RSS

13 September 2009

tak suka

Aku kadang2 pelik + hairan sgt2 dgn kerenah kaum lelaki ni. Kenapa diorang susah sangat nak percaya kaum wanita macam aku ni? Apa diorang anti wanita ke? Kalau anti wanita, apa gunanya diorang nak bina hubungan antara lelaki dan wanita?


Pada pandangan aku, sesuatu hubungan tu mestilah kna ada kejujuran dan saling percaya. Berdasarkan pengalaman aku- pengalaman sendiri dan kisah rakan2 yg kecewa, banyak dah peristiwa yg aku lalui, melibatkan golongan lelaki yg susah nak percaya pada gf diorang. Kenapa? Kenapa kaum lelaki ni boleh menetapkan syarat yg dia tak suka kalau gf dia berkawan rapat dgn lelaki lain? adakah persahabatan diorang tu akan menjejaskan hubungan percintaan yg dibina tu? Tolongla. Memang dah ditetapkan sorang perempuan kuota dia hanya utk sorang laki. Bukan boleh nak berpoligami macam kaum lelaki. Jadi kpd lelaki, jgn la kongkong sangat gf anda. Jika anda boleh berkawan dgn mana2 perempuan, takkan la gf anda tak boleh nak berkawan dgn mana2 laki? Tolong la beri sedikit kebebasan kpd kami. Mungkin sahabat lelaki kpd gf anda tu memang sorang shbt yg rapat sejak sblm dia menemui anda. So bila anda meletakkan syarat seperti itu, gf anda akan secara terpaksa menjauhkan diri dari sahabatnya sendiri. Tak baik woo memutuskan persahabatan. Adakah itu boleh dikira sbg memutuskan silaturrahim? Aku tak tau. Aku tak arif sgt bab ni.


Tolong la, kalau anda benar2 tak suka gf anda rapat dgn mana2 laki, sila pastikan diri anda juga tidak rapat dgn mana2 perempuan. Kalau anda tak mampu berbuat begitu, jgn sekali2 meletakkan syarat bahawa gf anda tak boleh sama sekali berkawan dgn sahabat lelaki. Jika gf anda boleh mempercayai anda, mengapa anda tidak boleh mempercayai dia? Berlaku jujurlah. Jgn jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


Dan lagi satu, tak perlulah anda nak memberi ultimatum kpd gf anda. Seperti; "awak kena pilih, either nak terus bersama saya atau nak pergi pada kawan awak tu." Atau; "kalau sekali lagi saya tau awak kawan lagi dgn dia, kita putus." Eh.. tolong la berfikiran matang. Apa anda tak penah ada kawan perempuan ke? Sekali lagi aku nak tekankan, sila lah percayakan gf anda. Tak rugi pun. Jika benar gf anda mengatakan dia sayangkan anda, percaya pada dia. Dan jika dia mengatakan dia percayakan anda, anda seharusnya berbuat perkara yg sama kpd dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*ada sorang hamba Allah ni yg menyebabkan aku terasa nak tulis bnda nih.

**aku tak tau nak letak tajuk apa utk entry ni.huhuhu..

***tinggal 5 hari lagi utk aku pulang beraya. (tetibe je..hik33..)

0 tukang lapis lain: