RSS

19 October 2009

aku teringat waktu kecil dahulu,hidup di dalam suasana kampung.....

bismillahirrahmanirahim..

huhuii....awal pagi aku menaip.hik33..jz nak cite, hari sabtu haritu aku blk umah abang, ada kenduri.buat tahlil and doa selamat sket.malam tadi baru blk.huhuii...penat2..

kenduri cam biasa la, ramai orang datang, makan sedap2..tapi aku taknak cite yg tu. aku cuma teringat pasal keseronokan aktiviti tolong menolong aka merewang *kalau ikut bahasa tempat aku* yg bezanya kat tempat aku, rewang ni selalunya dihadiri oleh jiran2 sekampung. tapi kat umah abang aku semalam, aktiviti merewang dijalankan oleh sedara mara sendiri. takpela, sedara mara dekat. kalau cam aku kat phg, sedara mara aku jauh. huk33. apapun, jiran2 kat umah memang best. walaupun takde pertalian darah sekalipun, kitorang tetap rapat macam sedara sendiri. masih boleh makan dalam talam yg sama, masih boleh keluar masuk umah jiran2 dgn bebas *dgn syarat mendapat keizinan utk masuk.nak mampus masuk umah org tanpa izin?*, bebas berkongsi masalah dgn jiran2, *hanya jiran yg memahami sahaja*, dan macam2 bebas lagi la.

teringat ada kawan aku bertanya, 'ko boleh tido umah jiran ko?jiran ko tu sedara ko gak ke? rapat giler ah korang sesama jiran2..' korang pelik ke? aku tak rasa pelik pun. aku dibesarkan dgn suasana macam ni. dikelilingi org2 yg mengambil berat dan memahami antara satu sama lain. tapi yg aku pelik, kenapa budaya tu semakin terhakis sekarang. sekarang, terutamanya kat bandar2 besar, mungkin ada org yg tak kenal jiran masing2. toksah cakap jauh2 la, aku sendiri pun bukan kenal sgt jiran2 sebelah bilik aku nih. yg aku kenal cuma salah sorang penghuni bilik depan aku ni. itu pun sebab aku memang kenal dia dah lama. ye, salah aku sebab taknak merapatkan ukhwah. kadang2 aku terfikir cara nak rapatkan ukhwah ngan diorang. tapi tak pernah kesampaian. hurmm.... harap2 lepas ni ada improvement ye wahai che lapis. dah nak abes sem ni. kalau sem depan masih duk di bilik yg sama, insyaAllah, akan ku perbaiki hubungan ni.

err... aku rasa aku dah melalut jauh nih. sebenarnya aku tak tau pun apa motif sebenar aku tulis bnda nih. haha.. agak2 kalau hantar kat cikgu bahasa melayu dpt berapa markah karangan aku yg tak seberapa nih?hihi..... udah2.. mau solat. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~

*tajuk entri adalah merupakan lirik lagu senario-hatiku di kampung. layan gak lagu tuh.heheh..

0 tukang lapis lain: