RSS

29 January 2010

seminggu ni.....

fuhhh..... harini aku rasa paling happy dalam tempoh seminggu ni. mana tidaknya, tempoh seminggu ni hidup macam ala2 tak tentu hala je.


isnin
takde kelas. tapi aku jadikan hari tu utk qada rehat waktu hujung minggu aritu.

selasa
hari pelupa sedunia utk aku.
nak fotostat kertas, dah sampai separuh jalan baru sedar bnda yg difotostat tu aku tak bawak. pastu beli roti, alih2 roti tu aku tinggal kat kedai. brape jam pastu baru teringat balik. hurmm... takpela, sedekah je.
harini jugak aku terkandaas kat masjid usm selama 1 jam setengah gara2 hujan lebat. tahniah.. memang nak suruh aku beribadat lebih la tu. tapi tak tahan woo.... perut yg lapar memaksa aku redah jugak hujan tu dengan berpayungkan plastik s&j. hehehehe.....

rabu
hari yg paling tertekan bila buah hati aku sakit dan terpaksa ditahan di wad. huuuu.....

khamis
pilihanraya. tapi tak bermakna kelas aku dibatalkan macam sesetengah student. huuu. harini jugak dapat berita gembira pasal kedatangan test yg tak pernah ditunggu oleh aku. uhuh. suma test nak buat dalam minggu yg sama. hadoi......

jumaat
harini la kan? jumaat=takde kelas. duk bilik menyiapkan sudoku dari pagi sampai tgh hari. hahaha.. petang, buah hati aku kuar wad. Alhamdulillah, sihat walafiat dia. suka2... ^^,





esok- thaipusam. tapi aku tetap nak kuar. [@_@]

23 January 2010

selamat ulang tahun sayang

semoga tabah mengharungi liku2 hidup utk hari2 yg akan datang

harap2 ikatan ni kekal sampai bila2

malas nak taip panjang2. apapun......

SELAMAT HARI LAHIR

sallehah.... ^^,












*terpaksa tinggalkan jun pyo kat 8tv demi kawan tercinta..
** sok kena kuar pukul 7.30, ada hal. agak2 kalau aku tdo ni, boleh bangun awal tak esok pagi eh? haish....

21 January 2010

kelam kabut

refer pada tajuk di atas....


- pagi tadi aku sarung kain terbalik. susun kain aku kat sebelah kiri, aku letak kat kanan.

- pakai baju kurung pun terbalik. yg depan pegi belakang, yg belakang pegi depan.

-nak sarung tudung, baru aku perasan tudung tu pun terbalik gak. yg sebelah dalam aku letak kat luar. wargh!!!

- kuar bilik, nak sarung selipar. jumpa selipar belah kanan je. yg sebelah lagi terperosok masuk bawah rak kasut. haik? semalam aku letak dua2 atas rak tu. mesti ada yg dengki sumbat sebelah selipar aku masuk bawah rak.

- hampir2 nak kena langgar ngan sebijik naza ria yg tgh reverse. bodo je aku lalu belakang keta tu. aku tak perasan plak keta tu nak undur. huhu.



*walaupun bermacam halangan yg aku hadapi, tapi aku berjaya sampai ke kelas tepat pukul 8 pagi. hahaha.... rekod tuh.. before ni aku tak penah sampai kelas pukul 8. kui33....

cerita aku

Al kisahnya, tadi che lapis diajak menemankan kawan shopping ngan cik abang dia. Bak kata sorang teman tu, 'orang2 yg solo macam che lapis ni memang keje jadi peneman orang dating jela'. Uhuh. Kecik ati aku dengar owh… mentang2 aku takde pakwe. Wargh….

Tadi jugak, tengah2 syok belek2 buku twilight and new moon yg ditranslatekan ke bahasa melayu, bunyinya jadi 'senjakala' dan 'cinta baru' kalau tak salah aku tajuk dia camni (aku heran gak masa mula2 tengok.buku apa tajuk pelik bebenor nih?) ada la sorang ni datang. Cuit2 bahu aku, then tunjuk 1 kad. Kat kad tu tertera,

"kami dari persatuan orang2 bisu dan cacat pendengaran ingin memohon jasa anda utk membeli kraftangan yg dibuat oleh kami. Terima kasih." (lebih kurang camtu la bunyinya kad tu)

  • 1 barang = rm 6
  • 2 barang = rm 10

Agak2 apa yg korang akan buat kalau diberi situasi camtu? mula2 aku ingat nak buat bodo je. Ditambah plak ngan setan yg berbisik kat telinga, suh aku jangan beli. Setan tu cakap ntah2 orang tu nak tipu aku. huh. Jahat sungguh rupanya makhluk yg dijadikan daripada api tuh.

Tapi oleh sebab aku dididik dengan baik sejak kecik, dan mak aku selalu pesan, sentiasalah bersangka baik dgn sesiapa pun. Tak sampai ati plak aku nak biar orang tu blah camtu aje. . Aku pun beli la 1 barang yg org tu jual. Nak tengok?

*comey kan? heh.




Ohh… tadi ada sorang hamba Allah tu call aku. ajak kuar minum2. Heh. Sori la. Jawapannya, taknak. Alasan, mak aku tak kasi kuar ngan laki. Mantap tak alasan aku? hehe.. (dulu2 mak aku tak kasik pun aku bantai kuar je.derhaka sungguh.adoyai..ampun mak…) Huhuh. Kalau takat ajak kuar minum aku tak pelik la sangat. Ni sampai nak ajak naik keta! Apa jadahnya pegi minum2 sampai kena naik keta? Jauh sangat ke tempat nak gi minum2 tu? port minum2 aku ngan kengkawan abes2 jauh pun kat deret2 khaleel tu la. Jalan kaki 5 minit da sampai. Huh.





16 January 2010

Satu hari di hari jumaat..

……………..15 jan 2010……………

-jumaat yg tenang sebab tak perlu fikir nak ke kelas. Jumaat adalah hari tanpa kelas. Ohh… dan isnin juga.

-jumaat yg buat aku terkejut bila melihat baldi yg dipenuhi baju2 yg menuntut utk dibasuh.

-jumaat yg buat aku tak berapa sihat. Tetibe terasa badan macam dimasukkan dalam peti ais. Sejuk giler2. Tekak plak rasa loya. Ish.. apa dah jadi ngan aku?

-jumaat yg sangat tension sebab tak dapat internet connection dalam bilik.

-jumaat yg sedikit happy bila sorang cik tu ajak aku kuar. Eh jap… aku ke dia yg ajak kuar ? heh..

-jumaat yg merupakan hari exercise sedunia bila aku dan cik itu terpaksa berjalan kaki di tengah panas terik utk sampai ke destinasi. (berjalan kat deretan kedai sebenarnya, takdela panas sangat). Semuanya gara2 kitorang yg tak tau kat mana sepatutnya kitorang patut turun. Aku tak tau plak bas rapid sekarang dah ada 2 laluan utk turunkan penumpang kat prangin. Eh? Ke dah lama diorang buat camtu? huhu..

-jumaat yg sampai ke kemuncaknya bila aku dan cik itu dapat bergelak ketawa sampai tak igt dunia tgk old dog. Heheh.. bukan senang nak tgk aku gelak kuat2 tau….

-jumaat yg melaparkan, sebab hanya dapat makan nasi pada jam 7.15 malam. Nasib baik aku tak pengsan.

-jumaat yg menyedihkan, sebab beberapa org kawan aku takde weekend ni. diorang gi bercuti. Ohh.. ada jugak kawanku yg balik. Tidak ketinggalan, cik rumate yg bercamping sepanjang weekend ni.

Dan sekarang, aku keseorangan dalam bilik. Menci tau duk bilik sorang2..

13 January 2010

huk..huk..huk..

uhuk..uhuk..uhuk..
ok...ala2 ngade2 sket gaya batuk aku
huuhuhu..
sakit tekak owh....
cuaca kering agaknya yg buat diriku jadi begini
haish..

10 January 2010

penat-enjoy-puas

Bismillahirrahmanirrahim….

Harini ahad. Cepat je weekend berlalu. Actually dalam seminggu ni che lapis sangat la tertekan. Takdela tertekan sebab bnyk masalah. Cuma ada satu bnda yg mengganggu fikiran che lapis sepanjang minggu lalu. Dan kebiasaan che lapis, kalau rasa2 cam tertekan, mesti nak kuar. Tak kisah la kuar g mana pun. So niat ati nak la ajak sesape kawan2 kuar semalam. Tgk movie ke, window shopping ke.. heheh. Tapi tu suma niat jela. Sebab ada something yg berlaku semalam. Apa yg berlaku? Hehe.. semalam kawan2 che lapis ajak g trekking kat tmn Negara. Huhuh. Ala…. Gi pantai kerachut tu je. Ni suma konon2nya sbg persiapan utk ekspidisi yg akan datang. Haha… tapi not bad la prestasi kitorang semalam. Amik masa sejam utk sampai ke pantai, and cuma 40 minit je utk balik.

Mulanya aku plan nak jogging kat tasik tu je, ngan fiza. Cam yg biasa aku buat time aku tensen tu. but then encik hanis plak mengajak kitorang ke tmn Negara. Maka sampai la kami berempat (masuk sorang lg kwn encik hanis) ke tmn Negara tersebut. Macam biasa la.. aku bkn reti nak warm up segala bagai nih (diorang pun sama je). Tapi sebelum dtg tu aku ngan fza da jogging dah. so boleh dikira warm la kan? (giler.warm up sejam awal.huh). hurm.. sape2 yg pernah melalui trek utk ke pantai kerachut ni mesti tau macam mana laluan dia. sekejap landai, sekejap cerun. Haish.. tapi better la kot daripada bukit jambul. Tapi semalam kitorang ada terserempak sngan satu grup tourist nih. ada sorang perempuan tu boleh jalan ngan pakai skirt+high heels! Haiyoh… aku yg berseluar lengkap ngan kasut ni pun rasa cam seksa je nak berjalan naik tangga suma tuh. Macam mana la dia boleh naik tangga2 yg bnyk tu dgn bertumit tinggi. Fuhh… memang salute la….

Apapun, sampai je pantai tu, hilang rasa penat. Sangat seronok. Saya sangat sukakan pantai. ^^,

Ada satu bnda yg aku baru tau semalam. Rupanya kat sana ada satu tempat namanya tasik meromiktik (kalau salah eja, sori..) tasik ni terbentuk hanya pada bulan april-mei dan oktober-november. So masa kitorang pegi semalam, tasik tu kering kontang la. Tasik ni terbentuk apabila ombak kuat memecahkan benteng pasir kat pantai, then membawa air masuk ke kawasan tasik. Air laut ni plak akan bercampur dgn air yg turun dari kawasan bukit ke arah tasik tu. hasilnya, akan terdapat la dua lapisan air dalam tasik tu. yg mana air yg berketumpatan rendah berada di atas, manakala yg berketumpatan tinggi berada di bawah. Subhanallah…. Memang tak salah la pepatah melayu yg mengatakan 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Dan kejadian tasik ni bukan boleh didapati di mana2. Di Malaysia, hanya pantai kerachut shj yg mempunyai fenomena ni. dan terdapat 19 tempat kesemuanya di seluruh dunia yg mengalami fenomena tasik meromiktik nih.

Hurmm.. apapun, aku sangat enjoy. Penat tu toksah cakap la. Balik tu aku tido sampai tak igt dunia. Nak tercabut je rasanya sendi2 kat badan nih. huuu…. tapi penat macam mana pun, aku tetap puas hati. Dpt buat xtvt yg aku suka. Dapat kuarkan peluh. Dpt bermesra dgn alam. Dan kata encik itu, 'mungkin lepas ni kita boleh cuba mendaki bukit bendera plak'. Erk….??

07 January 2010

mari mari belajar

Bismillahirrahmanirrahim….

Heheh… Harini che lapis nak share apa yg che lapis blaja dlm kls akp 202 tadi. (operational behavior)

Actually bnyk bnda yg diajar tadi, tapi che lapis tertarik dgn salah satu point yg diajar tadi. withdrawal behavior. Benda ni adalah tak elok utk diamalkan ye.. Withdrawal behavior ni terbahagi kpd 2 bhgn: psychological and physical withdrawal. Psychological withdrawal terdiri drpd 'daydreaming', 'socializing', 'looking busy', 'moonlighting', and 'cyberloafing'. Physical withdrawal plak terdiri drpd 'tardiness', 'long breaks', 'missing meeting', 'absenteeism', and 'quitting'.

This withdrawal behavior jugak relate ngan life kita as a student. Heheh. Tak caye? Jom check satu2.

Psychological Withdrawal: consists of actions that provide a mental escape from the work environment.

  1. Daydreaming- when an employee appears to be working but is actually distracted by random thoughts or concerns. (dlm bhsa mudahnya, berangan).
  2. Socializing- verbal chatting about non-work topics that goes on in cubicle and offices or at the mailbox or at the vending machines. (pantang nmpk orang, mesti dia nak tegur.tak kira sape.konon2 nak beramah mesra la.tapi at the end, satu keje pun tak jadi apa).
  3. Looking busy- an intentional desire on the part of the employee to look like he/she is working. (purak2 sibuk walhal dia takdela buat keje apa pun).
  4. Moonlighting- use work time & resources to complete something other then their job duties. (yg ni aku slalu buat. Contoh, stdy microprocessor dlm kelas bi.ngee..)
  5. Cyberloafing- using internet, e-mail, and IM access for their personal enjoyment rather than work duties. (lctrr tu cakap tadi, guna kemudahan internet yg disediakan oleh pihak uni utk tujuan hiburan pun tak boleh jugak.huhu..aku lagi la tu.)

Physical withdrawal: consist of actions that provide physical escape, whether for short or long term, from the work environment.

  1. Tardiness- tendency to arrive at work late (or leave work early.) kalau diaplikasikan dlm kehidupan pelajar, ia akn jadi tendency to come late to class or leave class early. err… aku penah buat ke bnda ni? hurmmmm….
  2. Long breaks- have longer-than-normal breaks time. (utk student, kesnya jadi-menambah2 masa cuti lebih lama dari yg sepatutnya. Heheh.. aku slalu je buat bnda ni. kui3..)
  3. Missing meeting- escape from meeting held during work.
  4. Absenteeism- employees miss an entire day of work. (kalau student-skip kelas la.well… yg ni pun aku biasa buat sebenarnya. Hik33…)
  5. Quitting- voluntarily leaving the organization.


Itu antara points yg menarik dlm kelas tadi sebab bnyk yg terkena kat batang idung sendiri. huk33…. Anda pula bagaimana? ^^,







*maklumat adalah diambil drpd buku organizational behavior-essential for improving performance and commitment by Colquitt/ LePine/ Wesson, terbitan McGraw-Hill.

02 January 2010

yay!! rumateku da pulang.. ^^,




itu saja.

01 January 2010

…..

Bismillahirrahmanirrahim….

Eh? Da nak masuk 2010. Tak sedar plak. Hurmm… minggu ni memang aku agak terlupa sket tarikh2 nih. almaklumla.. masuk sem baru aka sem akhir ni, bnyk bnda nak kna buat. bday kakak aku hari tu pun aku wish hari selasa, lambat sehari. Ni gara2 tersilap tarikh la ni. ngee….

Hurmm.. tahun baru. Tadi aku baca kosmo. Ada list acara yg akan diadakan malam di beberapa tempat di negeri2 kat Malaysia. Kebanyakannya adalah berkonsepkan konsert dan yg sewaktu dgnnya. N9 je yg buat majlis yasin kat masjid negeri, ngan Terengganu – forum perdana. Tempat lain yg tak dinyatakan tu aku tatau la. Mungkin ada jugak sambutan yg halal sempena tahun baru ni, Alhamdulillah la macam tu.

Aku pun pelik sebenarnya, kenapa perlu ada sambutan secara bersuka ria @ happy2 @ riang gumbira dan yg sewaktu dengannya di ambang tahun baru? Sebab aku fikir, dengan bermulanya tahun baru maka bertambah la setahun umur kita. Kalau dulu 10 tahun, masuk tahun baru da jd 11 tahun. Kalau ikut kes aku plak, dulu 21, masuk tahun baru ni plak bertambah la umur aku kpd 22 thn. Rasa mcm baru semalam masuk umur 21. Sedar2 lagi beberapa bln da nak bertambah lg umur aku. hurmm… dan bila umur makin bertambah, tanggungjawab makin bertambah la. Ye tak? jadi pada aku, tahun baru tak payah la dsambut dgn riang gumbira ke apa. Sebab kita kena sedar yg kita dah meninggalkan banyak masa di belakang. Dan masa yg kita tinggalkan tu plak adakah benar2 terisi dgn perkara2 yg sepatutnya? Tepuk dada, tanya la hati, jantung, dan paru2.

Owhh… dan lagi satu perkara berkenaan tahun baru 2010 ni. gerhana bulan separa. Dijangka berlaku sekitar pukul 1.17 hingga 5.28 pagi. Gerhana bulan ni selalunya jadi waktu bulan purnama. Dan kalau kita lihat ke atas langit, (kalau tak ujan la..) memang akan nampak bulan bersinar penuh. (aku cukup suka tgk bulan penuh ni. tatau la nape). waktu kemuncak gerhana malam ni adalah pada jam 3.42 pagi. Jadi kpd sesape yg mampu menahan mata, (aku terkecuali kot.dah ngantuk giler da ni) boleh la menunggu kejadian gerhana yg sangat2 jarang berlaku ni.

Hurmmm…. Apapun…….


..SELAMAT TAHUN BARU 2010..


Dari che lapis.. ^^,