RSS

13 May 2010

hari pertama

Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, semalam (rabu,12 may 2010) saya selamat sampai ke nibong tebal (engineering campus usm). Dan berjaya menghabiskan sehari program di sini dgn jayanya. Fuhhh… Che lapis, anda ada masa hampir sebulan lagi masa kat sini. Boleh tahan ke? dah la kat sini macam sunyi tak berorang. Takde tempat nak kuar2 plak tu. rutin harian kat sini, bgn pagi, pegi kelas sampai ptg, blk, study sket, tdo. Kalau cuti plak, bgn pagi, mandi-solat-makan-tdo sampai ke malam. Haish…. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk menghadapi hari2 mendatang. Aminnn… [@_@']


Tadi bukak fb n blog kengkawan, dah ramai yg selamat sampai ke rumah. Kecuali cik daina yg baru abes viva voce siang tadi. tahniah…. Selamat menyertai kami, bekas pelajar usm sesi 2007-2010. Hik3…

Tatau la nak cte apa. Tapi nak menulis. Actually baru pas buat tutorial. Sedih kan? Orang lain abes blaja blh duk umah, tapi che lapis abes blaja sibuk lg masuk kelas buat tutorial segala bagai. Huhu.. takpela, ikhlaskan hati wahai che lapis. Ko ni bnyk merungut la. Haish… Hari ni kelas pertama, blaja pasal litografi. Che lapis dah penah blaja pasal ni masa sem akhir kat usm. Ni kira ulangkaji la. Tapi ada gak bnda2 baru yg che lapis jumpa kat kelas ni. bnda2 yg lecturer tak ajar dlm kelas. Dan satu perkara yg nak diberitahu kat sini, sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sgt2 seronok. Tak rasa mengantuk (ohh tipu.adala ngantuk sket, time masuk kelas after lunch hour.tp tu normal kan? Hihi…). Lagi, saya rasa saya blh faham dgn pengajaran beliau. Harap2 esok2 pun keadaan akan jd seperti ini, atau lebih baik seperti ini. Aminn… ; )

Sudah la. Mau rehat. penat menaip utk 2 entri. hoho..... lagipun mcm dah rasa mengantuk je nih. ptg td hujan lebat. Sampai sekarang terasa lg sejuk. Katak2 pun galak menyanyi2 kat luar tu, panggil hujan agaknya. Err… waktu sekarang blh dikira awal ke utk tdo? Huhu~

terakhir~

10 may 2010, 11.20pm

dapat 1 msg drpd lin, katanya dia jatuh tangga kat restu perempuan. takleh bgn. dalam hati aku rasa pelik. jatuh mcm mana yg sampai takleh bgn tu? jatuh tergolek? jatuh terduduk? jatuh tersungkur? aiyakkkk.... atas dasar kemanusiaan, aku pun bergegas turun mencari mangsa. berlari2 bapak la aku ke arah blok restu perempuan (m02), tgk2 tangga gelap. haish... aku dah cuak. dlm hati membebel gak. apa kejadahnya lin ni buat jatuh kat tempat gelap camni? tapi sampai2 sana, aku tgk dia takde plak kat situ. lantas kaki melangkah laju ke tangga yg menghubungkan m03 dan m01, tgk kalau2 mangsa ada di situ. tapi, takde jugak. last2 aku blk bilik. msg lin, tanya dia kat mana. dia reply, kat tempat mamu jual burger. haihhh..... pastu aku pun turun la ke tempat yg dikatakan tu.

sampai2 je kat sana..........









nampak 'mangsa' duduk elok sambil memegang lighter yg dipinjam daripada abg jual burger kat cafe saujana. di sebelahnya ada sebiji kek siap lilin yg menyala.
owhhhh...... teharu.....

dan atas kek tu tertulis,


*lubang2 tu adalah kesan tusukan lilin.huhu..*




sangat simple, tapi sangat bermakna. ^_^




*betapa cantik dan tersusunnya cara pemotongan kek. tak sia2 aku buat fyp pasal crystal symmetry.hahaha....*

hehehehe...... terharu nih. selepas hampir sebulan bday che lapis, baru ada org nak celebrate. huhu... okey, fokus pada angka 20, 21, dan 22 itu. dlm erti kata lain, kejutan ini adalah utk menyambut bday che lais selama 3 tahun di sini. hohoho.... err.. sila abaikan tulisan yg dah penyek tu. normal lah. =)

to lin, thanx so much. utk kejutan tu, utk hadiah tu, utk semua2 yg lin buat. pasni harap2 kita akan terus jd kawan.

dan esoknya, (selasa, 11 may 2010) che lapis pun pulang ke butterworth (umah abang) dgn ditemani oleh cik lin. dia teman sampai bus stop dpan rst. siap pakej tlg angkat beg skali. hehehe....
*gambar adalah diambil di depan bus stop dpn rst. ye...kat tepi jalan tu.heheh...*


*beg2 saya.huk33...*










dan........ begitulah kisahnya..harap2 dpt jumpa lagi bln 8 ni. ^^,

10 May 2010

selesai...


eh? kenapa tembam sangat smiley nih?saya tak setembam ini.huk3.. *perasan tak tembam.kih3...*


fuhhh........ selesai menghantar tesis yg dah siap dibetulkan. lega (rujukan: muka selepas selesai menghantar tesis adalah seperti gambar di atas). pasni dah takde fikir apa2 yg berkaitan dgn pelajaran. tapi,jujur che lapis katakan. terdetik rasa sedih lepas anta tesis tu. macam tak percaya dah habis tempoh 3 tahun blaja kat sini. tadi berjalan kaki pegi print+fotostat+bind tesis (bas dah takde sekarang, so kena jalan kaki kalau nak pegi mana2), terimbau semula kenangan masa minggu orientasi. huhu.... sedikit sedih. ok. suis sensitif saya telah ter'switch on'. cepat2 'off'kan sekarang. huhu.....

ohh..... ada lagi kawan2 yg belum selelsai viva. kepada cik daina dan ja a, all the best utk anda semua. =)


satu lagi, tahniah kpd penyokong2 chelsea di atas kemenangan pasukan kegemaran anda mlm tadi. ok. saya bkn seorang peminat setia bola sepak. apatah lg penyokong chelsea. tapi nak buat macam mana, encik yg sorang tu penyokong chelsea. so bagi jugak la sokongan utk dia. blh kan macam tu? hik3... =p






* esok nak balik umah abang. rabu mau ke engineering campus.

03 May 2010

kenapa kita perlu ada apa-yg-org-panggil-sebagai 'general knowledge'?

keta sape la kat atas ni. terima kasih encik google kerana sudi mencarikan gambar ini. ada kisah di sebalik kereta besar ini. nak cerita, tapi sekarang che lapis sedang sibuk. sibuk buat apa? tak... bukan buat2 sibuk. memang sibuk pun. sekarang sedang menyiapkan diri utk viva pada hari kamis ini. ohh tipu la. sedang menyibukkan diri menaip di blog, itu yg sebenarnya saya lakukan sekarang. baik. khamis = 6 may 2010, waktu pagi (kalau tarikh tak diubah utk kesekian kalinya) akan diadakan viva fyp kami. apa tu viva? bukan.... bukan kereta keluaran perodua ye sayang. viva voce atau disebut secara informal oleh warga britain dan suku sakat pewaris slang britain sbg viva adalah bermaksud peperiksaan lisan, terutama di universiti. dalam kamus oxford ada menekankan, 'especially in British uni'. ok. stop cerita mengenai maksud viva. saya bukan seorang penterjemah.

dlm konsep che lapis dan rakan2 seperjuangan, ini adalah sesi membentangkan hasil kerja kitorg selama 1 tahun/2 sem. kerja apa? fyp aka final year project. ada sorg kawan kat sebuah uni di selatan semenanjung marah bila dgr che lapis menyebut perkataan fyp ni depan dia. katanya, uni tempat che lapis belajar tak memartabatkan bahasa ibunda. aiyakkkk..... tak patut betul marahkan aku. marah la sama itu pelopor yg mula2 mengetengahkan perkataan tu. huhuh.

okeh2.. lari tajuk. apa kena mengena mercedes di atas dgn entri kali ni? hah. ko suka mengarut che lapis.

hari kamis lepas (29 april 2010) saya menduduki peperiksaan lac100 aka chinese 1. (err...kenapa ayat saya berbunyi seperti budak2 nak mengarang karangan upsr?) ohh..... soalan boleh tahan. masih mampu dijawab. alhamdulillah... tapi ada satu soalan yg meragukan saya.

arahan: please answer the question in Hanyu Pinyin

Q: Na shi Deguo che ma?
(is that a german's car?)

dan jawapan saya: Shi. Na shi Deguo che.
(yes.that is a german's car)




okey. saya bukan seorang yg arif dalam hal2 kereta ni. secara jujurnya, saya tatau pun mercedes tu buatan german. hahaha..... jadi anda pun tahu apa yg saya lakukan pada hari tersebut. hentam. alhamdulillah, hentaman saya tepat ke sasaran. tapi dalam dewan peperiksaan (sehingga sekarang) saya terfikir. kenapa mereka gunaka mercedes sebagai soalan? kenapa tak gunakan kereta keluaran malaysia? ini subjek bahasa cina, utk menguji tahap kefahaman terhadap bahasa tersebut. bukan utk menguji tahap pengetahuan pelajar terhadap kereta keluaran negara luar.

okey. che lapis, salah anda juga sebab taknak amik tahu perkara2 ni. apa orang kata? general knowledge? huhuhu~~









*merujuk kpd tajuk entri, rasanya anda pun tahu, betapa pentingnya utk mengetahui dan memiliki general knowledge. lagi bnyk lagi bagus. =)

28 April 2010

makan! makan!

saya semakin kuat makan sekarang. breakfast pukul 8 pagi, pukul 10 dah lapar semula. adeyhhh...... [@_@']








*dalam mood mengidam nak mkn cheese cake. bila la nak dapat ni. hurmmm.....

27 April 2010

sejenak..

petang semalam.

dalam perjalanan nak naik m04, nampak satu mercedes kaler biru, dgn nombor pendaftaran WEM1*** kat parking antara saujana m03 ngan restu m01. pemiliknya (seorang pakcik) sedang sibuk memunggah barang2 anaknya utk dimasukkan ke dalam kereta, dan seterusnya mungkin akan dibawa pulang.

motif aku tulis ni? aku jeles sebab aku blom abes exam. kemas barang pun belum, apa lagi nak anta balik umah. warghhh!!!! geram betul.













*tak sabar sangat2 nak balik umah nih.haishhh.... [@_@']
**'male professor' dalam bhsa cina dipanggil apa ye? tak jumpa cari dlm nota. mana plak dia menyorok nih.

separuh masalah pergi

bismillahirrahmanirrahim...

bukak blog cik daina, dia taknak komen pasal paper yg baru abes tgh hari tadi. hahaha.... aku pun sama. lantak la apa nak jadi pun. harap2 lulus, dan aku boleh bergraduasi pada bln 8 akan dtg dengan jayanya. aminn....

so, tinggal 2 paper lagi utk ditempuh.
lac100: 29 april 2010
akp202: 6 may 2010

dua2 ni adalah paper selain paper major. so, kurang sket la rasa takut tu. tp tetap kna study oiii..... igt boleh main2? kalau main2 tu boleh memberi A solid utk setiap paper, takdela aku susah payah pening kepala memikir.

ptg ni mau rehat dulu la. mlm ni mau memulakan sesi menghafal+latihan menulis chinese characters. aiyakkk.... harap2 syaitan2 itu tak mengganggu aku dgn pelbagai godaan menyuruh aku tdo.huhuh.