RSS
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

18 September 2009

hari terakhir berpuasa di sini

Hujan rintik2, air bergelombang.. mak bagi seposen, ayah bagi seposen.. bla.. bla.. bla….

*tak rajin nak sambung*


Ada satu cite menarik semalam. sorang encik tu ajak kami berbuka di luar. *saya hanya menemani mereka.saya kan lone ranger skarang,jd tukang teman jela.huhuk.* nak dijadikan cerita, kitorang kuar dari pintu pagar lebih kurang pukul 6.15pm. awal la tu kan? Malangnya kesesakan lalu lintas di kepulauan ini melambatkan pergerakan kami. Sampai kat tempat yg dituju, jam dah pun tunjuk pukul 6.55pm. haish. Sempat2…. Lebih malang, masuk2 je tempat tu, suma meja dah dibooking. Huhuh. Memandangkan kul 8.15pm kami ada kls plak, so tempat paling sesuai adalah di ivory. Okeh. Encik pemandu itu pun mengahalakan keretanya ke sana. Sampai sana dah kul 7.12pm. ohh…… masih sempat lagi kalau takat nak order air. Heheh. Malangnya lagi, kitorang dapati deretan kedai di plaza ivory itu tidak berlampu!!! *black out la tuh.takkan tak paham kot*. Dan encik pengambil order tu takmo amik order kitorang. Haih.. next place? Hahahaha….. ye, tak lain dan tak bukan; kat café. Muahahahahaha….. kuar bilik punya la awal, pusing jauh2, alih2 mkn kat café jugak. Hoho.. aku memang dah tak larat nak gelak ah smlm. ohh… buka ngan apa? Heh. Honey dew n jus tembikai. Hebat kan kami? Pas kls mlm tu baru la kuar mencari nasi. Lapar woo…. [-_-']



12 September 2009

..lailatul qadar..

Bismillahirrahmanirrahim….

Memasuki 10 mlm terakhir ramadhan, hati terasa sayu. Sangat sayu. Doa dipanjat memohon agar diketemukan lagi ramadhan di tahun2 seterusnya. Amin..


10 malam terakhir ramadhan, antara malam yg ditunggu2 semua umat islam. Masa ni juga, macam2 perkara boleh kita tgk. Time nilah golongan wanita menyibukkan diri dengan segala persiapan. Nak buat kuih, nak jahit langsir, nak kemas umah, nak susun perabot, dan macam2 lagi. Maklumlah, nak buat waktu siang tak boleh. Tak larat nak tenung jarum jahit lama2. Tak mampu nak keluarkan idea utk organize perabot. Tak boleh nak rasa biskut yg dibuat tu sedap ke tidak. Heh. Aku perempuan, aku pun tau la suma2 nih. Zaman2 kegelapan aku dulu aku pun buat gak bnda nih. Alhamdulillah, agak bersinar sekarang.


Masa nilah juga saf2 di masjid dan surau mula bergerak ke hadapan. Maksudnya makin menyusut la tuh. Masing2 dah sibuk memborong kelengkapan raya. Masa ni la nak cari baju, kasut, balang kuih raya, bla..bla..bla…. Kalau minggu pertama ramadhan, jemaah melimpah ruah. Kalau tak sempat nak terawih mlm pertama ramadhan dulu, rasa macam menyesal sangat. Tapi bila tak dapat terawih mlm2 terakhir ramadhan ni, takde plak nak meyesal.


Tapi tak semua umat manusia berperangai macam nih. Masih ada yg sedar diri, yg sedar bahawa dia mungkin tak sempat menikmati ramadhan pada tahun akan datang.

Teringat suatu masa dulu. Time ni masih dalam umur belasan tahun, dan tinggal di asrama. Kata orang, pada malam istimewa tu pokok turut sujud menyembah bumi. Malam juga dikatakan berkeadaan tenang. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kepada insan2 terpilih, mereka dapat merasakan kelainan malam seribu bulan nih. Dan aku, dek kerana terlalu obsess dengan kata2 orang, menunggu dengan penuh harapan malam istimewa itu. Malangnya, aku hanya menunggu dengan sekadar melihat pepohon di kawasan luar asrama, sama ada sujud atau tidak. Ohh…. Bagaimanalah pemikiranku di kala itu. Malu terhadap diri sendiri. Dan aku terus menunggu tanpa ada inisiatif melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan.


Kisah diteruskan lagi. Hampir setiap malam aku dan rakan2 (maknanya bukan aku sorang yg berfikiran camni), melakukan aktiviti ini. Menunggu lailatul qadar sambil berborak2 dan meratah maggi kari.

Kesedaran sebenar mula timbul di satu pagi yg baru nak masuk pagi. Apabila kawan merangkap rumateku meminta supaya aku mengejutkannya dari tidur (dia tdo atas katil aku coz dia tau aku tak tdo malam tu). katanya, suruh aku kejut dia pada ketika waktu sahur menjengah (kitorang sahur kat dewan makan). Dan aku pun meneruskan aktiviti malamku-melepak di bilik sebelah sambil makan maggi dan roti disertakan dengan minuman panas-mencari lailatul qadar.


Nak dijadikan cerita, tepat jam 4.30 pagi aku pun beransur pulang ke bilik aku untuk mengejutkan rakanku tadi. dengan sekali tepukan pada bahu, dia terus terjaga. Yg peliknya, dia terjaga dan cepat2 meminta maaf. Aku jadi hairan. Apasal plak nak minta2 maaf nih? Katanya, sebelum tu-pukul 4 pagi- aku dah kejutkan dia, dan dia berjanji utk tdur barang seminit dua lagi. Aku jadi terkejut mendengar kenyataan yg keluar dari mulut dia. Katanya lagi, waktu itu aku berada di katil sebelah (katil junior aku), sedang duduk, dan memakai t-shirt biru-sama seperti yang aku sedang pakai waktu tu.


Lemah sendi2ku tatkala mendengar cerita itu. Minda seolah2 bertanya: patut atau tidak aku percaya? Dia malah bersungguh2 menyatakan bahawa dia tidak bermimpi atau berhalusinasi. Malah dia siap mendemo cara aku duduk, dan mengejutkannya. Apabila ditanya kpd teman2 sebilik, tiada siapa yg duduk di katil tersebut pada jam 4 pagi krn masing2 sedang lena dibuai mimpi.

Bermula hari itu, aku mula sedar. Niat mencari malam seribu bulan itu telah disalah ertikan. Aku sudah punya peluang, namun aku sia2kan peluang tu. Syukur Ya Allah, kerana menyedarkan daku. alhamdulilah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::macam ni ke rupa pokok sujud yg aku nak tgk sangat tu?::



*ayat aku agak skema kali ni. Entri pun sgt pjg.

**siapa yg mengejutkan rakanku itu? Sampai sekarang tidak diketahui identitinya.

***al-fatihah buat nenek kepada rakanku di kampung yg baru meninggal pagi tadi.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..

10 September 2009

...reminder...




"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa"

(Ar-Rum; 54)

…kuih raya lagi…

Bismillahirrahmanirrahim….


Kls kul 12 jap lagi nih. Tapi masih sempat mencoret sesuatu kat sini. Baru pas melihat2 blog yg menjual kuih raya. Hasrat hati nak beli. Biskut2 tu pun nampak cam sedap je. Hehe. *Tgk rupa dia menarik, so aku pun assume la rasa dia sedap.hak33..* Takpe, minggu depan boleh tgk kat jualan kuih2 raya tu. *wink2*

09 September 2009

…mood raya…

Bismillahirrahmanirrahim….


Tinggal 10 hari lagi ramadhan akan berakhir. Sedih… tak tau tahun depan boleh jumpa lagi atau tak dengan bulan penuh berkat nih. Oh ye, hari ni rata2 blog yg aku baca mencoretkan berkenaan tarikh keramat-09/09/09. Heh. Harini ada persandingan besar-besaran kat mana ntah. Tapi tu Chinese wedding la. Pada diorang, tarikh ni dianggap bertuah dan telah dipilih untuk melangsungkan majlis diorang. Macam2 hal. Biasa la tuh, kebanyakan org sukakan kelainan. Lagi2 plak kelainan tu dicipta pada hari2 tertentu dalam hidup diorang. Sangat menarik untuk diimbau kembali suatu masa nanti. Errrr… intro che lapis sedikit mengarut kali nih. Motif? Ntah. Huhu..


Sebenarnya aku takde kls harini. Ye, diulang sekali lagi, che lapis takde kls langsung2 hari ni. Seronok bukan? Hehe… *tepuk tangan untuk diri sendiri* so, paham2 la bila dah takde kls nih. Tak tau nak buat apa. Oii.. sila study wahai che lapis. Huk3.. tak sabar nak raya sebenarnya nih. *sambil dengar lagu raya-pulang di hari raya.heheh..* Tu yg tak boleh buat pape tuh. Huish….


Actually aku sedang menunggu kiriman barang yg aku beli secara online tuh. Heheh… nak raya nih, kena la buat persiapan rapi ye tak? Hi3.. *macam budak2 je aku nih.haisyooooo..* pedulik hape aku, aku yg nak pakai ye tak? Heh.


Ohh.. lagi satu, che lapis sedang mencari2 kuih raya yg sedap2 untuk dibawa pulang ke kampung. Kenapa tahun ni aku kena beli? Sebab mak aku awal2 dah pesan, "tahun ni mak malas nak buat kuih raya ye anak2, so silalah bawak balik kuih raya sorang sikit". Hahaha…. Hebat gak mak aku. mentang2 la anak2 dia suma dah besar2, dah boleh berdikari, suka2 dia nak order kuih raya suh bawak blk. Tapi takpe, aku akan beli jugak. Sebabnya aku cukup tak suka kalau meja umah aku kosong tanpa kuih raya. Takat 4-5 jenis tu, bagi aku tak menarik. Hohoho… *bnyk2 pun aku bukan makan gak kuih2 tuh.aku duk ngadap lemang-ketupat –rendang je pagi raya*


Err..tetibe bukak cite pasal raya la plak. Makin mengarut nampaknya che lapis kali nih. Huish.. mau stop la.

08 September 2009

puasa..atau tak?

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, harini merupakan hari ke 18 puasa. Setakat ni aku takde ponteng memonteng lagik. Masih full… alhamdulillah. Hurmm… nak tulis apa ek? Dah 2 hari tak mengupdate blog, so mula la rasa cam tatau nak tulis apa kat sini. Huk3..


Seperti yg aku tulis sebelum ni, aku blk umah hari sabtu arituh. Umah abang je, bukan umah mak aku pun. Huk3. *takpe, bersyukur masih punya saudara mara di sini*. So, sepanjang perjalanan pulang tuh, aku berpeluang menyaksikan adegan2 yg tak ingin aku lihat sepanjang bulan ramadhan yg mulia nih. *taknak lihat tapi aku tengok jugak.haish…* apakah adegan2 tersebut?? Yea….. tak lain dan tak bukan adalah adegan insan2 yg dah cukup umur, tapi masih malas nak puasa. Haisyooo…. Aku pun heran la. Apa masalahnya sampai takmo puasa nih? Bukan lama pun. Sebulan je. Huh. Yg paling aku tensen bila tgk mamat2 tu ialah diorang boleh selamba landak je beli nasi bungkus kat kedai mamak! Yg tak bley blah tu, diorang masuk kedai ngan helmet kat kepala. Kunun cover baeekkkk punya la tuh. Eh, helllloooooo….. korang igt org lain tak bley nampak muka melayu-islam korang tuh? Plz la. Pastu tau plak nak kuar cepat2, naik moto cepat2- takut penguatkuasa agama nampak. Heh. Dia igt tuhan tak nmpk agaknya. Haish.. anak sedara aku yg umur 6 tahun tu pun tau puasa penuh *dengan syarat abah dia kasik laptop sebijik kalau dia puasa penuh sebulan.huk3..* aku pun tak tau la apa nak jadik ngan manusia2 zaman skarang nih. Tu belum lagi kes yg abg aku cite kat tempat keje dia. Haih….. masalah2….


Huhuiii…. Agak meluap2 kemarahan aku. okey2. Sabar che lapis.. kawal nafsu marah tuh.


Before aku stop, teringin nak tulis something;

"…barangsiapa yang bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2…"
(at-thalaq: 2-3)

04 September 2009

…cinta dan agar2 si cantik manis…

Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, sedar tak sedar harini dah hari ke-14 puasa. Kejap sangat masa berlalu. Maknanya tak lama lagi dah nak raya la kan? Emm…. Pasni tak tau la sempat lagi ke nak jumpa Ramadhan tahun depan. Harap2 masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk merasai kemanisan dan kenikmatan Ramadhan untuk tahun2 akan datang. Memang, sesungguhnya hanya orang2 tertentu je yang merasai kemanisan ramadhan nih. Orang2 yg tau menghargai kehadiran bulan nikmat yg datang sekali setahun. Mereka nilah yg sedaya upaya bertungkus lumus nak memperbanyakkan ibadah dalam bulan nih. Bukan la nak kata bulan2 lain tak payah beribadat beria2. Tapi bulan ni kan segala amalan diberi ganjaran berlipat kali ganda… so takkan la kita taknak rebut peluang yg ada nih. Ye tak? Tambahan plak bulan ni syaitan diikat. Yang tinggal hanya hawa nafsu je. Hawa nafsu tu plak dalam diri kita. Pandai2 la nak kawal bnda dalam diri tuh. Takkan nak suh org lain kawal plak kan? Diri kita, kita la yg jaga. Em, che lapis pegi kuliah pengisian rohani tadi. Tu yang terikut2 cakap camni nih. Tapi takpe kot, jz nak ulang balik pengisian tadi. Walaupun tak dapat nak ulang semua, dapat revise sket2 jadilah. Saya manusia, bukan la perfect sangat dapat ingat 100% dlam tempoh sejam. Ye, salah sendiri sebab takmo salin apa yg aku dengar tadi. *tapi tadik dia bagi dalam bentuk video, so cam tak kuasa plak nak salin bagai2.huk33..*


Ok, satu yg aku dapat dalam pengisian tadi, tentang cinta. *che lapis cukup suka mengingat apaper pasal cinta.heh..baru putus cinta ke?tetttt…..* ok2, dlm video tu cakap,

"tuluskanlah cintamu kepada Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yg lebih baik"

Okey, kata2 ni sesuai untuk insan2 seperti aku. huk3… and satu lagi yg aku nak tulis kat sni ialah kata2 ini,

"Ya Allah, jika daku mencintai insan lain, Kau peliharalah daku supaya daku tidak lalai dan supaya daku terus meletakkanMu di tangga teratas cintaku. Jika ditakdirkan diriku bertemu dengan cinta insan, temukanlah daku dengan insan yang meletakkan cintanya terhadapMu di tempat teratas."

Okay, ayat di atas sebenarnya bukanlah ayat sebenar yg aku dengar tadi, tapi macam tu la isi2 penting ayat tu. *takpe, kalau dalam karangan pun cikgu2 akan bagi marks utk isi2 penting je kan?heheh..* so, tadi sekali lagi aku terasa dipujuk. Sangat2 dipujuk. Ohh ye, hati aku masih belum pulih sepenuhnya. Huk33…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay, tamat bab tuh. Skarang nak rewind balik pasal life harini. Cam biasa, tader pape yg menarik. Cuma pagi tadi aku ada cakap kls aku sampai kul 7 ptg. Tapi sebenarnya tidak. Apa? Ohhh tidak…. Bukan sebab kls cancel. Tapi aku yg memonteng. Hek3… takpe, ni baru 2nd time aku ponteng kls tuh. Kls apa? TITAS (tamadun islam dan tamadun asia). Kuliah ni tak ramai pun yg dtg. Tapi tak tau la pasal apa yg aku rajin sgt datang tiap2 minggu. *memang aku ni rajin sejak azali kot…hik33..* so, petang tadi pas balik lab *kul 4 dah kuar lab-takmo tunggu lama2,sakit kepala woo..duk dalam tuh* aku pun melakukan sesi menidurkan diri bersama rumateku. Hik33.. kul 5 lebey gak aku bangun, mandi2, semayang, then siap2 mau ke bazaar ramadhan. Ye, rumate aku paling semangat. Beli sampai 2 jenis kuih. Padahal dia tak puasa pun, aku yg puasa. Huk2.. *upss…rumate saya non muslim, sebab tu dia tak puasa*


Tadi aku ada beli agar2 kat bazaar. Nampak comey, and mcm sedap. Tapi hakikatnya bila aku mkn tadi..mak oiiiii……. Giler manis. Adeh..deh… mau kasi potong wa punya kaki ka? Haisyoooo….tau la puasa, tapi agak2 la. Agaknya dia letak 5 kilo gula utk 1 jenis agar2 kot? Eh, tapi kan gula dah jadi barang terkawal skarang? Cemano tuh? Huish….ohh..teringat pada kata2 'don't judge a book by its cover'. Heh..


Haih, pjg la plak aku taip. Udah2 tu che lapis. Pegi tdo nuh. Sok nak bangun sahur. Heheh….

...kisah semalam...

Bismillahirrahmanirrahim....
semalam tak sempat nak post apaper pun
huk33....
penat owh.....kls dari kul 12 sampai kul 9.30 malam
adey..... stop kul 7 utk bukak puasa
then kul 8 sambung kls lagik
huish......aku dah rasa mcm nak pitam dah
and harini lab dari kul 9 sampai 5
sambung lagi ngan kls kul 5 sampai 7
ya ampun.........
nak cter sket pasal smlm
apa yg aku mkn masa bukak puasa?
heh...hanya 2 keping roti okey..
cukup ke?
cukp jela
dah tu je rezeki yg ada
itu pun kawan aku yg bawak
kalau tak aku pun tatau la aku buka ngan apa semalam
mungkin sekadar buka puasa ngan korek idung?
yeakssss.......giler tak senonoh che lapis nih
haish...
*rasa cam insan miskin papa kedana je semalam.huk3..tu la,salah sendirik.sape suruh tak bawak makanan siap2..padan muka aku*
and malam tadi aku sampai bilik dalam kul 10.30 camtu
tu pun after mkn2 nasik kat depan hostel nuh
*giler apa tak mkn nasik sehari*
tapi kan,bile pikir2 balik
aku ni masih beruntung lagik nih
yela..
at least aku still ada duit nak beli makanan pas abes kls tuh
camno plak ngan insan2 yg betul2 kurang bernasib baik kat luar sana tuh?
kita puasa diorang pun puasa
kita buka ngan nasik lauk ikan pari bakar,diorang buka ngan nasi lauk ikan masin
takpun cukup sekadar nasik berlaukkan garam
huhuhu......
ye....bulan ramadhan ni merupakan bulan yg terbaik nak muhasabah diri
*bukan la nak kata bulan2 lain tu tak boleh nak muhasabah*
bak kata opah dlm citer upin ipin,
kenapa kita kne puasa?
supaya kita tau macam mana org susah takde makanan
hurmm...memang betul
kalau upin ipin yg baru masuk tadika tu blh paham
takkan aku yg besar panjang nih tak phm2 ye tak?
*tapi tu pun still ada org yg buat2 tak paham..taknak gak puasa.haish.....apa nak jadi la ngan diorang nih*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lupa plak
semalam besday kawan aku kat kelantan
::pak mus::
heh
hanya mampu mendoakan yg terbaik utk dia
.....................

02 September 2009

...renungan ramadhan...

sabda Rasulullah: 'jika engkau merasa pernah berbuat dosa,mohonlah keampunan dari Allah dan bertaubatlah kepadaNya. sesungguhnya apabila seseorang hamba itu mahu mengakui dosanya, maka Allah akan menerima taubatnya'..

..bunga di bazaar..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, da menjejak 1 september
masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ni
actually ada sumthing happen smlm
masa kami (aku+lin) nak g bazar ptg smlm
ada sorang bdk kecik ni kasik aku bunga!!
hohoho
okey...
bukan la bunga ros ke, daisy ke bagai2..
aku rasa bunga lalang je kot..huk3.
dan dibalut dgn daun apa ntah
hahaha....
agak teruja gak la aku smlm

kikikikiki....
and 1 pesan dia;
"akak simpan bunga ni elok2.kalau saya nampak bunga ni kat mana2,siap akak."
huish.....siap nak ugut2 aku agi tuh
kecik2 pun da pandai ek....
dan aku pun pegang jela bunga tu
sampai la kat palang automatik kat tekun tuh....










aku pun suh lin selit bunga tu kat situ
heheh...