RSS

03 October 2009

perempuan cepat perasan???

Hahaha…. Tajuk memang takleh blah. Err.. betul ke statement tuh? Mungkin kalau diajukan kata2 ni kpd kaum wanita, ada yang melenting. huish… mana taknye, kata2 tu seolah2 membawa maksud negative kpd kaum wanita. Contohnya macam 'perasan cantik', 'perasan bagus', 'perasan cun', 'perasan ada org suka kat dia', dan macam2 'perasan' lagi. Aku pun kalau ada org duk kata aku macam tu, mau panas gak kot satu badan. Uhuh.

Sebenarnya semalam aku pegi satu kuliah ni. Kuliah siswi nama dia. Khas utk kaum hawa shj, sebab kuliah ni dibuat tyme org2 laki pegi solat jumaat. So kalau ada kaum adam yg tersesat dlm kuliah tu, tau2 jela….

Actually bnyk input yg ustazah tu kasik semalam. Tapi aku nak share sket la dulu. Nnt bile2 insyaAllah aku share lagi (tu pun kalau rajin). Antara yg aku igt semalam bila ustzh tu ckp perempuan ni cepat perasan. Kata ustzh tu, memang pun perempuan ni cepat perasan. Sebab apa? Itu tandanya perempuan ni prihatin. Contohnya, perempuan ni kalau nmpk kawan2 dia muram sket je, dia akan cepat perasan perubahan kawan dia tu. And dia akan seboleh2nya nak tau masalah kawan tu. Ha.. tu la tandanya perempuan ni amik berat dgn hal sekeliling. Kalau dilihat pada mak2 kita plak, pernah tak satu masa tu kawan2 ada masalah, tapi seboleh2 nak sorok probs tu dari mak? Then tetibe je mak dtg tegur, 'mak nampak along ni lain macam je hari ni. Macam ada masalah. Along ada masalah ye? Meh la share ngan mak. Mana tau mak boleh tlg.' Ha… mesti penah kan? Mak sentiasa perasan tingkah laku kita. Sorok macam mana pun, mesti dia dapat tau punya. naluri dia dapat detect sumthing wrong kat kita. Tetibe je, zapppp!! Terdetik dalam hati dia yg anak dia ada masalah. Tu la tandanya mak tu prihatin. Dan seorang yg dipanggil emak tu laki ke perempuan? Ye.. mana ada ibu berjantina lelaki ye kawan2..

Kalau ada laki yg baca tulisan aku ni, mesti ada yg tak puas ati. Mesti ada yg akan cakap, 'eh..laki pun prihatin jugak!!' iye, aku tak cakap plak laki ni tak prihatin. Tapi mungkin kadar keprihatinan tu kurang kot. Buktinya, aku penah ada sorang kawan laki, dia tak penah tau pun jadual kelas rumate dia. Aiyok… duk sebilik dah 1 sem, mcm mana blh tak tau? Ha… tu tandanya laki ni kurang prihatin. Lagi satu, kita amik contoh kalau sorang suami nak belikan brg utk isteri dan anak2 dia. Contoh nak beli baju la.. korang prasan tak, slalunya kalau ayah tu pilih sorang2, jarang pilihan dia tu menepati citarasa isteri dan anak2. Tak kena saiz la, tak tau kaler apa yg sesuai, mcm2 la. *err..sila jgn bnyk komen kalau parents belikan apaper.terima dgn hati yg ikhlas okey..* tapi kalau mak yg pilih, dia dah tau apa yg sesuai ngan anak n suami dia. Kaler tu sesuai je bila dipakai. Saiz pun elok2 je muat2 kat badan. Hurmm. kenapa boleh jadi mcm tu? Sebab perempuan ni cepat perasan.

Err.. kaum lelaki, sila jgn anggap saya nak memenangkan kaum wanita.tidak sama sekali.saya sekadar ingin berkongsi.So, marilah kita sama2 prihatin dengan persekitaran kita. Bukan aku nak suruh jaga tepi kain org. tidak le macam tu. Cuma mengingatkan supaya kita saling mengambil berat antara satu sama lain je. Kata 1 Malaysia… macam mana nak jd satu kalau kita tak prihatin dgn keadaan sekitar? Tak gitu? ^^,

0 tukang lapis lain: