RSS

25 November 2009

cantik di hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Hurm.. che lapis ada baca satu artikel nih. rasanya ni baru 1st time che lapis jumpa artikel camni. Tetibe terasa la nak share ngan kawan2 yg membaca blog ini. Suma orang nak cantik kan? Macam2 la yang orang sanggup buat, semata2 nak cantik secara lahiriahnya. Tapi apa yang kita buat supaya kita cantik secara dalaman? Ha… yang tu la yang che lapis nak share kat sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  1. Agar wajahmu ceria selalu berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan terus dikeringkan, tetapi biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah s.w.t dengan zikir dan doa.
  3. Untuk pelembap, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir, tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci; "Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlakku."
  4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan tidak menyombong diri / takbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur adalah dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat, elok berpuasa selang sehari. Makanlah makanan yang halal, banyakkan mengambil sayuran, buah-buahan dan air putih.
  6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.


 

~~~~~~~~~~~~~~~

*artikel adalah diambil dari majalah mingguan wanita edisi 17-23 julai 2009.

0 tukang lapis lain: