RSS

12 September 2009

..lailatul qadar..

Bismillahirrahmanirrahim….

Memasuki 10 mlm terakhir ramadhan, hati terasa sayu. Sangat sayu. Doa dipanjat memohon agar diketemukan lagi ramadhan di tahun2 seterusnya. Amin..


10 malam terakhir ramadhan, antara malam yg ditunggu2 semua umat islam. Masa ni juga, macam2 perkara boleh kita tgk. Time nilah golongan wanita menyibukkan diri dengan segala persiapan. Nak buat kuih, nak jahit langsir, nak kemas umah, nak susun perabot, dan macam2 lagi. Maklumlah, nak buat waktu siang tak boleh. Tak larat nak tenung jarum jahit lama2. Tak mampu nak keluarkan idea utk organize perabot. Tak boleh nak rasa biskut yg dibuat tu sedap ke tidak. Heh. Aku perempuan, aku pun tau la suma2 nih. Zaman2 kegelapan aku dulu aku pun buat gak bnda nih. Alhamdulillah, agak bersinar sekarang.


Masa nilah juga saf2 di masjid dan surau mula bergerak ke hadapan. Maksudnya makin menyusut la tuh. Masing2 dah sibuk memborong kelengkapan raya. Masa ni la nak cari baju, kasut, balang kuih raya, bla..bla..bla…. Kalau minggu pertama ramadhan, jemaah melimpah ruah. Kalau tak sempat nak terawih mlm pertama ramadhan dulu, rasa macam menyesal sangat. Tapi bila tak dapat terawih mlm2 terakhir ramadhan ni, takde plak nak meyesal.


Tapi tak semua umat manusia berperangai macam nih. Masih ada yg sedar diri, yg sedar bahawa dia mungkin tak sempat menikmati ramadhan pada tahun akan datang.

Teringat suatu masa dulu. Time ni masih dalam umur belasan tahun, dan tinggal di asrama. Kata orang, pada malam istimewa tu pokok turut sujud menyembah bumi. Malam juga dikatakan berkeadaan tenang. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kepada insan2 terpilih, mereka dapat merasakan kelainan malam seribu bulan nih. Dan aku, dek kerana terlalu obsess dengan kata2 orang, menunggu dengan penuh harapan malam istimewa itu. Malangnya, aku hanya menunggu dengan sekadar melihat pepohon di kawasan luar asrama, sama ada sujud atau tidak. Ohh…. Bagaimanalah pemikiranku di kala itu. Malu terhadap diri sendiri. Dan aku terus menunggu tanpa ada inisiatif melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan.


Kisah diteruskan lagi. Hampir setiap malam aku dan rakan2 (maknanya bukan aku sorang yg berfikiran camni), melakukan aktiviti ini. Menunggu lailatul qadar sambil berborak2 dan meratah maggi kari.

Kesedaran sebenar mula timbul di satu pagi yg baru nak masuk pagi. Apabila kawan merangkap rumateku meminta supaya aku mengejutkannya dari tidur (dia tdo atas katil aku coz dia tau aku tak tdo malam tu). katanya, suruh aku kejut dia pada ketika waktu sahur menjengah (kitorang sahur kat dewan makan). Dan aku pun meneruskan aktiviti malamku-melepak di bilik sebelah sambil makan maggi dan roti disertakan dengan minuman panas-mencari lailatul qadar.


Nak dijadikan cerita, tepat jam 4.30 pagi aku pun beransur pulang ke bilik aku untuk mengejutkan rakanku tadi. dengan sekali tepukan pada bahu, dia terus terjaga. Yg peliknya, dia terjaga dan cepat2 meminta maaf. Aku jadi hairan. Apasal plak nak minta2 maaf nih? Katanya, sebelum tu-pukul 4 pagi- aku dah kejutkan dia, dan dia berjanji utk tdur barang seminit dua lagi. Aku jadi terkejut mendengar kenyataan yg keluar dari mulut dia. Katanya lagi, waktu itu aku berada di katil sebelah (katil junior aku), sedang duduk, dan memakai t-shirt biru-sama seperti yang aku sedang pakai waktu tu.


Lemah sendi2ku tatkala mendengar cerita itu. Minda seolah2 bertanya: patut atau tidak aku percaya? Dia malah bersungguh2 menyatakan bahawa dia tidak bermimpi atau berhalusinasi. Malah dia siap mendemo cara aku duduk, dan mengejutkannya. Apabila ditanya kpd teman2 sebilik, tiada siapa yg duduk di katil tersebut pada jam 4 pagi krn masing2 sedang lena dibuai mimpi.

Bermula hari itu, aku mula sedar. Niat mencari malam seribu bulan itu telah disalah ertikan. Aku sudah punya peluang, namun aku sia2kan peluang tu. Syukur Ya Allah, kerana menyedarkan daku. alhamdulilah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::macam ni ke rupa pokok sujud yg aku nak tgk sangat tu?::



*ayat aku agak skema kali ni. Entri pun sgt pjg.

**siapa yg mengejutkan rakanku itu? Sampai sekarang tidak diketahui identitinya.

***al-fatihah buat nenek kepada rakanku di kampung yg baru meninggal pagi tadi.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..

2 tukang lapis lain:

Unknown said...

pokok itu unik ;)

cik kiah said...

:) tapi tak penah lagi berpeluang nak tgk pokok camtu depan mata.huk2.