27 October 2009
malam pertama
22 October 2009
sedikit info...
"ajarkanlah anak2mu 3 perkara:
-ajarkanlah anakmu mencintai nabi
-ajarkanlah anakmu mencintai ahli keluarga
-ajarkanlah anakmu membaca al-Quran-sesungguhnya org yg membaca al-Quran itu akan berada di baawh naungan para malaikat"
~renung2kan, dan selamat beramal.... ^^,
17 September 2009
..al-fatihah..
Bismillahirrahmanirrahim….
Apa perasaan anda apabila teman baik anda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anda?
Aku baru mengalaminya semalam.
Walaupun dalam mimpi.
Sedih. Terkesan sampai la aku bgn tdo pagi tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa teman2ku
**bak kata abang, firman Allah yg bermaksud; 'bahawasanya setiap yg hidup akan merasai mati.'
***takziah buat temanku yg baru kehilangan ibu tercinta semalam. Semoga dirimu tabah menghadapi takdir tuhan. Al-Fatihah buat ibunya.
14 September 2009
..sama2 kita renungkan..
Gambaran keadaan manusia semasa di alam mahsyar telah digambarkan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:
1.). "Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan." (Yasin: 54). Juga terdapat pada ayat 12 & 60
2. Terdapat juga keterangan dalam surah Al-Sajdah, ayat 19-21.
3. Surah Al-Naba' ayat 18. "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok- kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas, pernah ditanyakan oleh Mu'az bin Jabal, katanya: "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?"
Maka Rasulullah s.a.w. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya Mu'az, umat ku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengah solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam berjual beli.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh tubuhnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta dalam jual beli.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulutnya. Ini balasan bagi mereka yang tidak mahu menjadi saksi terhadap kebenaran.
8. Mereka yang keluar berkeadaan terbalik, iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini balasan bagi mereka yang berzina serta mati sebelum taubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan bagi mereka yang suka memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang berkulit penuh dengan kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini balasan bagi mereka yang berani dengan kedua ibu bapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini balasan bagi mereka yang minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga iaitu:
1. Mereka yang berwajah bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian seperti kilat. Ini balasan bagi orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Renungkanlah serta ingatlah!!!
Sabda Nabi s.a.w.
Tidak akan berganjak kedua telapak kaki hamba pada hari kiamat nanti sehingga dimintai pertanggungjawab empat perkara iaitu:
1. Umurnya, bagaimana ia menghabiskannya.
2. Anggota badan, bagaimana cara ia menggunakannya.
3. Ilmu, adakah ia mengamalkannya dan dengan tujuan apa.
4. Harta, dari mana ia dapat dan bagaimana cara ia mendapatkannya serta bagaimana ia membelanjakannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
*thanx to wani for sharing this information
**di mana kita tergolong pada hari yg maha dashyat itu?mampukah kita meletakkan diri dalam satu golongan yg terselamat itu?
***masa untuk berubah 360°
12 September 2009
..lailatul qadar..
Memasuki 10 mlm terakhir ramadhan, hati terasa sayu. Sangat sayu. Doa dipanjat memohon agar diketemukan lagi ramadhan di tahun2 seterusnya. Amin..
10 malam terakhir ramadhan, antara malam yg ditunggu2 semua umat islam. Masa ni juga, macam2 perkara boleh kita tgk. Time nilah golongan wanita menyibukkan diri dengan segala persiapan. Nak buat kuih, nak jahit langsir, nak kemas umah, nak susun perabot, dan macam2 lagi. Maklumlah, nak buat waktu siang tak boleh. Tak larat nak tenung jarum jahit lama2. Tak mampu nak keluarkan idea utk organize perabot. Tak boleh nak rasa biskut yg dibuat tu sedap ke tidak. Heh. Aku perempuan, aku pun tau la suma2 nih. Zaman2 kegelapan aku dulu aku pun buat gak bnda nih. Alhamdulillah, agak bersinar sekarang.
Masa nilah juga saf2 di masjid dan surau mula bergerak ke hadapan. Maksudnya makin menyusut la tuh. Masing2 dah sibuk memborong kelengkapan raya. Masa ni la nak cari baju, kasut, balang kuih raya, bla..bla..bla…. Kalau minggu pertama ramadhan, jemaah melimpah ruah. Kalau tak sempat nak terawih mlm pertama ramadhan dulu, rasa macam menyesal sangat. Tapi bila tak dapat terawih mlm2 terakhir ramadhan ni, takde plak nak meyesal.
Tapi tak semua umat manusia berperangai macam nih. Masih ada yg sedar diri, yg sedar bahawa dia mungkin tak sempat menikmati ramadhan pada tahun akan datang.
Teringat suatu masa dulu. Time ni masih dalam umur belasan tahun, dan tinggal di asrama. Kata orang, pada malam istimewa tu pokok turut sujud menyembah bumi. Malam juga dikatakan berkeadaan tenang. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kepada insan2 terpilih, mereka dapat merasakan kelainan malam seribu bulan nih. Dan aku, dek kerana terlalu obsess dengan kata2 orang, menunggu dengan penuh harapan malam istimewa itu. Malangnya, aku hanya menunggu dengan sekadar melihat pepohon di kawasan luar asrama, sama ada sujud atau tidak. Ohh…. Bagaimanalah pemikiranku di kala itu. Malu terhadap diri sendiri. Dan aku terus menunggu tanpa ada inisiatif melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan.
Kesedaran sebenar mula timbul di satu pagi yg baru nak masuk pagi. Apabila kawan merangkap rumateku meminta supaya aku mengejutkannya dari tidur (dia tdo atas katil aku coz dia tau aku tak tdo malam tu). katanya, suruh aku kejut dia pada ketika waktu sahur menjengah (kitorang sahur kat dewan makan). Dan aku pun meneruskan aktiviti malamku-melepak di bilik sebelah sambil makan maggi dan roti disertakan dengan minuman panas-mencari lailatul qadar.
Nak dijadikan cerita, tepat jam 4.30 pagi aku pun beransur pulang ke bilik aku untuk mengejutkan rakanku tadi. dengan sekali tepukan pada bahu, dia terus terjaga. Yg peliknya, dia terjaga dan cepat2 meminta maaf. Aku jadi hairan. Apasal plak nak minta2 maaf nih? Katanya, sebelum tu-pukul 4 pagi- aku dah kejutkan dia, dan dia berjanji utk tdur barang seminit dua lagi. Aku jadi terkejut mendengar kenyataan yg keluar dari mulut dia. Katanya lagi, waktu itu aku berada di katil sebelah (katil junior aku), sedang duduk, dan memakai t-shirt biru-sama seperti yang aku sedang pakai waktu tu.
Bermula hari itu, aku mula sedar. Niat mencari malam seribu bulan itu telah disalah ertikan. Aku sudah punya peluang, namun aku sia2kan peluang tu. Syukur Ya Allah, kerana menyedarkan daku. alhamdulilah….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
::macam ni ke rupa pokok sujud yg aku nak tgk sangat tu?::
*ayat aku agak skema kali ni. Entri pun sgt pjg.
**siapa yg mengejutkan rakanku itu? Sampai sekarang tidak diketahui identitinya.
***al-fatihah buat nenek kepada rakanku di kampung yg baru meninggal pagi tadi.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..
10 September 2009
...reminder...
"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa"
(Ar-Rum; 54)


