RSS

26 October 2009

exam fever



Hurm… memandangkan sekarang ni musim exam, *usm mula 2 nov* so che lapis dengan ini ingin menyusun 10 jari kaki + 10 jari tgn kpd kawan2, mohon maaf kalau selama ni ada salah silap *memang ada punya…saya bukan insan maksum yg takde dosa*. Nak exam ni, hati kena bersih. Takut nanti ilmu yg diterima selama ni tak berkat dek kerana kekotoran hati. Halalkan suma ilmu yg kwn2 dah bagi kat saya tu ye..


Teringat masa zaman sekolah dulu2. Tiap kali nak menempuhi exam yg besar2 macam upsr, pmr ngan spm, pihak sekolah akan buat satu majlis. Nama dia Ijazatul Ilmi. Rasanya setiap skolah buat bnda nih. myb nama je berbeza. Oleh sebab ketiga2 peperiksaan besar ni che lapis amik di sekolah yg sama, maka 3 kali la che lapis mengikuti majlis tu. Actually Ijazatul Ilmi ni merupakan satu majlis di mana guru2 dan anak murid berkumpul dan saling memohon maaf. Al maklumlah, kami kan murid yg nakal. Hihi.. Masa ni jugak student akan mintak supaya cikgu2 halalkan segala ilmu yg dah diberi kat kitorang. Mintak keberkatan.. sekarang memang takde la nak buat majlis camni kat uni, tapi antara inisiatif lain, kita boleh mintak maaf kat lecturer kita, tutor kita, lab assistant, suma la. Mintak halalkan suma ilmu yg dah diberi. Err.. Actually sem ni baru che lapis teringat pasal ijazatul ilmi nih. Sem2 lepas takde plak teringat bnda nih. huhu..

Urmm… tatau mau tulis apa lagi. Marilah kita sama2 berusaha utk mencapai yg terbaik dlm exam kali ni. Jgn lupa juga berdoa supaya kita dikurniakan kesihatan yg baik di hari exam supaya dapat menjawab peperiksaan dgn tenang dan selesa. Ameen…. [^_^]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*sejak beberapa bulan lepas bilik aku berbau naftalena. Sumanya gara2 rumate aku yg menyiapkan tugasan bio dia-mengumpul 40 jenis serangga. Oleh sebab baunya yg agak kurang menyenangkan, maka hari2 gak la aku sembur bilik aku biar kasik wangi sket. Tapi suma ni berakhir bila dia menghantar tugasan tu harini. ^^,

0 tukang lapis lain: