiti. amik guna kamera enset-


kalau takde pas ni, jgn harap la korg boleh sampai ke atas. pas ni akan diperiksa bermula dari tempat di mana pendaki memulakan pendakian.dalam kes kami, kitorg mula di timpohon gate.

1km pertama, aku mampu lagi berjalan dengan kelajuan biasa. sama2 seiring ngan kawan2-fiza, hanis,sape lagi ye? huhuuu.. masuk kilometer kedua, hehe....kelajuan tu jadi berkurang. utk kilometer seterusnya, aku terus kena tinggal ngan diorang. huh. berjalan la aku sorg2 tanpa ditemani sesiapa. tsk..tsk.. tapi sebenarnya takdela sorg2 pun. ada je potter2 ngan pendaki2 yg nak turun tu, diorang cukup rajin menegur. macam2 kata2 semgt yg diorg bagi. heheh. bagus..seronok2..

-awal2 pendakian.aku boleh senyum gumbira lagi-


-huhhh...penat2...-

sepanjang pendakian ni, ada 7 pondok kalau tak salah aku yg perlu kitorg tempuhi. dan aku selaku org yg tak berapa kuat staminanya, mmg akan berhenti di setiap pondok tu. rehat2 dlm 5 mnt camtu. melepaskan lelah... kat setiap pondok ni jugak ada air yg tak dirawat utk pendaki2 refill botol masing2.

-pondok ubah. ehhh...budak tu bley main sms??-


-km 2. ada 4 km lagi..-

-ada rupa nenek ke?-


satu perkara yg aku semat dlm diri sepanjang pendakian tu- biar lambat asalkan selamat. hahahahaha...... mana tidaknya, berjalan pada kelajuan kura-kura. itupun kalau korg rasa kura-kura tu laju. huhuh. dan dalam kul 3.40 ptg camtu, aku sampai kat gunting lagadan hut- tempat di mana kitorang akan stay utk mlm tu. suhu kat sana tatau la nak ckp. sejuk ya rabbi...... brrrrr.......


-di depan gunting lagadan hut-


ptg tu, kul 5 kitorg dinner. mlm plak, kul 7 kami dah disuruh tido. utk kumpul stamina bagi meneruskan pendakian sesi kedua pada jam 2.00 pagi esoknya.

-at laban rata..after dinner-









dan..... macam biasa la. kisah seterusnya akan bersambung....
bismillahirrahmanirrahim....

alkisah, weekend ni ada ekspen kat kampus induk usm. apa itu ekspen? EKSPO PENDIDIKAN DAN KERJAYA. so bnyk la company yg terlibat dlm ekspen ni, sama ada yg terlibat dlm pameran shja, ataupun yg sediakan open inteview utk pihak yg berminat.

ekspen kali ni memang mencatat sejarah la utk aku. sebab 3 hari ekspen ni berlangsung, tiga2 hari ni aku pegi.hahahahaha..... tapi harini je aku rasa cam terisi sket. hari2 lain aku pegi hanya utk dengar ceramah dan melawat2. tapi harini, aku berpeluang utk merasai sendiri cemana rasanya temuduga keje.huhuh. bak kata daina, sama je cam temuduga lsp402 yg kitorg wat dulu. tp ni serius la. yg dulu tu main2. huhu...

urmm... jadual exam pun da kuar. walaupun br kuar jadual kuning (draf), tapi bahangnya da terasa. pejam celik pejam celik, bulan depan da nak exam. pejam celik pejam celik lagi, da abes exam. maka tamat la pengajian aku kat usm ni. insyaAllah...kalau takde aral, bln 5 nnt aku akan tamatkan pengajian. dan bulan 8 grad. aminn..

and now, sedang memikirkan masa depan. ehh.... che lapis, ko ada report yg perlu disiapkan. buat2......

[-_-']












* mlm ni physics nite. tahun ni aku tak pegi. takde mood nak berdinner2 nih.

02 March 2010

dalam dilema.....

alkisah, che lapis baru blk dari kelas. low dimensional semiconductor structure. dalam kelas tadi, lecturer tu sekali lagi mengulangi kata2 nya:

'kalau kamu join physics nite weekend ni, saya akan bagi markah lebih pada kamu.'

warghhh....!!! agak tensen aku mendengarnya. nak pegi...taknak pegi....nak pegi....taknak pegi....haish...

aku dah hilang semangat nak berdinner sem ni. nape ntah. da sem akhir kot. bnyk bnda lagi aku nak pikir daripada duk pikirkan bnda2 alah jamuan mkn mlm ni.

hurmmm....... [@_@']

globetronics-teater bangsawan sinbad; batu permata dewa-fire drill

fuhh.....akhirnya hujan jugak kat bumi penang ni.Alhamdulillah..... dah brape hari aku nmpk langit cam mendung, tapi hujan tak jugak nak turun2. ku sangka hujan di tgh hari, tetapi panas sampai ke malam. huhu....

alkisah, ptg tadi ada lawatan ke kilang globetronics. salah satu perkara yg perlu dilakukan dlm course aku nih. pegi kul 2 lebey, blk plak kul 6.30. berkejar kejaran aku nak semayang asar. tahniah....... pas semayang, niat hati nak mkn terus la. lapar.... perut da nyanyi2 da.

elok je aku balik dari menapau nasi+tomyam, cik daina tu anta mesej.

"salam.weh, jom tgk teater sinbad mlm nih."

aku pun ok je..... so pas magrib bertungkus lumus aku menghabiskan segala nasi ngan tomyam tu, and siap2 utk ke dewan budaya.

sampai sana, bayar tiket, masuk. owhh....lupa plak. ada sorg lagi insan yg ikut skali tadi-fizah. huhu...

secara keseluruhannya, teater tu memang seronok. ni 1st time aku tgk teater secara live. memang terus jatuh cinta la.hahaha..... dgn suara hilai tawa syafinaz yg menaikkan bulu roma aku, hiiiiii........ seram sejuk wooooo.... pelakon2 dia pun tip top la. and lagi satu, sebenarnya dulu aku igt kalau teater ni gaya bahasa dia sumanya ala2 bahasa baku. ckp kena skema. tapi bila aku tgk teater tadi, bahasa yg digunakan adalah bercampur aduk. ni menjadikan teater tu sgt seronok. antaranya,

'yo bro!' - sinbad

'engkau buat apa wahai setan-setan????' - ratu sheeba

'kanda, dinda sakit perut....(sambil tgn tunjuk kat kaki)' -dayang

hahaha...bnyk lagi sebenarnya. pecah perut aku gelak tadi. keh33......

teater ni berlangsung dlm 2 jam camtula. dlm kul 11 da abes. pas abes tu, kitorg sama2 jln kaki pulang utk mkn. fizah la tak mkn lagi. abes2 mkn plak kul 12, nak blk hostel. elok je sampai kat atas bukit tu, nmpk ramai2 org. then dgr plak bunyi alarm yg membingitkan telinga tu.

warghhhhh!!!!... fire drill!!! masalahnya, bukan blok aku yg buat. blok satu lagi yg atas bukit tu (m04) ngan blok laki sebelah blok aku (m01). tapi sebabkan aku kena lalu kawasan situ, maka aku adalah tidak dibenarkan sama sekali utk blk ke blok sendiri. so, terpaksa la memaksakan diri utk berdiri kat kelompok org ramai tu. huhuh.. tension owh... adey....

hurmm.....sok kul 8 ada test mandarin. sekarang da kul 2 lebih, tapi aku masih tak tido lagi. sape nak jadi jam loceng aku pg esok? hadoi....hujan2 ni, mesti syok tdo.heheheh....










* tajuk gile panjang.ahhh.....pedulikan.
**harini sgt memenatkan bagi aku.tapi bak kata fizah~ alang2 da penat, biar penat sampai ke malam.huhuh..
***esok, 2 march (harini) akan diadakan pementasan kali kedua teater sinbad-batu permata dewa. rasa cam nak pegi lagi. heheh..