RSS
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

13 May 2010

hari pertama

Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, semalam (rabu,12 may 2010) saya selamat sampai ke nibong tebal (engineering campus usm). Dan berjaya menghabiskan sehari program di sini dgn jayanya. Fuhhh… Che lapis, anda ada masa hampir sebulan lagi masa kat sini. Boleh tahan ke? dah la kat sini macam sunyi tak berorang. Takde tempat nak kuar2 plak tu. rutin harian kat sini, bgn pagi, pegi kelas sampai ptg, blk, study sket, tdo. Kalau cuti plak, bgn pagi, mandi-solat-makan-tdo sampai ke malam. Haish…. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk menghadapi hari2 mendatang. Aminnn… [@_@']


Tadi bukak fb n blog kengkawan, dah ramai yg selamat sampai ke rumah. Kecuali cik daina yg baru abes viva voce siang tadi. tahniah…. Selamat menyertai kami, bekas pelajar usm sesi 2007-2010. Hik3…

Tatau la nak cte apa. Tapi nak menulis. Actually baru pas buat tutorial. Sedih kan? Orang lain abes blaja blh duk umah, tapi che lapis abes blaja sibuk lg masuk kelas buat tutorial segala bagai. Huhu.. takpela, ikhlaskan hati wahai che lapis. Ko ni bnyk merungut la. Haish… Hari ni kelas pertama, blaja pasal litografi. Che lapis dah penah blaja pasal ni masa sem akhir kat usm. Ni kira ulangkaji la. Tapi ada gak bnda2 baru yg che lapis jumpa kat kelas ni. bnda2 yg lecturer tak ajar dlm kelas. Dan satu perkara yg nak diberitahu kat sini, sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sgt2 seronok. Tak rasa mengantuk (ohh tipu.adala ngantuk sket, time masuk kelas after lunch hour.tp tu normal kan? Hihi…). Lagi, saya rasa saya blh faham dgn pengajaran beliau. Harap2 esok2 pun keadaan akan jd seperti ini, atau lebih baik seperti ini. Aminn… ; )

Sudah la. Mau rehat. penat menaip utk 2 entri. hoho..... lagipun mcm dah rasa mengantuk je nih. ptg td hujan lebat. Sampai sekarang terasa lg sejuk. Katak2 pun galak menyanyi2 kat luar tu, panggil hujan agaknya. Err… waktu sekarang blh dikira awal ke utk tdo? Huhu~

terakhir~

10 may 2010, 11.20pm

dapat 1 msg drpd lin, katanya dia jatuh tangga kat restu perempuan. takleh bgn. dalam hati aku rasa pelik. jatuh mcm mana yg sampai takleh bgn tu? jatuh tergolek? jatuh terduduk? jatuh tersungkur? aiyakkkk.... atas dasar kemanusiaan, aku pun bergegas turun mencari mangsa. berlari2 bapak la aku ke arah blok restu perempuan (m02), tgk2 tangga gelap. haish... aku dah cuak. dlm hati membebel gak. apa kejadahnya lin ni buat jatuh kat tempat gelap camni? tapi sampai2 sana, aku tgk dia takde plak kat situ. lantas kaki melangkah laju ke tangga yg menghubungkan m03 dan m01, tgk kalau2 mangsa ada di situ. tapi, takde jugak. last2 aku blk bilik. msg lin, tanya dia kat mana. dia reply, kat tempat mamu jual burger. haihhh..... pastu aku pun turun la ke tempat yg dikatakan tu.

sampai2 je kat sana..........









nampak 'mangsa' duduk elok sambil memegang lighter yg dipinjam daripada abg jual burger kat cafe saujana. di sebelahnya ada sebiji kek siap lilin yg menyala.
owhhhh...... teharu.....

dan atas kek tu tertulis,


*lubang2 tu adalah kesan tusukan lilin.huhu..*




sangat simple, tapi sangat bermakna. ^_^




*betapa cantik dan tersusunnya cara pemotongan kek. tak sia2 aku buat fyp pasal crystal symmetry.hahaha....*

hehehehe...... terharu nih. selepas hampir sebulan bday che lapis, baru ada org nak celebrate. huhu... okey, fokus pada angka 20, 21, dan 22 itu. dlm erti kata lain, kejutan ini adalah utk menyambut bday che lais selama 3 tahun di sini. hohoho.... err.. sila abaikan tulisan yg dah penyek tu. normal lah. =)

to lin, thanx so much. utk kejutan tu, utk hadiah tu, utk semua2 yg lin buat. pasni harap2 kita akan terus jd kawan.

dan esoknya, (selasa, 11 may 2010) che lapis pun pulang ke butterworth (umah abang) dgn ditemani oleh cik lin. dia teman sampai bus stop dpan rst. siap pakej tlg angkat beg skali. hehehe....
*gambar adalah diambil di depan bus stop dpn rst. ye...kat tepi jalan tu.heheh...*


*beg2 saya.huk33...*










dan........ begitulah kisahnya..harap2 dpt jumpa lagi bln 8 ni. ^^,

10 May 2010

selesai...


eh? kenapa tembam sangat smiley nih?saya tak setembam ini.huk3.. *perasan tak tembam.kih3...*


fuhhh........ selesai menghantar tesis yg dah siap dibetulkan. lega (rujukan: muka selepas selesai menghantar tesis adalah seperti gambar di atas). pasni dah takde fikir apa2 yg berkaitan dgn pelajaran. tapi,jujur che lapis katakan. terdetik rasa sedih lepas anta tesis tu. macam tak percaya dah habis tempoh 3 tahun blaja kat sini. tadi berjalan kaki pegi print+fotostat+bind tesis (bas dah takde sekarang, so kena jalan kaki kalau nak pegi mana2), terimbau semula kenangan masa minggu orientasi. huhu.... sedikit sedih. ok. suis sensitif saya telah ter'switch on'. cepat2 'off'kan sekarang. huhu.....

ohh..... ada lagi kawan2 yg belum selelsai viva. kepada cik daina dan ja a, all the best utk anda semua. =)


satu lagi, tahniah kpd penyokong2 chelsea di atas kemenangan pasukan kegemaran anda mlm tadi. ok. saya bkn seorang peminat setia bola sepak. apatah lg penyokong chelsea. tapi nak buat macam mana, encik yg sorang tu penyokong chelsea. so bagi jugak la sokongan utk dia. blh kan macam tu? hik3... =p






* esok nak balik umah abang. rabu mau ke engineering campus.

03 May 2010

kenapa kita perlu ada apa-yg-org-panggil-sebagai 'general knowledge'?

keta sape la kat atas ni. terima kasih encik google kerana sudi mencarikan gambar ini. ada kisah di sebalik kereta besar ini. nak cerita, tapi sekarang che lapis sedang sibuk. sibuk buat apa? tak... bukan buat2 sibuk. memang sibuk pun. sekarang sedang menyiapkan diri utk viva pada hari kamis ini. ohh tipu la. sedang menyibukkan diri menaip di blog, itu yg sebenarnya saya lakukan sekarang. baik. khamis = 6 may 2010, waktu pagi (kalau tarikh tak diubah utk kesekian kalinya) akan diadakan viva fyp kami. apa tu viva? bukan.... bukan kereta keluaran perodua ye sayang. viva voce atau disebut secara informal oleh warga britain dan suku sakat pewaris slang britain sbg viva adalah bermaksud peperiksaan lisan, terutama di universiti. dalam kamus oxford ada menekankan, 'especially in British uni'. ok. stop cerita mengenai maksud viva. saya bukan seorang penterjemah.

dlm konsep che lapis dan rakan2 seperjuangan, ini adalah sesi membentangkan hasil kerja kitorg selama 1 tahun/2 sem. kerja apa? fyp aka final year project. ada sorg kawan kat sebuah uni di selatan semenanjung marah bila dgr che lapis menyebut perkataan fyp ni depan dia. katanya, uni tempat che lapis belajar tak memartabatkan bahasa ibunda. aiyakkkk..... tak patut betul marahkan aku. marah la sama itu pelopor yg mula2 mengetengahkan perkataan tu. huhuh.

okeh2.. lari tajuk. apa kena mengena mercedes di atas dgn entri kali ni? hah. ko suka mengarut che lapis.

hari kamis lepas (29 april 2010) saya menduduki peperiksaan lac100 aka chinese 1. (err...kenapa ayat saya berbunyi seperti budak2 nak mengarang karangan upsr?) ohh..... soalan boleh tahan. masih mampu dijawab. alhamdulillah... tapi ada satu soalan yg meragukan saya.

arahan: please answer the question in Hanyu Pinyin

Q: Na shi Deguo che ma?
(is that a german's car?)

dan jawapan saya: Shi. Na shi Deguo che.
(yes.that is a german's car)




okey. saya bukan seorang yg arif dalam hal2 kereta ni. secara jujurnya, saya tatau pun mercedes tu buatan german. hahaha..... jadi anda pun tahu apa yg saya lakukan pada hari tersebut. hentam. alhamdulillah, hentaman saya tepat ke sasaran. tapi dalam dewan peperiksaan (sehingga sekarang) saya terfikir. kenapa mereka gunaka mercedes sebagai soalan? kenapa tak gunakan kereta keluaran malaysia? ini subjek bahasa cina, utk menguji tahap kefahaman terhadap bahasa tersebut. bukan utk menguji tahap pengetahuan pelajar terhadap kereta keluaran negara luar.

okey. che lapis, salah anda juga sebab taknak amik tahu perkara2 ni. apa orang kata? general knowledge? huhuhu~~









*merujuk kpd tajuk entri, rasanya anda pun tahu, betapa pentingnya utk mengetahui dan memiliki general knowledge. lagi bnyk lagi bagus. =)

27 April 2010

sejenak..

petang semalam.

dalam perjalanan nak naik m04, nampak satu mercedes kaler biru, dgn nombor pendaftaran WEM1*** kat parking antara saujana m03 ngan restu m01. pemiliknya (seorang pakcik) sedang sibuk memunggah barang2 anaknya utk dimasukkan ke dalam kereta, dan seterusnya mungkin akan dibawa pulang.

motif aku tulis ni? aku jeles sebab aku blom abes exam. kemas barang pun belum, apa lagi nak anta balik umah. warghhh!!!! geram betul.













*tak sabar sangat2 nak balik umah nih.haishhh.... [@_@']
**'male professor' dalam bhsa cina dipanggil apa ye? tak jumpa cari dlm nota. mana plak dia menyorok nih.

separuh masalah pergi

bismillahirrahmanirrahim...

bukak blog cik daina, dia taknak komen pasal paper yg baru abes tgh hari tadi. hahaha.... aku pun sama. lantak la apa nak jadi pun. harap2 lulus, dan aku boleh bergraduasi pada bln 8 akan dtg dengan jayanya. aminn....

so, tinggal 2 paper lagi utk ditempuh.
lac100: 29 april 2010
akp202: 6 may 2010

dua2 ni adalah paper selain paper major. so, kurang sket la rasa takut tu. tp tetap kna study oiii..... igt boleh main2? kalau main2 tu boleh memberi A solid utk setiap paper, takdela aku susah payah pening kepala memikir.

ptg ni mau rehat dulu la. mlm ni mau memulakan sesi menghafal+latihan menulis chinese characters. aiyakkk.... harap2 syaitan2 itu tak mengganggu aku dgn pelbagai godaan menyuruh aku tdo.huhuh.

18 April 2010

wish


selamat menghadapi peperiksaan akhir buat semua sahabat. ampun maaf dipinta. harap dpt dihalalkan segala ilmu yg diberi selama ini. all the best kpd semua. semoga berjaya.

^_^

03 April 2010

dia gadis berkerudung merah~~~

bismillahirrahmanirrahim.....

ada kengkawan ajak aku kuar berjoli selepas menyiapkan tesis.wah.....diorg da siap, buleh la nak joli2.aku tak siap lagi, nak joli apanya.huuuuu......

owhh...kamon2 che lapis.cepat2 siapkan tesis.ngeeee~~








*tajuk adalah takde kena mengena ngan isi tulisan.lalalalalalala~~

lab+dinner

bismillahirrahmanirrahim....

warghh!!! saya penat.baru blk dinner perdama.tema~ tradisional kontemporari. dinner yg menarik tp agak mentensenkan aku (ada ke ayat nih?hentam saja la labu,,,). bkn sebab pihak penganjur yg tak bagus, tp aku yg tak bagus mengurus diri.nak pegi dinner, tp takde baju yg sesuai. naseb baik ada gak kawan2 yg sporting+bermurah hati nak pinjamkan baju kat i ptg td.hahaha.....merasa la i melaram ngan baju pinjam tadi. upssssss....pecah rahsia i.. nak harapkan baju2 dlm almari aku?ada lg ke baju kurung?errr....ada la kot, dlm 3-4 pasang.huhuh..

okeh2....aku tak berniat nak cte sal dinner tuh.aku nak cte sal lab 387 yg baru berakhir ptg tadi.hehehe......suka+riang gumbira je rasa bila da siap lab.weeeeee~~

jum tgk gambar2 yg sempat aku snap time lab session pg dan ptg tadi. tak bnyk pun.sebab harini just nak wat litography, metalization and wafer testing.

*ni namanya mask.wafer yg terhasil nnt akan menghasilkan corak titik2 macam kat atas tu la*

*ni plak time wafer testing*


*eh??ini sape plak??????*











*nak tunjuk wafer yg da siap tu, tp ada kat cik daina. wafer tu nmpk sgt tak cantik, tp bila diuji, resultnya blh tahan gak superb.hehehe....

**sebenarnya ada org tegur, aku tak rajin ke on blog?huhu...kurang masa la nak berblogging.masa bnyk dihabiskan ngan berfacebooking.heheh..

***nak tdo la.ngantok da...

07 January 2010

mari mari belajar

Bismillahirrahmanirrahim….

Heheh… Harini che lapis nak share apa yg che lapis blaja dlm kls akp 202 tadi. (operational behavior)

Actually bnyk bnda yg diajar tadi, tapi che lapis tertarik dgn salah satu point yg diajar tadi. withdrawal behavior. Benda ni adalah tak elok utk diamalkan ye.. Withdrawal behavior ni terbahagi kpd 2 bhgn: psychological and physical withdrawal. Psychological withdrawal terdiri drpd 'daydreaming', 'socializing', 'looking busy', 'moonlighting', and 'cyberloafing'. Physical withdrawal plak terdiri drpd 'tardiness', 'long breaks', 'missing meeting', 'absenteeism', and 'quitting'.

This withdrawal behavior jugak relate ngan life kita as a student. Heheh. Tak caye? Jom check satu2.

Psychological Withdrawal: consists of actions that provide a mental escape from the work environment.

  1. Daydreaming- when an employee appears to be working but is actually distracted by random thoughts or concerns. (dlm bhsa mudahnya, berangan).
  2. Socializing- verbal chatting about non-work topics that goes on in cubicle and offices or at the mailbox or at the vending machines. (pantang nmpk orang, mesti dia nak tegur.tak kira sape.konon2 nak beramah mesra la.tapi at the end, satu keje pun tak jadi apa).
  3. Looking busy- an intentional desire on the part of the employee to look like he/she is working. (purak2 sibuk walhal dia takdela buat keje apa pun).
  4. Moonlighting- use work time & resources to complete something other then their job duties. (yg ni aku slalu buat. Contoh, stdy microprocessor dlm kelas bi.ngee..)
  5. Cyberloafing- using internet, e-mail, and IM access for their personal enjoyment rather than work duties. (lctrr tu cakap tadi, guna kemudahan internet yg disediakan oleh pihak uni utk tujuan hiburan pun tak boleh jugak.huhu..aku lagi la tu.)

Physical withdrawal: consist of actions that provide physical escape, whether for short or long term, from the work environment.

  1. Tardiness- tendency to arrive at work late (or leave work early.) kalau diaplikasikan dlm kehidupan pelajar, ia akn jadi tendency to come late to class or leave class early. err… aku penah buat ke bnda ni? hurmmmm….
  2. Long breaks- have longer-than-normal breaks time. (utk student, kesnya jadi-menambah2 masa cuti lebih lama dari yg sepatutnya. Heheh.. aku slalu je buat bnda ni. kui3..)
  3. Missing meeting- escape from meeting held during work.
  4. Absenteeism- employees miss an entire day of work. (kalau student-skip kelas la.well… yg ni pun aku biasa buat sebenarnya. Hik33…)
  5. Quitting- voluntarily leaving the organization.


Itu antara points yg menarik dlm kelas tadi sebab bnyk yg terkena kat batang idung sendiri. huk33…. Anda pula bagaimana? ^^,







*maklumat adalah diambil drpd buku organizational behavior-essential for improving performance and commitment by Colquitt/ LePine/ Wesson, terbitan McGraw-Hill.

11 December 2009

Alhamdulillah...

result provision da kuar,dan Alhamdulillah,tiada bintang2 berkilauan mengganggu resultku.cuma sedikit cuak bila tgk zat394 yg bertulis TL.maknanya keputusan tdk lengkap.fuhh...cuak woo..aku blh terpikir TL yg satu lg tuh.huhu.apaper pun, Alhamdulillah,syukur...

~~~~~~~~~
* hilang sket rasa cuak aku masa cuti ni.fuhhh... ^_^

25 November 2009

ku di sini

Bismillahirrahmanirrahim….

Okay.. ni entry khas dari lab kristalografi ppsf usm. Sedang menunggu tempoh sejam sebelum mesin tu berhenti, before dapat proceed to the next step.

Nak cite satu benda nih. agak penting jugak la. Che lapis tak dapat balik beraya kat umah! Huhuhu…. Sedihnye… ok2.. mungkin salah aku kot sebab tak beli tiket awal2. Tapi kalau fikir2 balik, bukan salah aku kot. Abang la punya pasal. Duk suruh aku tunggu dia. konon2 dia dapat cuti, boleh la nak balik ngan aku . so takyah la aku susah payah beli tiket. Sekali bila dah jadi macam ni? Dia cuti tak lama pun. Huhuhu…. Tak pasal2 aku kena raya kat umah dia. haish…. Sedih3..

Ha? Bila aku balik? Mengikut kata orang yg beli tiket-abang aku- tiket aku pada 28 november. Huhuh. Sampai umah dah 29 haribulan. Haish…. Eh.. takpe lagi kot.. boleh bertakbir lagi kan? Heheh.. kalau fikir2 balik, not bad la kot. Boleh rasa pengalaman balik beraya lambat. Hoho.

Okeh.. takde pape pun nak cakap kat sini. Mau stop dulu. Tata..

18 November 2009

untitled

Bismillahirrahmanirrahim….


 

Heheh… actually che lapis masih ada 2 paper yg menanti pada hari esok dan lusa. Sekarang pun sebenarnya tgh sibuk membaca management. Tapi masih sempat menaip. Hebat kan? Hik33.. takdela… tadi call mak. Rindu.. huuu… mak + ayah suma dah tanya bila anak dia nak balik. Huhuhu… sedey2.. abang taktau lagi dapat cuti lama ke tak. kalau abang dapat cuti lama, aku blk ngan abang. Kalu dia cuti sehari, maka aku kena la balik sorang2. Uwaa….


 

Hurmmm… tadi jugak mak tanya, macam mana exam? Hihihi… takut gak aku. nampaknya mak sangat2 berharap aku boleh bagi something yg terbaik utk dia tengok. Ngee…. insyaAllah, setakat ni aku rasa okey lagi.


 

Kla.. mau sambung baca itu nota2.


 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*jeles sama itu rumate.dia da abes exam, da kemas barang, and now aku tatau dia kat mana-sedang menonton movie bersama cik abang dia kot.

16 November 2009

langkah pertama

bismillahirrahmanirrahim....

che lapis akan memulakan perjuangan pertamanya harini.heheh..petang ni, kul 2.15ptg.ye...org lain suma da sebok berkemas nak balik. fuhh... boleh lagi aku duk menaip kat sini. hik33... takpe2.. bak kata rumate aku - slalunye before exam, kita tak baca buku dah.jz tenangkan hati, tenangkan minda, rehatkan otak,supaya masuk exam hall nanti kita boleh jawab dengan sebaik mungkin. -uh...tu kata2 org yg berkeyakinan tinggi cam dia. aku? heheh...(kira aku pun berkeyakinan tinggi jugak la kan?sempat lagi update blog.muahahaha...) huii.teruk la aku nih. kla,mau stop di sini. minggu ni ada 4 paper menanti. harap2 semuanya berjalan lancar. amin....

03 November 2009

bagai pungguk rindukan bulan

bismillahirrahmanirrahim..

ketika entry ni ditaip,che lapis sdg merenung ke luar tingkap blik,melihat bulan penuh d langit.subhanallah...indah sungguh ciptaan Tuhan. ^_^ sayang,xdpt nk amik gambar.huhu..xpe,next month tgk kat umah plak.hehe..
ok..mau sambung stdy.
~~~~~~
* tajuk entri agak jiwang.heheh.
** entri yg sgt singkat,coz sedang mengejar masa skrg ni.huk3..

26 October 2009

exam fever



Hurm… memandangkan sekarang ni musim exam, *usm mula 2 nov* so che lapis dengan ini ingin menyusun 10 jari kaki + 10 jari tgn kpd kawan2, mohon maaf kalau selama ni ada salah silap *memang ada punya…saya bukan insan maksum yg takde dosa*. Nak exam ni, hati kena bersih. Takut nanti ilmu yg diterima selama ni tak berkat dek kerana kekotoran hati. Halalkan suma ilmu yg kwn2 dah bagi kat saya tu ye..


Teringat masa zaman sekolah dulu2. Tiap kali nak menempuhi exam yg besar2 macam upsr, pmr ngan spm, pihak sekolah akan buat satu majlis. Nama dia Ijazatul Ilmi. Rasanya setiap skolah buat bnda nih. myb nama je berbeza. Oleh sebab ketiga2 peperiksaan besar ni che lapis amik di sekolah yg sama, maka 3 kali la che lapis mengikuti majlis tu. Actually Ijazatul Ilmi ni merupakan satu majlis di mana guru2 dan anak murid berkumpul dan saling memohon maaf. Al maklumlah, kami kan murid yg nakal. Hihi.. Masa ni jugak student akan mintak supaya cikgu2 halalkan segala ilmu yg dah diberi kat kitorang. Mintak keberkatan.. sekarang memang takde la nak buat majlis camni kat uni, tapi antara inisiatif lain, kita boleh mintak maaf kat lecturer kita, tutor kita, lab assistant, suma la. Mintak halalkan suma ilmu yg dah diberi. Err.. Actually sem ni baru che lapis teringat pasal ijazatul ilmi nih. Sem2 lepas takde plak teringat bnda nih. huhu..

Urmm… tatau mau tulis apa lagi. Marilah kita sama2 berusaha utk mencapai yg terbaik dlm exam kali ni. Jgn lupa juga berdoa supaya kita dikurniakan kesihatan yg baik di hari exam supaya dapat menjawab peperiksaan dgn tenang dan selesa. Ameen…. [^_^]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*sejak beberapa bulan lepas bilik aku berbau naftalena. Sumanya gara2 rumate aku yg menyiapkan tugasan bio dia-mengumpul 40 jenis serangga. Oleh sebab baunya yg agak kurang menyenangkan, maka hari2 gak la aku sembur bilik aku biar kasik wangi sket. Tapi suma ni berakhir bila dia menghantar tugasan tu harini. ^^,

15 October 2009

masih sendiri

Bismillahirrahmanirrahim…

Ni merupakan entry ketiga utk harini. Heh.. hebat2…. *tepuk tgn utk diri sendiri*
Igt tadi nak letak jadual waktu exam aku kat sini. Tp bila fikir2 balik, nak buat apa ye tak? baik aku tampal je kat board kat meja aku tuh. kalau korang tau pun bukan korang nak tlg aku jawab nnt. huhuk..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Emm.. harini birthday seorang teman. Semalam birthday abang, harini kawan aku plak. Hihi..
So, kepada sahabatku itu, selamat hari lahir diucapkan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, beroleh kebahagiaan, kejayaan serta ketenangan di dunia dan akhirat. [^_^]
~~~~~~~~~~~~~~~~

*maksud tajuk entry: aku keseorangan ditinggalkan rumate tercinta yg pegi practice menari.huhu..

14 October 2009

happy birthday..

Bismillahirrahmanirrahim….

Hari ni birthday abang. Yang ke….? huu.. abangku dah dewasa. *macam la aku ni kanak2.haish…* Hihi.. act dah wish dah pagi tadi. *wish thru sms je..hik33..* happy birthday abang.. may Allah bless you. Semoga dapat apa yg abang nak. ^_^ yang tak bestnye, abang aku dapat celebrate birthday kat umah! Huk33.. jeles nih. aku? last time aku celebrate birthday kat umah ngan family adalah pada tahun 2007. Itu pun half day je sebab aku sampai rumah dah petang. Huk33.. Tapi nak cakap apa lagi kan, abang aku pun balik kali ni atas sebab2 tertentu. Cuti kecemasan kata dia. Bcoz nak temankan ayah aku buat check up kat hosp.

Em… bercakap pasal abang aku, dia merupakan sorang yg agak rapat ngan aku sekarang. Tapi masa kecik2, dia merupakan musuh ketat aku! heheh. Igt lagi dulu, kitorang tak boleh berjumpa langsung2. Padahal duk satu rumah tu. Haish…. Kalau jumpa, mesti ada je bnda yg dia tak puas ati ngan aku, or aku yg tak puas ati ngan dia. haha… setakat aktiviti lempang melempang tu biasa je bg aku ngan dia.. dia tampar aku, aku tampar dia balik. Dia sekeh aku, aku sekeh dia balik. Tapi ada skali tu, dia tendang kaki aku sampai lebam. Haa.. yg tu aku takleh nak balas. Huhuh.. dulu2, dia jugak la org yg bertanggungjawab ajar aku main layang2, main guli, dan macam2 lagi permainan kampung zaman kanak2. Sekarang dah takde kot game yg aku sebut tu. Anak2 buah aku pu aku tgk dah takde dah nak main bnda2 tu suma. Haih.. apapun, abang aku yg ni sangat la rajin. Betul.. aku tak tipu. Dia sangat rajin kemas rumah, sapu sampah, dan yg paling aku suka bila dia blk umah, dia sangat rajin basuh pinggan. Hahaha…. Aku bukan la malas sangat, tapi aku cukup suka kalau ada insan yg sudi nak meringankan kerja aku. hik33… ohh… abang aku belum kawin lagi. dan apa yg aku harap, bakal isteri dia nnt biarlah seorang yg pandai dan SANGAT rajin memasak. Upss… bukan niat aku nak buli. Tidak… Cuma nak menyenangkan diri sendiri. Hihihi…

Okey2.. masuk bab lain plak. harini dah 14 oktober. Maknanya, lebih kurang sebulan je lagi aku akan berhadapan dengan final exam – 16 nov. Apa? Lambat lagi? huhuiii… sebulan tu sekejap je. Pejam celik pejam celik, tau2 dah tiba hari exam. Huhuk. Takut2… memandangkan aku pun dah puas berenjoy lepas habis test hari tu, so dah tiba saatnya utk aku mula berperang dgn buku2, ayat2 'cinta', and pelbagai equations yg menyesakkan kepala. Err.. tetiba teringat kata2 sorang lecturer aku: 'tak bnyk equation yg kamu perlu hafal. Not more than 20.'

Tapi itu kata beliau la. Kata aku? huiiii….. rasanya sangat banyak yg aku perlu ingat. Huhu.. [-_-']

09 October 2009

fuhhh…..lega..

Bismillahirrahmanirrahim….

Dah lama bebenor che lapis tak menulis kat sini. Bizi okey…. (ceh..gaya ayat macam la aku ni org penting universiti nak bizi2.huh) urm.. saye baru merasa kelegaan sebab baru abeskan test terakhir pagi tadi. fuhhh…. Test apa? Semiconductor. Huhuii…. So, sekarang saya dah boleh enjoy2 sebelum berhempas pulas menghadapi final exam yg dijangka bemula 16 november (sejak sem lepas paper aku slalu mula lambat dari orang.adoi…)

Esok nak kuar jalan2. Sape nak ikot? Hahaha…. WANITA sahaja. Hik33.. nak release tension.wah! tension la sangat. Niat ati nak cari kasut baru. Boleh? Apa kes dah nak abes sem duk sebok cari kasut lagi. haha…. Biarkan.. biarkan…

oh...nak tau, tadi aku hampir2 dilanggar oleh sebuah motor. huhuii.... penunggang moto tu la.. tak nampak ke aku yg ayu ni tgh berjalan kat tepi tu? toksah la nak himpit aku plak. huish.. naseb baik aku ni dilahirkan sebagai seorang pejalan kaki yg berhemah dan cekap mengelak. *dan dan je nak puji diri sendiri.ceitt* kalau tak, tatau apa jadi kat aku skarang. dek kerana terkejut, aku dpt la kawal marah aku tadi. kalau idak, mau mamat tu makan seranah aku tadi. *hehehe... brani ke aku nak buat camtu?ahahaha....* eh, saba la che lapis. hadoi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


*penat macam mana pun kita, jgn lupa berikan senyuman pada dunia.insyaAllah,suma rasa penat tu akan hilang. ^^,


29 September 2009

terlewatkah??

Bismilahirrahmanirrahim….


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Huk33. Lambat plak che lapis wish hr raye. Takpe2. harini baru hari ke 10 syawal. Raya sebulan kan? Huhu…. Bukan apa, kebanyakan blog yg aku baca suma cte kesah raya diorang. Aku? tak sempat nak tulis. Sangat sibuk. Huhuk…. Apapun, raya tahun ni sangat la meriah dan memenatkan. Haiyoohhhh.. kan haritu aku da cakap nak raya sakan tahun ni. Kan? Kan? Hihik.


Seperti yg aku ckp aritu. Aku blk umah hari sabtu. Sampai umah dah pukul 2.30pm, sempat semayang jap, terus kena wat ketupat. *ketupat palas je.aku tak pandai buat ketupat nasik nih.* malam tu plak siap2 masak2 utk raya esoknya. Isi kuih dalam balang, rasa kuih2, tahan telinga bila dgr bunyik mercun yg berdentum2 macam bunyi Hiroshima kena bom. Huk33..


Raya pertama. Pagi tu, siap2 utk org2 baraan datang. Baraan tu apa? Baraan tu yg org laki2 dtg umah tu, diorang bertakbir dari umah ke umah. Seronok…. Masa ni la nak suh kanak2 kecik yg tak cukup umur tu utk ikut ayah masing2. Biar jgn ada bdk kecik pun kat umah masa ni. Sebab kitorang yg perempuan ni sibuk nak siapkan makanan utk jamu org laki2 tu nanti. Ptg tu la baru kitorang yg pmpn ni boleh beraya ke umah jiran2.


Raya kedua, pagi tu bertolak utk blk kampung nun di perak sana. Tdo 1 malam je kat sana. Selasa tu balik Pahang semula. Blk2 umah, kakak aku dah sampai rupanya….


Raya keempat, seharian duk kat umah. Melayan anak2 buah seramai 7 org. ye, saya ada ramai anak. Sila percaya kat saya. Tgh hari, kawan skolah aku dtg. Bnyak bnda nak dibualkan. Thnx sahabat, kerana sudi meluangkan masa utk lari dari umah sedara kamu, n datang umah aku. hihihi….


Raya kelima, paksu dari klang datang. Abang aku nak balik rawang hr tu. Coz dia keje ari jumaat. Pagi tu, kitorang sibuk sediakan laksa khas yg diorang tempah. Acik aku la yg beria2 sgt suh kitorang wat laksa utk dia. Kitorang pun buatkan jela. Tapi aku tukang tgk je. My kakak ipar yg masak. Hihik. Sronok betul aku kalau dia balik umah. Dia sangat rajin memasak. Bak kata kakak aku, 'untung ada kakak ipar yg rajin masak nih.boleh rehat2 sket.' So, kpd sesiapa yg punya abang tu, sila pastikan abang anda memilih calon kakak ipar yg pandai memasak, supaya senang keje korang nanti. Hahaha…. Jahat kan aku? *wink* yg bestnye bila paksu aku datang ni, umah aku dah takde rupa umah lagi dah. Bersepah. Haiyooo…. Mana taknye. Anak buah aku je dah 7 orang. To be fair, 6 org je coz baby tu baru 3 bulan. Takleh main2 lagi. Then campur plak ngan sepupu aku-anak paksu- 2 org. bayangkan jela bila 8 org kanak2 berusia dalam lingkungan 2-6 tahun berlari2 dalam umah. Hadoi…. Pening kpla aku.


Raya keenam, paksu nak blk klang. Coz acik aku keje kul 3 ptg tu. Hoho. My abang sulung plak nak blk kul 10 pg. so rumah kitorang sunyi la sket dari keriuhan. Yela, dah hero2 takde. Tinggal heroin2 je kat umah. Petang plak, aku n mak pegi merewang umah makcik sebelah. Ha? Bukan merewang yg itu la!! Maksud aku, pegi tolong utk kenduri. Kawan aku nak tunang. Malam plak, mak buatkan ketupat pulut utk anak2 perempuan dia yg tringin nak mkn ketupat palas. Hoho…. *ni ketupat sesi kedua. sesi pertama tu dah habis. huhu.* Ha…. Yang ni aku tak tolong. Pasal mlm tu tetibe je aku rasa cam nak demam. Badan rasa lain. tekak dah mula sakit. Dan aku tak sedar bile masa aku tertido. Sedar2 je dah kul 5 pagi, n aku pun bangun semayang isyak. Huhuk.. teruk betul.


Raya ketujuh, pagi tu aku bgn lambat. Kepala memang dah berpusing macam gasing yg pakcik2 duk main kat Kelantan tuh. Sakit wooo….tapi gagahkan jugak la diri utk bangun. Tgh hari tu bersiap, pegi umah kawan. Bawak la kanak2 2 orang nih. Huhuk. Macam mak org je rasa. Dah turun saham aku kat situ. Hahak… gatal.


Raya kelapan, aku dah terbaring takleh bangun – demam. Huhuk…. Bak kata kakak aku, 'anak2 ko yg balik suma hebat2, mana la ko tak demam.' Hohoho…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*walaupun saya dah 21 thn, tapi saya still dpt duit raya. sila jgn jeles ye encik mus. hihi....

**saya br sampai pulang mlm tadi. lama kan saya cuti? ^^,

***siap sedia utk menghadapi test2 yg berlambak2. huhuk. jgn jadikan demam sbg alasan utk takmo study ye wahai che lapis..