RSS
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

12 April 2010

renung2kan dan selamat beramal

"Apabila sesorang berbuat baik kepadamu, balaslah kebaikannya. Jika tidak mampu, berdoalah untuknya sehingga kamu merasakan bahawa kamu telah membalas kebaikannya."

-sabda Rasulullah-








*thanx to prof izzi haji ali. =)

07 April 2010

perjalanan manusia dan liku2 hari akhirat





*kredit utk seorang teman yg mengirimkan peringatan ni. sama2 kita tingkatkan amal utk menghadapi hari2 mendatang.semoga segala amalan kita diterima olehNya.aminn...
**klik utk tumbesaran rajah. =)

03 April 2010

cell phones and health

One of the most common sights we see these days, is that of people with their mobile phones next to their ears. A boon for better communication, cell phone usage nonetheless has many health hazards. Various studies indicate that the emissions from a cell phone can be extremely harmful, causing genetic damage, tumors, memory loss, and increased blood pressure and weakening of the immune system. This is alarming information, and one has to take into account all these factors..

CELL PHONES AND HEALTH
Though there is no evidence of cell phones causing cancer or any such illness, but the suspicion, or fear of the same is not baseless either. The electromagnetic radiation from cell phones does have a potential link to cancer. The fact that this radiation is invisible, intangible, and enters and leaves our bodies without our knowledge makes it even more intimidating.

Possible hazards:
* Two minutes of exposure to emissions from mobile phones can disable a safety barrier in blood causing proteins and toxins to leak into the brain, could increase chances of developing Alzheimer's multiple sclerosis and Parkinson's. (Scientists at Sweden's Lund University)
* Scientists say exposure to the phones' low-level radiation causes red blood cells to leak hemoglobin and can lead to heart disease and kidney stones.
* Recent studies suggesting a link between cell-phone use and brain tumors, and the possibility that the microwaves could ignite petroleum fumes at gas stations.
* A cell phone unit, or communications tower, has so many of thee radiation emanating gadgets. This can be a problem for its immediate environment.





*this article is taken from here

25 November 2009

cantik di hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Hurm.. che lapis ada baca satu artikel nih. rasanya ni baru 1st time che lapis jumpa artikel camni. Tetibe terasa la nak share ngan kawan2 yg membaca blog ini. Suma orang nak cantik kan? Macam2 la yang orang sanggup buat, semata2 nak cantik secara lahiriahnya. Tapi apa yang kita buat supaya kita cantik secara dalaman? Ha… yang tu la yang che lapis nak share kat sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  1. Agar wajahmu ceria selalu berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan terus dikeringkan, tetapi biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah s.w.t dengan zikir dan doa.
  3. Untuk pelembap, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir, tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci; "Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlakku."
  4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan tidak menyombong diri / takbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur adalah dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat, elok berpuasa selang sehari. Makanlah makanan yang halal, banyakkan mengambil sayuran, buah-buahan dan air putih.
  6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.


 

~~~~~~~~~~~~~~~

*artikel adalah diambil dari majalah mingguan wanita edisi 17-23 julai 2009.

26 October 2009

kisah seorang pemuda..

Che lapis ada dapat 1 emel dari sorang kawan tadi. so nak share ngan kawan2 suma.. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.
Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi,
berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.." Pemuda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda itu bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
Lelaki itu menjawab
"Aku adalah IBLIS (syaitan)" Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Syaitan kemudian menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah,kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat...."

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan
sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

15 October 2009

memang Allah sengaja…

Memang Allah sengaja....

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah
tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. .....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*hidup bukanlah semata2 dibuai dgn pelbagai kemanisan.ada kalanya kita perlu bersedia utk suatu saat yg sangat sukar.

**tadi tebaca satu entry ni.tu yg tergerak nak share benda ni.bnda baik tak salah utk dikongsi.kan?

***thanx to my fren yg mengirim nota ni.

03 October 2009

perempuan cepat perasan???

Hahaha…. Tajuk memang takleh blah. Err.. betul ke statement tuh? Mungkin kalau diajukan kata2 ni kpd kaum wanita, ada yang melenting. huish… mana taknye, kata2 tu seolah2 membawa maksud negative kpd kaum wanita. Contohnya macam 'perasan cantik', 'perasan bagus', 'perasan cun', 'perasan ada org suka kat dia', dan macam2 'perasan' lagi. Aku pun kalau ada org duk kata aku macam tu, mau panas gak kot satu badan. Uhuh.

Sebenarnya semalam aku pegi satu kuliah ni. Kuliah siswi nama dia. Khas utk kaum hawa shj, sebab kuliah ni dibuat tyme org2 laki pegi solat jumaat. So kalau ada kaum adam yg tersesat dlm kuliah tu, tau2 jela….

Actually bnyk input yg ustazah tu kasik semalam. Tapi aku nak share sket la dulu. Nnt bile2 insyaAllah aku share lagi (tu pun kalau rajin). Antara yg aku igt semalam bila ustzh tu ckp perempuan ni cepat perasan. Kata ustzh tu, memang pun perempuan ni cepat perasan. Sebab apa? Itu tandanya perempuan ni prihatin. Contohnya, perempuan ni kalau nmpk kawan2 dia muram sket je, dia akan cepat perasan perubahan kawan dia tu. And dia akan seboleh2nya nak tau masalah kawan tu. Ha.. tu la tandanya perempuan ni amik berat dgn hal sekeliling. Kalau dilihat pada mak2 kita plak, pernah tak satu masa tu kawan2 ada masalah, tapi seboleh2 nak sorok probs tu dari mak? Then tetibe je mak dtg tegur, 'mak nampak along ni lain macam je hari ni. Macam ada masalah. Along ada masalah ye? Meh la share ngan mak. Mana tau mak boleh tlg.' Ha… mesti penah kan? Mak sentiasa perasan tingkah laku kita. Sorok macam mana pun, mesti dia dapat tau punya. naluri dia dapat detect sumthing wrong kat kita. Tetibe je, zapppp!! Terdetik dalam hati dia yg anak dia ada masalah. Tu la tandanya mak tu prihatin. Dan seorang yg dipanggil emak tu laki ke perempuan? Ye.. mana ada ibu berjantina lelaki ye kawan2..

Kalau ada laki yg baca tulisan aku ni, mesti ada yg tak puas ati. Mesti ada yg akan cakap, 'eh..laki pun prihatin jugak!!' iye, aku tak cakap plak laki ni tak prihatin. Tapi mungkin kadar keprihatinan tu kurang kot. Buktinya, aku penah ada sorang kawan laki, dia tak penah tau pun jadual kelas rumate dia. Aiyok… duk sebilik dah 1 sem, mcm mana blh tak tau? Ha… tu tandanya laki ni kurang prihatin. Lagi satu, kita amik contoh kalau sorang suami nak belikan brg utk isteri dan anak2 dia. Contoh nak beli baju la.. korang prasan tak, slalunya kalau ayah tu pilih sorang2, jarang pilihan dia tu menepati citarasa isteri dan anak2. Tak kena saiz la, tak tau kaler apa yg sesuai, mcm2 la. *err..sila jgn bnyk komen kalau parents belikan apaper.terima dgn hati yg ikhlas okey..* tapi kalau mak yg pilih, dia dah tau apa yg sesuai ngan anak n suami dia. Kaler tu sesuai je bila dipakai. Saiz pun elok2 je muat2 kat badan. Hurmm. kenapa boleh jadi mcm tu? Sebab perempuan ni cepat perasan.

Err.. kaum lelaki, sila jgn anggap saya nak memenangkan kaum wanita.tidak sama sekali.saya sekadar ingin berkongsi.So, marilah kita sama2 prihatin dengan persekitaran kita. Bukan aku nak suruh jaga tepi kain org. tidak le macam tu. Cuma mengingatkan supaya kita saling mengambil berat antara satu sama lain je. Kata 1 Malaysia… macam mana nak jd satu kalau kita tak prihatin dgn keadaan sekitar? Tak gitu? ^^,