RSS

29 September 2009

terlewatkah??

Bismilahirrahmanirrahim….


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Huk33. Lambat plak che lapis wish hr raye. Takpe2. harini baru hari ke 10 syawal. Raya sebulan kan? Huhu…. Bukan apa, kebanyakan blog yg aku baca suma cte kesah raya diorang. Aku? tak sempat nak tulis. Sangat sibuk. Huhuk…. Apapun, raya tahun ni sangat la meriah dan memenatkan. Haiyoohhhh.. kan haritu aku da cakap nak raya sakan tahun ni. Kan? Kan? Hihik.


Seperti yg aku ckp aritu. Aku blk umah hari sabtu. Sampai umah dah pukul 2.30pm, sempat semayang jap, terus kena wat ketupat. *ketupat palas je.aku tak pandai buat ketupat nasik nih.* malam tu plak siap2 masak2 utk raya esoknya. Isi kuih dalam balang, rasa kuih2, tahan telinga bila dgr bunyik mercun yg berdentum2 macam bunyi Hiroshima kena bom. Huk33..


Raya pertama. Pagi tu, siap2 utk org2 baraan datang. Baraan tu apa? Baraan tu yg org laki2 dtg umah tu, diorang bertakbir dari umah ke umah. Seronok…. Masa ni la nak suh kanak2 kecik yg tak cukup umur tu utk ikut ayah masing2. Biar jgn ada bdk kecik pun kat umah masa ni. Sebab kitorang yg perempuan ni sibuk nak siapkan makanan utk jamu org laki2 tu nanti. Ptg tu la baru kitorang yg pmpn ni boleh beraya ke umah jiran2.


Raya kedua, pagi tu bertolak utk blk kampung nun di perak sana. Tdo 1 malam je kat sana. Selasa tu balik Pahang semula. Blk2 umah, kakak aku dah sampai rupanya….


Raya keempat, seharian duk kat umah. Melayan anak2 buah seramai 7 org. ye, saya ada ramai anak. Sila percaya kat saya. Tgh hari, kawan skolah aku dtg. Bnyak bnda nak dibualkan. Thnx sahabat, kerana sudi meluangkan masa utk lari dari umah sedara kamu, n datang umah aku. hihihi….


Raya kelima, paksu dari klang datang. Abang aku nak balik rawang hr tu. Coz dia keje ari jumaat. Pagi tu, kitorang sibuk sediakan laksa khas yg diorang tempah. Acik aku la yg beria2 sgt suh kitorang wat laksa utk dia. Kitorang pun buatkan jela. Tapi aku tukang tgk je. My kakak ipar yg masak. Hihik. Sronok betul aku kalau dia balik umah. Dia sangat rajin memasak. Bak kata kakak aku, 'untung ada kakak ipar yg rajin masak nih.boleh rehat2 sket.' So, kpd sesiapa yg punya abang tu, sila pastikan abang anda memilih calon kakak ipar yg pandai memasak, supaya senang keje korang nanti. Hahaha…. Jahat kan aku? *wink* yg bestnye bila paksu aku datang ni, umah aku dah takde rupa umah lagi dah. Bersepah. Haiyooo…. Mana taknye. Anak buah aku je dah 7 orang. To be fair, 6 org je coz baby tu baru 3 bulan. Takleh main2 lagi. Then campur plak ngan sepupu aku-anak paksu- 2 org. bayangkan jela bila 8 org kanak2 berusia dalam lingkungan 2-6 tahun berlari2 dalam umah. Hadoi…. Pening kpla aku.


Raya keenam, paksu nak blk klang. Coz acik aku keje kul 3 ptg tu. Hoho. My abang sulung plak nak blk kul 10 pg. so rumah kitorang sunyi la sket dari keriuhan. Yela, dah hero2 takde. Tinggal heroin2 je kat umah. Petang plak, aku n mak pegi merewang umah makcik sebelah. Ha? Bukan merewang yg itu la!! Maksud aku, pegi tolong utk kenduri. Kawan aku nak tunang. Malam plak, mak buatkan ketupat pulut utk anak2 perempuan dia yg tringin nak mkn ketupat palas. Hoho…. *ni ketupat sesi kedua. sesi pertama tu dah habis. huhu.* Ha…. Yang ni aku tak tolong. Pasal mlm tu tetibe je aku rasa cam nak demam. Badan rasa lain. tekak dah mula sakit. Dan aku tak sedar bile masa aku tertido. Sedar2 je dah kul 5 pagi, n aku pun bangun semayang isyak. Huhuk.. teruk betul.


Raya ketujuh, pagi tu aku bgn lambat. Kepala memang dah berpusing macam gasing yg pakcik2 duk main kat Kelantan tuh. Sakit wooo….tapi gagahkan jugak la diri utk bangun. Tgh hari tu bersiap, pegi umah kawan. Bawak la kanak2 2 orang nih. Huhuk. Macam mak org je rasa. Dah turun saham aku kat situ. Hahak… gatal.


Raya kelapan, aku dah terbaring takleh bangun – demam. Huhuk…. Bak kata kakak aku, 'anak2 ko yg balik suma hebat2, mana la ko tak demam.' Hohoho…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*walaupun saya dah 21 thn, tapi saya still dpt duit raya. sila jgn jeles ye encik mus. hihi....

**saya br sampai pulang mlm tadi. lama kan saya cuti? ^^,

***siap sedia utk menghadapi test2 yg berlambak2. huhuk. jgn jadikan demam sbg alasan utk takmo study ye wahai che lapis..

2 tukang lapis lain:

Unknown said...

sy pon masih dapat duit raya..hehe..
btw,slamat ari raya ;)

cik kiah said...

haha...kita masih muda.harus la dpt duit raya.kan3? hik2..slmt hr raya.. ^^,