RSS

08 September 2009

puasa..atau tak?

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, harini merupakan hari ke 18 puasa. Setakat ni aku takde ponteng memonteng lagik. Masih full… alhamdulillah. Hurmm… nak tulis apa ek? Dah 2 hari tak mengupdate blog, so mula la rasa cam tatau nak tulis apa kat sini. Huk3..


Seperti yg aku tulis sebelum ni, aku blk umah hari sabtu arituh. Umah abang je, bukan umah mak aku pun. Huk3. *takpe, bersyukur masih punya saudara mara di sini*. So, sepanjang perjalanan pulang tuh, aku berpeluang menyaksikan adegan2 yg tak ingin aku lihat sepanjang bulan ramadhan yg mulia nih. *taknak lihat tapi aku tengok jugak.haish…* apakah adegan2 tersebut?? Yea….. tak lain dan tak bukan adalah adegan insan2 yg dah cukup umur, tapi masih malas nak puasa. Haisyooo…. Aku pun heran la. Apa masalahnya sampai takmo puasa nih? Bukan lama pun. Sebulan je. Huh. Yg paling aku tensen bila tgk mamat2 tu ialah diorang boleh selamba landak je beli nasi bungkus kat kedai mamak! Yg tak bley blah tu, diorang masuk kedai ngan helmet kat kepala. Kunun cover baeekkkk punya la tuh. Eh, helllloooooo….. korang igt org lain tak bley nampak muka melayu-islam korang tuh? Plz la. Pastu tau plak nak kuar cepat2, naik moto cepat2- takut penguatkuasa agama nampak. Heh. Dia igt tuhan tak nmpk agaknya. Haish.. anak sedara aku yg umur 6 tahun tu pun tau puasa penuh *dengan syarat abah dia kasik laptop sebijik kalau dia puasa penuh sebulan.huk3..* aku pun tak tau la apa nak jadik ngan manusia2 zaman skarang nih. Tu belum lagi kes yg abg aku cite kat tempat keje dia. Haih….. masalah2….


Huhuiii…. Agak meluap2 kemarahan aku. okey2. Sabar che lapis.. kawal nafsu marah tuh.


Before aku stop, teringin nak tulis something;

"…barangsiapa yang bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2…"
(at-thalaq: 2-3)

0 tukang lapis lain: